1 Poster 1 Bisnes

by fahdi on February 23, 2010

Tangan dan jari masih lagi terasa begitu berat untuk menulis selepas hampir dua minggu berhadapan dengan keadaan badan yang kurang bermaya. Hanya “larat” menghabiskan sisa-sisa nafas berada di medan peraduan sambil memicit-micit kepada yang sudah tidak tahu berapa lama ia sakit.

“Demam pada musim begini agak biasa”

Kata doktor kepada saya. Padanlah, cuaca agak tidak menentu sekarang. Kejap panas, kejap hujan.Tetapi biasanya panas tak berpenghujung. Tak mengapa, kalau demam teruk dua minggu sekali pun ia adalah karafah dosa. Fikir positif!

Impian nampaknya sudah tergendala selama 2 minggu. Perancangan memang banyak. Idea mencurah-curah walaupun di badan masih lagi sengal-sengal menandakan tidak cukup sihat.

“Aku perlu gagahkan diri, aku perlu merangka strategi agar impian ini tidak lebur!”

Masuk minggu ke-3, kelihatan badan sudah dapat menerima kesan ubat yang di makan. Lama sungguh. Mungkin ia memerlukan masa yang lama memandangkan sudah begitu lama sakit ini tidak datang. Rasanya hampir setahun.

Di tengah-tengah sesi pemulihan demam, saya sempat berjumpa berapa rakan dan bercakap mengenai soal business kepadanya. Bagaimana untuk mengembangkan dan memperkenalkan business online kepada orang ramai? Masih ramai lagi yang belum tahu ni!

Hasil perbicangan dapat di simpulkan yang business online bukanlah bermakna kita hanya limited melakukannya secara online. Lebih elok jika di gabungkan online dan offline. Bayangkan, potensinya adalah lebih hebat! Saya terus mengambil keputusan untuk terus mempromosinya secara offline. Kali ini perlu besar-besaran. Mana boleh jika kita perlahankan. Jika “slow” kita mempromosi, pasti slow hasilnya nanti.

Masa di ambil hanya sekitar dalam sejam untuk saya menyiapkan bahan promosi. InsyaALLAH ia akan diedarkan nanti di seluruh kampus bermula beberapa hari lagi.Beginilah hasil flyers/poster yang bakal di edarkan.

gdi2

Global domain international (GDI)

Semoga ia akan membawa bukan sahaja kejayaan kepada diri, malah kepada semua yang berminat untuk memburu impian!

“Setahun memburu impian”

Related Posts with Thumbnails

{ 1 comment… read it below or add one }

Hanafi Abdullah February 23, 2010 at 1:37 pm

Assalamualaikum teman Pemburu Impian,

Patutlah lama tak dengar cerita? Demam rupanya.Minta maaf lambat tahu.Apapun tahniah dan syabas kerana berjaya menghasilkan bahan promosi yang cukup gah lagi mantap.Saya doakan kita terus bersemangat memburu impian. Go..go.brader!!

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: