Random header image... Refresh for more!

Ada Apa Dengan Hosting Dan Domain?

Salam dan hello semua! :)

Fuh, minggu yang sangat memenatkan bg FG. Biasalah, 1st, 2nd week of study mmg agak kelam kabut and kepenatan.  (‘nama lagi budak sekolah’ :D )

Tetapi, sedang FG sibuk, ada seorang rakan bertanya. Macam mana nk setup blog (dot) com sendiri? Biasanya, kebanyakan orang hanya mahu menggunakan servis blog free seperti blogspot, wordpress dan lain2. Blog free ini kita bleh simplified dengan, seperti contoh, url yang akan kita dapat untuk blog kita adalah (fahdighazali.blogspot.com) nampak tak? (dot)blogsport.com. itu menunjukkan yang blog itu adalah blog free yang kita sign up dengan blogger. dan steps untuk hasilkan blog free ini juga amat mudah. kalau tidak silap, ada 4 langkah sahaja. Namum berbeza dengan blog berbayar seperti fahdigahzali(dot)com.

Baik2, untuk memudahkan anda dan untuk simplify things, blog berbayar, anda memerlukan hosting dan domain anda sendiri. apa itu domain dan apa itu hosting? Domain : kita ibaratkan sebagai alamat rumah Hosting : Kita ibaratkan sebagai rumah ok, basically, kita memerlukan kedua2nya. tidak boleh tidak. domain adalah nama website/blog kita dan hosting pula adalah tempat dimana kita menyimpan data2, script2 dan sebagainya. Kebiasaanya, kebanyakan blog berbayar menggunakan script wordpress yang sudah di install di dalam hosting anda (pre-install). walau bagaimana pun, terdapat lagi beberapa jenis script blog yang ada untuk anda pilih mengikut keselesaan. dan biasanya, wordpress lebih di prefer kerana penggunaanya lebih meluas.

Tips untuk memilih hosting:

  • anda digalakkan membeli hosting mengikut keperluan sahaja. takut membazir nanti :) for blogging, start hosting dalam 400-500mb. tu pun dah d kira banyak!
  • Penyedia hosting mempunyai support 24/7 supaya senang untuk anda menghubungi jika terdapat masalah
  • uptime (ataupan masa server up) adalah 99.9%. ini sangat2 penting agar business/blog anda succes. Cuba bayangkan jika server selalu down. potential pembaca akan bosan dan tidak akan datang lagi ke blog anda.
  • hosting menggunakan cpanel- ia amat memudahkan kerana ia banyak function dan amat mudah untuk digunakan.
  • Harga yang berpatutan
  • Cara pembayaran yang senang. Seperti contoh, jika anda membeli dengan penyedia hosting atau domain antarabangsa, anda memerlukan kad kredit/debit card/paypal untuk membayar. jika tidak, anda boleh membeli dengan hosting provider m’sia.
  • Ada ciri2 penting seperti:
    • mySQL database – ia penting untuk menyimpan data2/database blog anda.kalau boleh cari yang unlimited.
    • Fantastico (fantastico adalah tempat dimana terdapat script2 penting seperti script wordpress untuk blog anda)
    • Bandwith yang sesuai untuk blog anda -  Bandwith kita ibaratkan sebagai pintu. jika ramai yang mahu masuk dalam satu2 masa, tetapi, pintu anda kecil, agak sukar bukan? ;) Seboleh-bolehnya, carilah yang unlimited
    • Emel – anda boleh create emel menggunakan domain anda sendiri. cth: anda@anda.com
    • Function lain seperti Subdomains (cth subdomain.domainanda.com) ,Parked Domains (jika anda mempunyai banyak domain, seperti ‘saya.com’ dan ‘anda.com’, dengan function ini, kedua2 domain akan menuju kepada satu website) ,Addon Domains (anda boleh memasukkan lebih dari 1 domain untuk satu2 masa)

Agak panjang untuk dijelaska. cuma, anda belum cuba, anda tidak akan tahu. percayalah, once dah try, u’ll find it easy. FG dulu, before start, tak tahu apa2. one day, i told my self, go ahead. just do it! then, oowh, senang aja. rugi tak try awal2 :) ok, bg memudahkan pembaca, FG ingin mencadangkan satu hosting yang FG gunakan sekarang. -KLIK disini.

Hosting ini agak berpatutan dan servis meraka sangat memuaskan. dengan function2 yang kebanyakan nya unlimited dengan harga yang berpatutan, FG rasa, semua mampu untuk memilikinya. :)

Tips dari FG, jgn takut dan sayang duit untuk mencuba. sebagai perumpamaan, laburkan duit RM5, untuk dapatkan RM50. Laburkan RM50 untuk dapatkan RM500 dan seterusnya.

see u at the top! Sorakkan emosi!! :D NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

3 comments

1 titan { 07.31.08 at 9:10 am }

rugila sape yang takde blog dot com sendiri..

2 fahdi { 07.31.08 at 3:47 pm }

betul2 apa yang titan bgtau. mmg rugi. zaman ni sumer dah mula ada kesedaran nk mempunyai blog sendiri. Persoalannya, blog free atau blog berbayar?

tepuk dada tanya selera. mungkin blog free ni orang nk baca pun x brape gemar, sbb kredibiliti agak kurang. namu terserah kepada anda ;)

3 Lancer { 11.28.08 at 6:40 pm }

Fahdi,chat ko.sopi ni.hbt loni.huhu

Leave a Comment