Amanah Saham Terbaru – Amanah Saham 1 MALAYSIA

by fahdi on July 31, 2009

Salam dan selamat sejahtera!

Saya tidak tahu kenapa, saya tergerak hati 2,3 hari lepas untuk membuka akaun ASB. Mungkin saya rasakan ada baiknya berbanding hanya membiarkan duit di bank beku tanpa ada sebarang pertambahan dan peningkatan.Dan mungkin juga di sebabkan oleh beberapa rakan yang asyik bercakap mengenai ASB.. ASB..Balik daripada post office barulah saya kaji, apakah itu AMANAH SAHAM. Buat dulu baru kaji. haha. Bagus :)

Selepas beberapa siri kajian dan bacaan di blog-blog dan website ASNB sendiri, barulah saya faham apakah itu Amanah saham bumiputera (yang telah saya buka) dan apakah produk tabung amanah yang lain yang ada di tawarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Pada masa itulah baru saya perasan. Antara pengumuman PM kita selepas 100 hari beliau menjadi perdana menteri ialah mewujudkan satu lagi tabung amanah dinamanakan AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA. Sound interesting! (walaupun pada masa pengumuman saya tidak faham apa rasional di wujudkan tabung ini)

Dan akhirknya, masa yang di tunggu oleh rakyat Malaysia (yang tahu dan faham mengenai amanah saham) hampir tiba. Pada hari ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan ketibaan Amanah Saham 1 Malaysia yang akan dilancarkan pada 5 Ogos 2009.Kepada para pembaca, mark this date guys! :)

Maklumat AS1M:

Photobucket

Secara umumnya, tabung ini tidak ada perbezaan antara tabung-tabung yang lain yang ada di ASNB terutama tabung amanah saham malaysia. Tetapi beberapa perkara perlu di ambil kira oleh kerana ia adalah tabung ’1 Malaysia’. ?Antaranya ialah NO RACIAL QUOTE. Kebiasaannya, seperti tabung amanah yang lain, terdapat quota untuk setiap kaum. Seperti contoh 50% – Bumi, 30%-Chinese, 15%- Indian dan 5%-Kaum-kaum lain.

Photobucket

Seperti yang tertera, size untuk AS1M adalah 10 billion! dan ia adalah yang terbesar pernah di tawarkan untuk rakyat Malaysia. Syarat-syarat untuk melanggan adalah,sebagai permulaan, minumum pelaburan adalah sebanyak 100 unit. Bermakna, anda memerlukan RM100 (1 unit = RM1) dan maximum pelaburan adalah berbeza mengikut umur pada ‘initial offer’. Bagi yang berumur 55 tahun ke bawah, anda hanya layak untuk 50,000 unit manakala bagi yang berumur 55 tahun ke atas adalah 100,000 unit.

Mengikut pengalaman yang lepas-lepas, (daripada akhbar-akhbar), kebanyakan unit amanah ini akan habis di jual dalam masa kurang 2-3 jam sahaja selepas pelancaran. Terutama apabila ada individu-individu membelinya dengan banyak as if mereka mahu duit bekerja untuk mereka. Dominasi ini lebih kepada kaum cina yang sedar akan peluang keemasan yang tidak harus di lepaskan seperti ini.

Bagi kaum-kaum seperti Melayu dan India, kebanyakan masih tidak menghargai peluang. Tidak mengapa, jika dulu kita tidak tahu, hari ini kita ada ilmu, usahakan untuk mendapatkannya. masih belum terlambat (termasuk diri saya juga) :)

Nasihat saya, bangun awal pada hari 5 ogos, dan pergi seawal mungkin ke bank-bank agen ASBN seperti RHB Bank, CIMB dan Maybank. Bawa bersama makanan dan bahan bacaan untuk mengelakkan anda bosan menanti terlalu lama. Sekurang-kurangnya masa tidak terbuang begitu sahaja. (bawa bangku sekali jika boleh) :)

Related Posts with Thumbnails

{ 24 comments… read them below or add one }

amri August 4, 2009 at 4:06 pm

tanks 4 d information..

really usefull//;;;;;

Reply

Orang cina August 4, 2009 at 9:45 pm

Kamu tak perlu rebut la. Bukankah kamu ditakdir dan dikurniakan dengan anugerah ASB yang KHAS untuk bumiputera sahaja?

Tak perlu rebut sebab bila bila boleh dapat. Sentiasa ada.

Itulah yang jadikan kamu orang tidak hargai peluang.

Reply

orgmelayu January 22, 2011 at 6:52 pm

apa punya manusiala kau ni….tak habis dengki. terimalah hakikat hidup kat malaysia ni. kalau korang nak hak yg sama dpd org melayu…kami org melayu pun nak hak yg sama dpd org cina.

Reply

bob August 6, 2009 at 10:16 am

Yg dulu tu dulu punya crita la, skarang org crita pasal AS1M, apa punya “org cina”.

To tuan punya blog, thanks 4 the info….

Reply

org Kb August 9, 2009 at 12:03 pm

Tq laaa utk info ni..macam minat gak ni…

Reply

nashrique August 11, 2009 at 1:48 pm

hoho…
cayalah FG atas info menarik ni…
skrg ni, aku pn tgh pikir2 bgimana pusingan saham ni..
tpi klu duk pikir je, nnt xda hasil..
doakan aku spya x skadar memikir…hehe

Reply

nadrahfihil August 13, 2009 at 8:14 pm

erk…arini 13hb ogos… rasenye sempat ke sy nak bukak? hehe

Reply

wan king August 22, 2009 at 10:04 am

Thanks 4 ur information..
Minat jg,,

Reply

Steve August 26, 2009 at 3:57 pm

Guess what , right till today , the 1b allocation is still not full…suprisingly…

Reply

Bark September 10, 2009 at 11:15 am

thank kpd org melayu yg nk bantu org sedarkan org melayu

Reply

fahdi September 10, 2009 at 11:21 am

Bark, saya bersetuju dengan pendapat anda. Kebanyakan orang melayu kita tidak fully utilize apa yang sudah di sediakan untuk kita. Mereka hanya pandai mahu itu dan ini.Tetapi apabila di sediakan, tidak ramai yang mengambil peluang.

Tetapi, tidak mengapa. Apa yang saya nampak sekarang, pemikiran kita sudah lama sudah berubah. Menuju kepada pemikiran kelas yang lebih tinggi. Semua sudah ada niat untuk berubah. Cuba perlukan sedikit lagi ignition. Pasti boleh. Kita yang sedar, mari sedarkan yang lain juga. Sebab kita semua boleh, percayalah!

1Malaysia- Tidak terkecuali masyarakat cina dan india. Mari kita bangunkan Malaysia bersama! ;)

Reply

Salahuddin September 15, 2009 at 12:04 am

Kita tidak boleh jugak menyalahkan kaum Melayu islam. Ramai di kalangan kita yang tidak mahu melabur dalam amanah saham seperti ASB dan sebagainya kerana sebab agama. Sudah terbukti terdapat unsur riba dalamnya. Untuk bacaan lanjut sila rujuk ke zaharuddin.net

Kita sebagai penganut agama Islam perlu selidik dengan teliti sumber rezeki kita, haram atau halal. Kerana “tempat yang paling layak bagi daging yang tumbuh daripada sumber yang haram ialah neraka”.

Al-Baqarah [279]Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Reply

datok s October 1, 2009 at 12:36 pm

lantak korang.. aku melabor kt pub. mutual dah berguni duit aku…
kalau ditukar ke rupiah la..hehe

Reply

tuan khairuddin bin tuan hussin October 8, 2009 at 11:46 pm

berapa kah % diveden bagi 1 tahun.

Reply

Mr.Ng November 12, 2009 at 10:59 pm

Sejak Amanah Saham 1 Malaysia dilancarkan pada bulan ogos.Esok pagi aku teruskan pergi ke pejabat pos.Walaupun pendapatan gaji saya di bawah Rm 1000 sebulan. Menambahkan modal 115 unit masuk tabung sebelum memulakan 100 unit AS1M.

Reply

sunny (karen sun) September 9, 2011 at 8:37 pm

apa tu asim? berkaitan dgn saham ke?

Reply

man utd February 22, 2010 at 11:03 am

bgs tu mmg la bgs tp ade fund yg lagi bagus spt public mutual or cimb, mostly blh beat amanah saham tajaan gov nie..

Reply

eryn March 21, 2010 at 2:40 pm

saya dengar ada saham bila kita simpan rm100,kita dapat rm100 gak seminggu kalau sebulan jadi akaun kita tambah rm400…saham apa tu? betul ke? saya nak tahu sangat2 ne…thankz

Reply

fahdi March 21, 2010 at 3:02 pm

eryn, no such thing… itu pelaburan apa namanya. x kan ada dalam dunia 100% untung

Jangan mudah tertipu ya ;)

Reply

bro March 21, 2010 at 2:46 pm

untuk menambah pendapatan sila layari http://www.smartglobal-creditcard/broadz

Reply

shima May 13, 2010 at 4:42 pm

amanah saham ni leh beli ke x…xtau status la

Reply

shima May 13, 2010 at 4:43 pm

leh beli g ke x….ke de tarikh tutup pembelian saham 2

Reply

Ana November 28, 2010 at 9:35 am

to shima: yes still bole beli..bole g pejabat pos je..pos malaysia adalah ejen rasmi ASNB…

to ‘org cina’:sy bole respect pandangan kamu but i guess you can say what you feel in more polite way..

Reply

inawiwin January 19, 2012 at 7:03 am

org mlayu blh mohon jgk kn?tp smalam sy g pjbt post,dye kta AS1M ni utk org cina n india je..org mlayu pki ASB biase je..hurm..kalau dh ada ASB xblh nk bkak akaun AS1M ke?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: