Apa Yang Diperlukan Untuk Berjaya?

by fahdi on August 2, 2010

Pagi tadi, satu perhimpunan pekerja research and development (RnD) telah berlangsung selama satu jam bermula jam 8 pagi sehingga 9 pagi.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, ucapan oleh pengarah RnD, En Tahir iaitu bagaimana kita boleh menjadi seorang yang hebat dan seorang yang dapat memperoleh kejayaan dengan berlandaskan beberapa prinsip.

Prinsip yang dimaksudkan adalah:

1. Memiliki idea yang hebat

Untuk berjaya,seseorang seboleh-bolehnya harus memiliki idea yang hebat dan kreatif untuk bersaing dengan orang lain. Idea tersebut tidaklah perlu yang terlalu ‘gempak’, tetapi cukup sahaja idea yang membawa perubahan yang kecil, tetapi memberi impak yang besar.

2. Speed

Walaupun mempunyai idea yang hebat dan bernas sekalipun, tanpa ketangkasan atau speed, idea itu lama kelamaan yang awalnya ‘fresh’ tetapi disebabkan kelewatan melaksanakannya, ia menjadi lapuk. Lebih teruk, idea tersebut dilaksanakan dulu oleh orang lain tanpa kita sedari. Akhirnya, kita gigit jari. Oh! Perumpamaan mudah,ianya seperti seseorang “berimpian untuk menawan gunung, tetapi berjalan seperti siput” :)

3. Mobility

Mobility bermaksud sedia untuk berubah dan menerima perubahan. Sebagai contoh, apabila idea terhasil dan speed (kelajuan) diaplikasi semasa proses pelaksanaan, sebarang modifikasi boleh dilakukan pada bila-bila masa. Dengan kata lain, perlu disesuaikan dengan persekitaran. Jika ia produk berkaitan dengan pengguna, harus sesuai dengan keadaan ekonomi, jika ia produk berkaitan dengan pendidikan, perlu disesuaikan dengan musim persekolahan dan begitulah seterusnya.

Semoga ia memberi sesuatu input. Yosh!

Related Posts with Thumbnails

{ 1 comment… read it below or add one }

azlan November 4, 2010 at 1:40 am

perkongsian yang menarik

memiliki idea yang hebat, speed,mobility..
teringat zaman kerja part time dulu

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: