Barangan Paling “HOT” di Pasaran

by fahdi on January 13, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua! :)

Sudah agak lama saya tidak menulis hal berkaitan perniagaan internet. Asyik-asyik cerita motivasi sahaja. 

Sejak kebelakangan ini, (malah sudah beberapa lama) saya dapat melihat satu perkembangan menarik di dalam senario perniagaan internet di Malaysia. Apa yang menariknya? 

Sebelum itu, suka saya ingatkan, jika post ini berbaur sedikit 18sx (hehe :D ), maafkan saya, kerana ia hanyalah sekadar perkongsian semula jadi. Ia bertujuan untuk memberi maklumat dan pengetahun kepada semua. Tidak ada tujuan yang lain. 

Baiklah, apa yang menarik perhatian saya sejak kebelakangan ini adalah,bersangkut paut dengan niche yang dipilih oleh ramai orang untuk memulakan rangkaian maya mereka. Tidak kira ia berbentuk ebook, produk, malah perkhidmatan. Dan ia menerima permintaan yang tinggi setiap masa. Tidak bermusim.  Malah setiap masa orang akan cuba untuk mencarinya. 

Jika dulu, niche ini diaggap sebagai agak payah dan sensetif, (tambah-tambah lagi di kalangan orang melayu)  tetapi sekarang di mana-mana pun orang akan bercakap mengenainya. (terutama para remaja)

Jadi, apa niche ‘hot’ yang di maksudkan?  niche yang di maksudkan ialah niche yang berhubung kait dengan hubungan sexual diantara lelaki dan perempuan. (perempuan perempuan, lelaki dengan lelaki ya.) Bagaimana niche ini mempunyai potensi yang sebegini besar?

jawapan nya mudah sahaja. ia adalah fitrah manusia! 

tengok sahaja kopi tongkat ali yang dijual seperti contoh ali cafe. walaupun hanya sedikit sahaja campuran tongkat ali yang di adun di dalam teh, atau kopi, berduyun yang membeli. kenapa? tiket yang mereka gunakan adalah, untuk ‘menguatkan tenaga batin’.

ebook yang baru- baru ini meletup di pasaran malaysia, saya rasa anda sendiri tahu ebook apakah itu. (kalau nak tahu, klik disini  )

hasil jualan dari ebook ini tidak dapat saya pastikan, tetapi, dengar kata agak ‘menarik’.hehe..

dan jika anda perhatikan, iklan-iklan seperti di lelong.com.my dan malaysiakini.com, paling minimum, ada dua iklan yang berkaitan niche ini.

nah, jadi jelas bukan? tidak semestinya, nk berbisness ni, terutama utk bisness internet, anda hanya terkongkong untuk buat ebook, atau mencari produk-produk luar. yang penting, anda mahu, jangan malu untuk mencuba! :)

yang benar, 

fahdi

(yang fikir dua, tiga kali nk tulis post ni. hehe.. jangan fikir bukan2 ya! :D )

Related Posts with Thumbnails

{ 1 comment… read it below or add one }

kltp May 7, 2009 at 6:58 pm

Leave a Comment

Previous post:

Next post: