Bina Strategi Untuk Capai Matlamat
“Buat lebih banyak duit”, “Hilangkan berat badan”, “Memiliki Ramai kawan”, “Tambah Networking”……
Dan banyak lagi impian yang setiap orang senaraikan setiap kali menjelma tahun baru. (Sudah 7 hari berlalu). Impian itu di canai dan ia nampak seperti ‘real’ dan ia seolah-olah bakal berlaku ’soon’ tidak lama lagi. Dalam masa 12 bulan. (katanya)

Impian 2010
Yang peliknya,tidak semua hasrat dan harapan itu berjaya di capai apabila tiba saat penghujung 31 Disember. Antara kecewa dan tidak berpuas hati dengan diri sendiri, proses membina impian di teruskan lagi sama seperti tahun-tahun sudah. Hanya kerana untuk “cukup syarat”. Awal tahun baru perlu ada impian. Itu orang kata!
Kenapa ia sering terjadi bukan sahaja kepada saya, tetapi hampir 90% penduduk yang bergelar manusia waras. Ya, memiliki keupayaan untuk memiliki cita-cita adalah biasa. Semua orang berimpian, tetapi yang menjadikan ia luar biasa itu bukan mudah.
Walaupun sudah masuk hari ke-7 tahun 2010, boleh di katakan tidak ramai yang menunaikan tanggungjawab kepada diri untuk mencapai target dan Azam tahun baru. Alah, baru 7 hari, masih berbaki 358 hari lagi. Masih banyak masa! -Itu kata mereka!
Bayangkan, jika hari ini sudah masuk hari ke tujuh, mungkinkah angka ini akan berkurangan? Tidak bukan? Mungkinkah angka ini akan berhenti di sini sehingga kita mula melangkah membina dan mengatur strategi memburu impian 2010? Tidak! Adakah masa 7hb Januari ini akan kembali selepas ini? Juga tidak!
Tetapkan matlamat anda hari ini dan bina strategi untuk mencapainya

Hidup memerlukan strategi
“Saya mahukan RM5,000 sebulan dalam masa 5 bulan”.
Jelas targetnya. Angka 5,000 adalah matlamat yang perlu di capai dan 5 bulan adalah time frame. Jika di congak dan di kira, pada 7hb Mei 2010, RM5,000 sebulan perlu ada di dalam tangan. Tetapi bagaimana?
Adam Khoo di dalam bukunya ada menyebut, jadikan cita-cita sebagai matlamat dan untuk meraih matlamat itu memerlukan strategi. Katakan untuk mendapat RM5,000 sebulan, strategi yang boleh di gunakan mungkin dari blogging (RM500),internet marketing (RM500) dan MLM (RM4000). Begitu mudah jika kita tahu caranya.
Strategi amat penting dan boleh di katakan sebagai kunci kepada kejayaan untuk meraih sesuatu. Untuk ringkasan, suka saya memberikan satu analogi mudah.
Kuala Lumpur adalah destinasi yang perlu saya capai sebelum jam 12 tengah hari 8hb Januari.Jelas, kuala lumpur adalah matlamat, dan 8 hb Januari (12 tengah hari) adalah time frame.Untuk mencapai matlamat (Kuala Lumpur), memerlukan kenderaan (Strategi). Kenderaan apa?Boleh di pilih sahaja. Bas, kereta, Kapal terbang. Yang pasti, anda perlu sampai ke destinasi!
Set your goal, dan bina strategi hari ini
“Setahun memburu impian”














Matlamat yang jelas
Perlu jelas, kalau kabur nak bawak kereta pun susah kan?
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Kuala Lumpur, 12 tghari, Bas?Kereta? Kapalterbang?
Sebuah contoh yang mudah untuk difahami berkenaan
Impian, time frame dan strategi…
Ambo pasti dengan strategi yang tepat ditambah dengan semangat “dragon”, Malaysia bakal digegarkan oleh kemunculan seorang Jutawan GDI pertama di Malaysia.
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard & Work Smart”
Assalamualaikum
Waalaikumussalam pemburu impian Fathuri
Saya sedaya upaya sedang ‘keep on track’ untuk memburu impian. Tak di nafikan, even api dragon juga boleh padam jika terkena air.
Jadi perlu elakkan air supaya kepanasan api boleh di kekalkan
Assalamualaikum. Paling seronok ke blog ini saya selalu bersemangat dengan strategi dan kepimpinan diri yang hebat oleh Fahdi.
Waalaikumussalam saudara along aka Motivator
Saya sedang menilai apa yang saudara cakapkan dalam perbualan di telefon malam semalam. Saya terfikir, mungkin aplikasi 40 hari saudara boleh saya canai dan hasilkan “sesuatu” nanti.
InsyaALLAH.