Selesai sudah nampaknya kem sedari di sekolah lama FG selama 3 hari. Satu pengalaman yang baik, ya, sekolah dah bagi kita ilmu dahulu, sekaranglah waktu untuk menyalur balik ‘tenaga’ supaya dapat sama2 meringankan beban memanusiakan adik2 kita.
Tp, itu bukan motif FG hari ni!
Tujuan nya adalah untuk menyambung siri Bisness Internet Anda (BIA) siri-2 yang telah dijanjikan sebelum ini! yeah! sama2 kita bersedia. jangan berganjak dari membaca!
Baiklah, untuk siri dua, saya ingin stresskan satu elemen penting untuk memulakan bisness internet anda. Bila ia elemen, maksudnya, ia pecahan yang boleh membantu anda dalam memajukan bisness internet anda. Perkara yang dimaksudkan ialah Blog anda sendiri. Ya, sebuah blog!
La, FG, kenapa blog? sedangkan banyak lagi benda yang boleh saya buat? Ia pertanyaan yang selalu kita dengar. Mmg benar, banyak perkara yang boleh kita buat, tetapi, dengan adanya blog, segala ilmu, pengalaman anda boleh disalurkan. dan sekarang, perubahan yg FG nampak, dah semakin ramai mempunyai blog peribadi. Tujuan utamanya ialah, untuk membina keyakinan org ramai terhadap kita. Sebagai contoh, saya pun agak terkjut, pelakon yang baru sahaja menjuarai sehati berdansa dah mula menceburi dalam dunia perniagaan internet. dia ialah rashidi ishak.
Biasanya, blog2 ada banyak jenis, dan biasanya, bila nama blog peribadi, org biasa menggunakannya sebagai diari harian. Tp, bg FG, ia adalah platform supaya org datang, membaca post2 berkaitan (mcm di FG.com, most post dari dunia bisness Internet) jadi secara tidak langsung, ia dapat membina kredibiliti dan pada masa sama membina kepercayaan kepada pembaca! cuba bayangkan, jika visitor blog anda memcecah ribuan org setiap hari, dan pada masa itu anda sudah memiliki sebuah ebook untuk dijual, tidakkah ia akan ‘attract’ org ramai untuk membeli dan memilikinya.
Nah, jelas bukan? blog memainkan satu peranan yang amat2 penting dalam menaikkan kredibiliti anda sebagai seorang internet marketer atau apa2 sahaja. kalau anda seorang pakar dalam menternak kambing, cuba bina satu blog berkaitan perniagaan kambing. pasti, ia akan menarik perhatian org yang ‘minat’ kambing untuk datang! ![]()
Sebagai makluman, di FG.com juga menawarkan khidmat untuk membuat blog. jadi, jika anda berminat untuk menempah, sila tinggalkan pesanan anda di form berkenaan, dan FG akan follow up anda kemudian! senang dan cepat kerana semuanya di buat secara online. klik disini untuk contact
Sekian sahaja untuk siri ke 2 bisness internet anda! jumpa lagi dalam siri ke-3!





1 Trackback(s)