Blog diserang Hacker!

by fahdi on April 11, 2010

Hampir seminggu saya tinggalkan blog fahdighazali.com tidak beroperasi dan tidak diupdate. Kekangan masa  terutama ketika semester akhir yang semakin tamat memaksa diri untuk melupakan seketika proses dan sesi update perjalanan memburu impian ini.

Walaubagaimanapun, pagi (11 April 2010) ini saya agak terkejut apabila melihat satu wall post di facebook daripada sahabat saya Jaws.

Dan hasilnya apabila saya buka blog, paparan ini terhasil…Syirian Hackers Team “Hacker Inside” terpampang menonjol diri di tempat yang sepatutnya.

Percaya atau tidak, blog ini telak dihack! Sesuatu yang unik dan menarik! (bagi saya) Mungkin kerana ini kali pertama berhadapan dengan masalah sebegini. Perasaan? Bercampur antara gembira, tenang dan kecewa.

Gembira kerana blog ini menjadi sasaran hackers, (bermakna ada keistemewaan dalam blog ini sehingga heckers jelous :D ), tenang kerana sekurang-kurangnya dapat belajar dari kesilapan dan kecewa kerana takut habis semua post sebelum ini hilang.

Beberapa teman di facebook menunjukkan keperihatinan mereka. Dan terima kasih! :)

Alhamdulillah, segalanya selesai kurang dari sejam. Terima kasih atas support daripada web hosting provider yang sangat mantap! (p/s: kerana itu saya memilih hosting daripada luar negara yang mempunyai kredibiliti support yang luar biasa)

Berikut adalah email yang saya terima dari pihak mereka kurang dari 30 minit menghantar support tiket. Take note information yang diberikan didalam email tersebut.

Apa yang pasti, apabila berhadapan dengan masalah hacker, backup adalah sangat penting. Saya bernasib baik kerana penyedia hosting seringkali update backup mereka.

Syukur

Related Posts with Thumbnails

{ 9 comments… read them below or add one }

Zairi Zaidi` April 11, 2010 at 2:11 pm

Baguslah… Saya pun kena hati2 lepas ni

Reply

fahdi April 14, 2010 at 9:55 am

Betul zairi. Berhati2. Nanti sedeh dan kecewa sebab semua tulisan di blog hilang. Parah! :)

Reply

hasbulaqill April 12, 2010 at 3:07 am

terus buat new password untuk ftp login dan wp-admin :D
kalau buat username “admin’ mmg kena la

Reply

fahdi April 14, 2010 at 9:55 am

dah buat dah tu aqil. Tapi tak tahu mcm mana dia boleh lagi berjaya masuk. Tak pe, next time kene lagi berjaga-jaga :D

Reply

sueella April 12, 2010 at 1:06 pm

uithh.. nma sy kt fb pun ade.. huhu.. Alhamdulillah x kna lg.. x dpt bygkn kalu terkena

Reply

fahdi April 14, 2010 at 9:54 am

Terima kasih kerana beri comment di facebook. Ok la tu masuk sekali dalam gambar :D

Reply

farhan April 26, 2010 at 8:27 pm

bro, kalau servey bermasalah pun boleh jadi sebab kena hack.hehe

Reply

Motivasi Kerja May 11, 2010 at 2:51 pm

Salam Bro Fahdi. Selalunya yang kena hacked ni blog orang-orang famous dan berpotensi. Saya nak ucapkan tahniah juga kerana berjaya membuatkan hacker-hacker cemburu dan tak sabar untuk berusaha keras. Takpe cabaran seorang yang nak capai target mesti kuat juga. Doa dari saya untuk Fahdi semoga dapat capai dua misi penting bulan ini.

Reply

mrnoble June 13, 2010 at 12:59 am

aisehmen, blog pon diorang nak hack?!?!?!

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: