Dec
9th

Blue Ocean Strategy

Posted by fahdi

Setiap business atau perniagaan, pasti akan ada pencabar dan pesaing yang masing-masing sama berlumba untuk mencapai target tertentu. Tidak kira ia target sales, target market seperti customers ataupun dari segi kualiti produk yang di hasilkan. Tidak di nafikan, setiap bisness ada kelebihan dan ada kekurangan. Ada yang berjaya dengan hebat, ada yang kecundang rebah di tengah jalan sehingga tidak mampu untuk mendongak ke langit lagi.

Yang menjadi persoalan pokok adalah, jika niche bisness sudah terlalu tepu, bagaimana sebuah bisness mahu meneruskan survival? Jika salah langkah pasti malang dan kemusnahan akan berlaku. Modal lesap, letih dapat dan seksaan mental yang hebat. Kadang kala, ayat yang biasa yang di anggap pemusnah akan keluar di minda orang-orang yang kalah ini.

“Masakan tidak kecundang. Setiap pesaing yang ada di pasaran, mereka sudah “established” dan tidak mampu di ganggu gugat oleh sesiapa. Kita tak boleh masuk dalam?league (kumpulan) mereka. Jika tidak we’ll be dead in no time”

Blue ocean

Pendapat seperti ini merupakan pendapat yang sangat salah dan rentetan daripada inilah munculnya blue ocean strategy atau strategi lautan biru

Apakah strategi lautan biru ini?

“Blue ocean strategy promotes creating new market space or “Blue Ocean” rather than competing in an existing industry” – strategi lautan biru mengenengahkan kaedah untuk mencipta market baru daripada bersaing di dalam industri yang sedia wujud.

Maksudnya, “existing market” atau pasaran yang sedia wujud sekarang (red ocean – laut merah) sudah terlalu tepu. Dan untuk berjaya dengan cemerlang, anda perlu “wujudkan” pasaran baru.

Untuk memudahkan pemahaman, antara syarikat yang mengambil jalan blue ocean adalah syarikat Malaysia, air asia. Jika fikir secara logik, apabila Tony Fernandas membeli/acquire air asia yang sedang dalam kerugian berjuta ringgit, pasti tidak akan bertahan lama. Namun langkah “blue ocean’ yang di cipta – penerbangan tambang murah, membawanya ke satu level yang cukup hebat. Pada ketika itu MAS (Malaysia Airlines) menggunakan strategi yang sama dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain. Hasilnya,MAS kalah dalam persaingan! Cuba bayang jika air asia menggunakan sistem yang lebih kurang sama dengan MAS sewaktu awal penubuhan? anda dapat agak apa hasilnya kan?

Namun, tidak lama selepas itu, MAS bangkit dan mula menghasilkan margin keuntungan yang besar selepas mengaplikasi stategi blue ocean (sekali lagi, ia adalah pakej tambang murah)

Malaysia juga antara negara yang menggunakan strategi blue ocean. Masih ingat krisis kewangan asia pada beberapa tahun lepas? Malaysia menggunakan strategi blue ocean dengan tidak meminjam wang dari world bank. Sesuatu yang orang katakan sebagai “gila”. Lihat hasilnya, “we are among the best nation economically in asia” sekarang.

Jadi untuk berjaya, setiap bisness tidak boleh lagi menggunakan cara lama. Ya, ia sememangnya di sahkah berkesan, tetapi untuk masa lalu. Pada masa sekarang, kita perlu jadi lain dari yang lain. Signifikannya, lautan biru terlalu luas untuk di teroka dan kita akan menjadi “major player” tetapi di laut merah (laut mati), kita tak akan kemana.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Files under Dunia Perniagaan, Idea perniagaan


7 Responses to “Blue Ocean Strategy”

  1. By faisalhanim on Dec 9, 2009 | Reply

    secara teorinya mmg nmpak mudah…tp semuanya bergantung kepada kreativiti.

    Nak mencipta 1 produk dlm 1 uncontested market bkn mudah dan ada risiko yg sgt besar.

  2. By fahdi on Dec 9, 2009 | Reply

    salam faisal

    ya, saya akui memang sukar dan payah. Tetapi ia tidak mustahil. Lihat sahaja samsung. Mereka menggunakan teori blue ocean untuk lahirkan LCD screen. Dan lihat sekarang, samsung sudah atasi pelopor barangan elektronik dunia seperti SONY.

    Dulu samsung hanya budak kecil, tetapi sekarang sudah memintas abangnya SONY.

    Itu “kuasa” blue ocean ;)

  3. By Syed Akmal on Dec 9, 2009 | Reply

    Mari sama sama kita berjuang dengan skill BLUE OCEAN!

  4. By fahdi on Dec 9, 2009 | Reply

    mari akmal!

    Kita sama-sama berjuang
    saya sedang menunggu akmal
    untuk jadi salah seorang associates
    untuk bergabung tenaga mencurah keringat dan usaha ;)

  5. By Siti Fatimah Ahmad on Dec 11, 2009 | Reply

    Assalaamu’alaikum Fahdi

    Saya tertarik dengan cara Fahdi mengembangkan tulisan berhubung dengan Blue ocen Strategy. Ia sungguh menakjubkan. Apa yang mengkagumkan adalah strategi yang diambil dalam keadaan manusia lain tidak terfikir tentangnya. namun yang lebih hebat dalam situasi ini adalah MANUSIA yang memikirkan srategi tersebut.

    Oleh yang demikian, apa sahaja usaha menuju kejayaan tidak akan terbengkalai andai otak digunakan semaksimum mungkin kerana setiap urusan pasti ada jalan untuk dicapai. Tangga kejayaan tidak akan dapat didaki kalau kedua-dua tangan dimasukkan di dalam saku.

    Semoga fahdi berjaya mencapai destnasi yang diimpikan dalam tempoh 12 bulan. Syabas. Salam dari Kuala Lumpur.

  6. By amirsyazi on Dec 11, 2009 | Reply

    wow…fahdi ..anda memang betul-betul tahu apa yang anda lakukan.. ;p keep it warm..

  7. By term papers for sale on Aug 23, 2010 | Reply

    To opt for the famous buy a essay online service would be a proper decision for university students, who’re confused just because of the essays composing.

Post a Comment