Diari Memburu Impian: “Tuan, memburu impian perlu bermula kerana ALLAH”

by fahdi on March 5, 2010

“Tuan, memburu impian perlu bermula kerana ALLAH. Kerana dia adalah yang Maha Kaya, zat yang memberi kita rezeki. Mula dengan istikhamah solat di masjid tuan!”

Masjid UTP

Masjid UTP

Hampir seminggu sudah berlalu selepas perjumpaan dengan para pemburu impian di Kelantan tempoh hari. Inputnya banyak dan menarik. Tetapi saya tertarik dengan perkara yang satu ini;

“Istikahmah solat di masjid tuan. InsyaALLAH semua perkara akan dipermudah. Nur cahaya rahmat itu bermula dari rumah ALLAH. Ia akan dibawa bersama dengan kemudahan dan kesejahteraan walau dibilik tidur sekalipun!”

Alhamdulillah, setakat hari ini hampir 80% masa solat dilakukan di masjid dan usaha ini akan diteruskan sehingga mencapai 100%.

Baki 20% masih lagi waktu solat yang paling susah untuk dilakukan diawal waktu. Subuh.

Memang tidak mustahil, subuh dianggap satu jihad untuk berperang dengan nafsu tidur. Tidak pelik jika baki 20% masih lagi belum dapat dipecahkan dalam masa 5 hari percubaan.

“Jangan kalah, usaha dan usaha lagi!. Aku akan buru lagi baki 20%!”

Impian hari ini (Jumaat, 5/3/2010)

1)Pergi solat jumaat seawal mungkin dari minggu sebelumnya

2)Membuat report FYDP (final year design project)

3)Meyiapkan simulation FYP (Final year design project)

4)Membaca 10 helai atau lebih buku motivasi anthony robinson “Grow Rich Quickly”

Related Posts with Thumbnails

{ 2 comments… read them below or add one }

Blogger75 March 7, 2010 at 12:36 pm

Salam penuh ceria,

Betul tu.Saya sangat bersetuju.

Reply

Jaws March 10, 2010 at 3:55 pm

banyak yang aku perlu hidup ini..
mungkin selamanya aku hidup dengan nasib baik jer..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: