Keep moving forward!
Salam dan selamat sejahtera kepada semua!
FG baru sahaja habis menonton filem ‘Meet the Robinson’ di disney channel baru sebentar tadi. Pada mulanya mahu meneruskan kerja-kerja business online. Tetapi, mata dan hati akhirnya tertambat pada cerita kartun yang pernah saya lihat lebih kurang 2 tahun lalu. (wah!
)
Cerita ini mengisahkan seorang budak bernama Louise Robinson, a brililiant, optimistic young man who proved that just anything is possible if you put your mind to it. Yup, its true!
Walaupun ia hanyalah cerita kartun, tetapi ia sarat dengan motif yang membina jatidiri untuk terus berjaya. Di dalam cerita ini,Louise, seorang inventor kecil yang sangat berminat untuk mencipta sesuatu yang baru berhadapan dengan krisis tiada keyakinan diri .Sehingga satu tahap, dia langsung tidak menyedari yang ciptaannya bakal mengubah dunia.
Kedatangan ‘anaknya’ daripada masa depan akhirnya mengubah persepsi terhadap invention yang telah di cipta. Bermula di situlah, dia yang tidak ternama menjadi inventor terkenal dunia, dia yang tidak memiliki family akhirnya menjadi seorang yang paling bahagia di dunia.

Apakah yang terus menjadi pegangan Cornelius? Yup! just a simple word, makes things different “KEEP MOVING FORWARD!”
Sama sahaja dengan kita semua, value yang ada di dalam cerita ini boleh kita sematkan di dalam diri. Keep moving forward! walaupun anda selalu gagal dalam sesuatu, jangan mudah mengalah dan teruskan usaha. Keep moving forward!
Di dalam melakukan business, walau apa jua perniagaan sekalipun, kita harus dan anda harus sematkan tekat, walau apa pun yang terjadi, anda tidak boleh mengalah. Desire atau keinginan untuk berjaya harus menjadi tonggak utama untuk anda setiap masa dan ketika. Saya sendiri pernah jatuh bangun dalam dunia perniagaan ini. Ada masa saya gagal dan rugi, tetapi, jangan jadikan ia sebagai alasan. Sekali lagi, keep moving forward!
Sesetengah orang, mereka tidak boleh menerima kekalahan dan kegagalan. Jangan… kegagalan dan kekalahanlah yang akan mematangkan kita. Jadikan ia sebagai pemangkin yang membawa kita ke arah keyajaan mutlak! sama-sama kita berjaya!
Post saya hari ini sedikit serius, tidak mengapa. Yang penting, matlamt saya untuk memotivasikan anda dan juga DIRI SAYA SENDIRI tercapai. Come on, never give up!
Akhir kata, teringin untuk melihat trailer cerita ini? Jangan risau, kali ini, FG ada sediakan video! 1st time! Hope anda semua enjoy
Yang ikhlas memotivasi
fahdighazali
“KEEP MOVING FORWARD”













