Salam sejahtera kepada semua!
Kita semua sudah mengetahui dan pernah mendengar bagaimana GDI mampu untuk anda gunakan sebagai platform untuk menjana sumber kewangan yang menakjubkan! Dan di sebabkan itu, saya menerima email dan pertanyaan yang tidak putus-putus.
Jadi untuk itu, saya telah menyiapkan satu video yang mana video 9 minit ini bakal menerangkan kepada anda secara MENYELURUH “How to make money using GDI”. Ia applicable ataupun sesuai untuk semua tidak mengira siapa untuk mula menjana kewangan malah mungkin berjaya menjadi jutawan dalam masa 24 bulan! (itu target fahdi&associates!)
Jadi tonton video ini sehingga tamat. Saya berharap, ia akan dapat memberi gambaran jelas kepada anda bagaimana GDI dapat memberi sumber kewangan stabil setiap bulan.
Penting: Jika video slow, sila biarkan ia loading sehingga habis (tekan butang silent). Ia bagi memudahkan anda melihat video tersebut
Sila tonton dan dengar setiap penjelasan sehingga tamat dan jika berminat, klik link di bawah
Klik Di Sini Untuk Register
-
-
-
Pengumuman: Kepada semua fahdi&associates! – terima kasih kerana mendaftar. InsyaALLAH, saya akan kongsikan tip-tips berkaitan cara untuk anda mula menjana sumber kewangan di internet melalui email masing-masing. Tunggu ya
Dan kepada yang masih belum register, anda boleh register sekarang di form di sebelah kanan. Hanya masukkan email dan nama and you are good to go
![]()




By kula on Jan 1, 2010 | Reply
salam fahdi..
sori baru 1st time bukak blog ko ni..
tp ko dah siasat ke perniagaan ni dr sisi syariah?
dr ape yg aku tgk secara kasar, jelas menyerupai MLM..
sori la kalo salah, tp at least tolong baca artikel ni smpai abes, n compare la dgn bisnes ko buat.. aku x bole sbb aku x paham btol2 bnde ko ni..
ni link die..
http://www.zaharuddin.net/fiqh-kewangan-kerjaya/ust-zaharuddin-tiada-locus-standi-ulas-isu-riba-wawancara.html
aku tggu ko reply..
By fahdi on Jan 1, 2010 | Reply
salam kula,
Terima kasih sebab sudi datang ke blog ini dan terima kasih atas soalan itu. Bagus soalan tu dan dah ramai yang bertanya.InsyaALLAH akan di jawab berdasarkan pemahaman dariapda artikel yang telah di berikan.
Kebanyakan orang apabila mendengar perkataan MLM akan ‘lari’ dan takut. Namun ada juga yang “berani” untuk mengkaji kesahihannya dan memperoleh manafaat darinya. Ia bergantung atas individu itu sendiri.
Jadi ini adalah jawapan yang boleh di ringkaskan.
1)GDI (Global Domain International) adalah satu syarikat antara 500 fortune company. Dan semua sudah maklum, PETRONAS adalah salah satu daripada company-company ini dan GDI berada di tangga ke 30. Jelas, syarikat ini adalah syarikat yang stabil dan bukan mengamalkan prinsip MLM membabi buta seperti yang di amalkan oleh banyak syarikat. Dapat duit tinggal.
2)GDI bukan main dapat duit atas angin. Maksudnya, bukan hanya dapat duit dari “kepala yang masuk”. Tetapi GDI mempunyai produk yang cukup relevan dalam dunia IT sekarang. Setiap kali register, kita akan IMMEDIATELY dapat produk tersebut. Dalam islam, riba timbul apabila di lewat-lewatkan barang. Tetapi GDI akan secara terus beri kepada kita. Apa produknya? Ia adalah satu nama domain, pakej hosting,10 email professional dan website builder. Bayaran setiap bulan RM35 adalah sebagai sewa domain dan hosting ini. Jadi ia seperti kaedah kita duduk dan menyewa sebuah rumah. Alamat rumah adalah domain, rumah adalah hosting dan perabut adalah emailnya.
3)Setiap kali untuk mendapat commission, kita perlu subit banyak borang yang di tandatangani. Download daripada website GDI, print, tandatangan dan print. Bukan sahaja borang pendaftaran, tetapi document seperti kad pengenalan, gamba passport, gamba kad kredit untuk tujuan transaction internet, lesen memandu dll. Ini untuk memastikan bahawa yang menjadi affiliate kepada GDI adalah seorang yang benar dan sahih serta untuk memastikan setiap bayaran commission di buat kepada orang yang tepat. (boleh tanya tok ayah untuk kepastian aktiviti print dan scan)
4)Tidak semestinya membeli produk GDI (domain, hosting, email dan website builder) seseoran perlu menjadi affiliate kepada GDI. Bukan. Apabila menjadi salah seorang affilite, bebas, samada hanya mahu gunakan sahaja produk-produk itu atau mahu cari duit lebih dengan mempromosi GDI kepada orang lain. Bayaran RM35 sebulan jika boleh membawa keuntungan adalah lebih baik. Dengan kata lain, GDI turut memberi peluang kpd subsciber memperoleh pendapatan tambahan dengan menjadi agen affiliate syarikat tersebut utk menarik lebih ramai pengguna menggunakan khidmat syarikat tersebut.Setiap subscriber layar menerima 10% dpd bayaran bulanan tadi(10USD) isitu USD1 sebagai insentif kerana memperkenalkan GDI kepada downline mereka,dan mereka layak menerika insentif tersebut sehingga 5 level dibawah.
5)Tiada jaminan berjaya dengan GDI. Membayar RM35 tiada jaminan berjaya. Kenapa? Kerana ia bergantung hasil usaha kita. Tiada istilah goyang kaki dapat duit. Kita perlu berusaha. Baru akan dapat sesuatu. ‘profit is by taking risk’- itu lah cara berniaga.
Kita perlu tahu bahawa, GDI adalah sama seperti semua orang membeli domain dan hosting di internet untuk tujuan membangunkan website atau blog. Sangat sama (bagi yang ada experience membeli domain dan hosting)
Jika ada lagi kekeliruan, boleh di utarakan kembali.
By kula on Jan 1, 2010 | Reply
mungkin ko x bace betul2 artikel aku kasi tu.. harap ko bole bace dgn open mind dan betul2 cube utk paham, bkn utk cari kesalahan artikel tu..
aku x meragui boleh atau x sistem ni utk buat duit.. tp adakah berkat atau halal? itu persoalannye..
btw, artikel tu ditulis dah lame dulu, so explanation die berdasarkan sistem MLM lame.. tp yg penting guideline utk kite tgk halal atau haram.
ni ade lg 1 artikel, maybe lg detail..
http://www.zaharuddin.net/pelaburan/multi-level-marketing-menurut-shariah.html
jgn buat kesimpulan sendiri ttg hal2 agama ni, bahaye.. tahap ilmu kite ni kene cari yg lebih arif, tye ustaz yg betul2 dlm bidang ni, cth mcm ustaz zaharuddin tu..
By fahdi on Jan 2, 2010 | Reply
Terima kasih kula sekali lagi atas saranan artikal berkenaan.
Pertamanya perlu tahu, walaupun ko akan fikir aku akan back up perniagaan ini (sebab aku join), itu adalah salah besar. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa aku tidak pernah mengkaji halal haram sesuatu sebelum di lakukan. Tidak mengapa. Ia bergantung. Dan sebagai makluman, artikel itu sudah di baca dengan minda terbuka, hati yang rela menerima dan tidak langsung skeptikel. Tidak juga mencari kesalahan artikel kerana ust zaharuddin pasti lebih tahu dari aku yang tidak ada ilmu ini.
Untuk makluman, sebelum join dan bergerak aktif, aku dah consult ustaz dan ustaz inilah yang membantu aku untuk maju di dalam business ini. (dia juga bergiat aktif menjadi affiliate GDI). Kita bebas untuk mengkritik, tetapi biarlah kita selidiki.
kami telah duduk semeja dan berbincang pasal hal ini.Adakah ia halal atau tidak. Dan dia sendiri tekad untuk melakukannya. Sebelum beliau masuk pun, entah berapa kali solat hajat, dan istikharah.
Dan berhubung dengan artikel zaharuddin.net, sudah di selidiki beberapa kali. Jangan risau. Sebab aku sendiri tak mahu untuk melakukan sesuatu yang di luar dari batas agama. Dan perlu di tekankan di sini, aku tidak langsung membuat kesimpulan sendiri.
Jika dulu aku lakukan forex (yang untungnya sangat hebat! boleh mencapai nilai puluhan dolar sehari, tetapi di tinggalkan begitu sahaja selepas membaca artikel di zaharuddin.net berhubung halal haram forex)
Tetapi tidak mengapa, apa sahaja yang di beritahu, akan selalu bercanggah. Kerana orang akan melebelkan seseorang yang sedang lakukan business bersama GDI adalah salah.
Tetapi jangan lah melebelkan aku membuat kesimpulan sendiri. Kerana ia sudah lari dari matlamat asal perbicangan. Lebelkan seseorang tanpa usul periksa itu tidak bagus.
Jika tidak mahu lagi skeptical, apa kata cuba sendiri sistemnya selama seminggu? (FREE) Baru kita boleh relate akan artikel tersebut dll. Baru best perbicangan ye x?
Apapun terima kasih kula, ia sangat membantu
Sekurang-kurangnya latihan untuk menjawab pertanyaan yang bakal di ajukan nanti.
By kula on Jan 2, 2010 | Reply
itula maksud aku dgn membuat kesimpulan sendiri.. jgn consult ustaz yg join jugak gdi ni, dah tau la ape jwpn die..
setahu aku, semua benda yg perlu kumpul orang dan dijanjikan keuntungan tertentu adalah haram..
wallahualam..
apepn, aku komen sbb ko coursemate aku, just bg link tu utk consider je, kot2 terlepas pandang.. kalau halal, alhamdulillah & good luck..
peace~
By fahdi on Jan 3, 2010 | Reply
Thanks kula.
Pertamanya, sebab itu aku syorkan ko cuba secara FREE 7 hari dahulu mengenai GDI ini. Baru boleh ko wat kesimpulan bahawa ia molek atau tidak.
Macam kita nak buat kesimpulan mengenai rasa air manis ke masin atau sedang-sedang, kita sendiri kene minum. Baru boleh tahu kan?
GDI aku tak pernah kata kalau kumpul orang akan DIJANJIKAN keuntungan. Salah tu. GDI juga perlu bekerja. Sama seperti orang makan gaji. Even ada yang join x dapat apa-apa sebab goyang kaki. Aku juga bekerja keras sepanjang cuti sem ni.
Sebab lain?
Orang melayu ni, dia hanya fikir mahu sedap duduk tanpa usaha. itu masalahnya.
Dan untuk pengetahuan ko, ust yang join ini pun, selepas dia consult ustaz-ustaz yang lain dan dia dah amik pandangan dari orang yang lebih arif. Dia seorang yang tahu halal haram dan seorang yang banyak membaca mengenai bisness. Kalau haram, dia pun x akan join. Dan bukan dia yang ajak aku join. Tapi aku join sendiri, pastu aku consult dia macam mana. Aku memang sudah berfikiran terbuka pasal ini.
Mengenai setiap bait2 perkataan yang ust zaharuddin bagtau, aku dah dan memamng baca sebelum join. Sebab aku tak akan nak wat sumthing yang tak kena dengan hukum.
Tak mengapa kula, if betul-betul ia haram, aku akan stop. Tapi buat masa ini, tiada apa yang boleh di ketegorikan ia sebagai haram. Selain dari pembacaan aku dekat zaharuddin dengan tanya orang lain, dan juga pandangan orang yang dah masuk, ia alhamdulillah masih halal dan toyyiba. Boleh cari di forum-forum juga. Ada yang membincangkan pasal ni.
Jangan anggap semua MLM ini haram. aku dulu fikir sama juga. Tp alhamdulillah,ada juga yang halal. Kalau tak silap, radix pun MLM. Yang kopi dll tu. Tapi dia sah. Kenapa? Sebab dia jual barangan utk orang islam? X semestinya kan? (kalau salah tolong perbetulkan)
Jadi, walau apa perspektif kita, kita masih berpegang pada agama kula. InsyaALLAH.Kalau salah tolong-tolong tegur.
By Hanafi Abdullah on Jan 6, 2010 | Reply
Apabila membaca komen drpd Fahdi tentang halal haram saya lebih yakin untuk membuat GDI. Saya memang suka MLM kerana ia satu perniagaan yang banyak membantu orang lain. Apabila bercakap mengenai membantu orang lain tentulah perbuatan tersebut sangat mulia dalam agama islam. Selagi ia tidak bersifat penipuan dan penindasan maka perniagaan itu masih boleh diterima dan insya Allah dapat keberkatan dr Allah swt. Begitulah layaknya GDI pada pandangan saya yng sgt cetek agama ini.
By Alan on Feb 18, 2010 | Reply
assalamualaikum en. fahdi,
sememangnya saya sudah pun menyertai GDI ini tapi masih lagi baru mengenainya. saya tidak tahu mengapa tiba-tiba hari ini hati saya terdetik, apakah yang sedang saya buat ini adalah haram dari segi agama? ini suma sebenarnya adalah gara-gara saya melayari internet dan terjumpa satu perniagaan networking yang pada pikiran saya pelan marketingnya, mak aaii… untung dasat sangat. tidak seperti GDI, keuntungan yang dijana amat pantas.
produknya? perihal produknya… tidak ada apa-apa perkhidmatan yang disediakan contoh spt GDI tetapi hanya himpunan-himpunan audio dan video course untuk dipelajari ( saya tidak tahu sama ada produk-produk ini adalah hasil dari tuan punya perniagaan ini atau tidak dan jika tidak, saya tidak tahu sama ada produk-produk ini mempunyai lesen master reseller atau tidak kerana jika tidak ada lesen tersebut maka ini sudah kira diketegorikan penyamun kerana memperdagangkan hak orang lain tanpa kebenaran namun jika ada, bagus laa.. itu yang sepatutnya ) namun apa yang saya faham mengenai modus operandi mereka ini ialah, mereka memang kena cari downline sbb dari situ laa mereka menjana income. saya teringin nak join, tapi hati saya terdetik untuk mencari jawapan mengenai halal haram perkara ini. oleh itu saya abaikan dulu.
saya ingin mencari jawapan, saya google dan saya dapat lihat tentang perbincangan hangat MLM ni di laman web ustaz zaharuddin. lalu saya cari lagi dan terjumpa laman ini. tetapi saya sangat setuju dengan perkara jika kita goyang kaki, kita takkan dapat apa pun dlm GDI ni. itu mmg saya sangat setuju.
buktinya? saya sudah pun hampir 3 bulan menyertainya namun tidak ada satu pun keuntungan yang lumayan yang terjana di dalam akaun GDI saya ini. maaf, saya tidak malu untuk memberitahu mengenainya dan saya tidak membuat sebarang kesimpulan dari soal jawab perbahasan di atas untuk pandangan saya ini dan bukan juga kerana saya telah menyertai GDI tetapi inilah yang saya alami. saya rasa ingin saja berjumpa dengan kamu dan ustaz itu untuk berbincang mengenai perkara ini. saya bukan apa, cuma ingin mendapat kepastian dan pandangan dari orang yang benar-benar arif mengenai perniagaan yang sedang diceburi ini. saya tidak mahu memberi isteri dan anak-anak saya makan dari hasil yang haram. sama-samalah kita yang cetek ilmu agama ini pergi mendalaminya.