Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Kisah Mencari Jodoh dan Tanggungjawab

Posted on January 13, 2010 by fahdi
Seorang wanita datang kepada seorang motivator dan bertanya mengenai soal jodoh. Usianya hampir 30 tahun namun masih belum bergelar isteri mana-mana lelaki.
Katanya, “Tuan, kenapa saya sukar mendapat jodoh?”
Jawab Motivator tersebut, “Apakah kriteria lelaki idaman yang anda inginkan yang perlu ada pada bakal pasangan?”
“Dia mestilah kacak, tampan, bergaya, suka mengambil berat,pandai berjenaka, sensetif dan kaya!”
Jawab motivator itu sebagai maklumbalas, “Adakah lelaki yang memiliki sifat seperti itu mahu berkahwin dengan anda? Adakah lelaki seperti itu tertarik dengan wanita seperti anda?
Wanita tersebut gamam dan mula berfikir…
“untuk mendapatkan lelaki yang mempunyai kriteria seperti itu, anda perlu TERLEBIH dahulu memenuhi aspek itu. Anda perlu kelihatan cantik, menarik, sensetif dan mengambil berat serta pandai berjenaka!”
Kita perlu bertanggungjawab
Apa yang di maksudkan dengan contoh di atas adalah, anda perlu bertanggungjawab 100% atas apa yang anda lakukan dan jangan menyalahkan orang lain jika anda tidak berjaya. Dalam kes di atas, wajarkah wanita tadi marah kerana tiada lelaki tampan tidak mahu mengambilnya sebagai isteri? Tidak! Kerana dia sendiri tidak kelihatan menarik!
Terlalu banyak kes seperti ini yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Kita lebih suka menyalahkan orang lain daripada kita sendiri mencari inisiatif untuk melakukan perubahan. Kita lebih suka lari daripada tanggungjawab dan menzahirkan kesalahan itu berpunca daripada pihak lain dan bukan kerana tindakan kita!
Melihat daripada perspektif perniagaan, seorang usahawan mempunyai “kuasa” untuk mempromosi produk kepada orang ramai. Ya, dengan modal serendah RM35, anda boleh memperoleh pendapatan RM100,000 misalnya. Tetapi berlaku penolakan dan anda katakan “Bodoh betul orang ini. Tak nampakkah peluang dan potensi dari perniagaan ini? Teruk betul!”
Itu adalah salah satu cara anda “meyakinkan diri bahawa anda tidak bersalah!”
Cuba kita terbalikkan keadaan. Jika seseorang mempromosi produk kepada anda, dan anda tidak mahu membeli atau menyertai program itu. Adakah anda adalah orang yang BODOH? Tidak! Tetapi juru jual itulah yang bodoh dan kurang pandai untuk menerangkan mengenai keberkesanan dan kehebatan itu. Dan dalam kes ini andalah juru jual tersebut.
Jadi jelas? Jangan salahkan orang lain jika tidak berjaya. Salahkan diri dan betulkan kesalahan.Kajian menunjukkan, anda bertanggungjawab 100% kepada sesuatu.
Bayangkan, jika si isteri lari meninggalkan anda. Salah isterikah mencari lelaki lain? Sebaliknya cermin diri dan lihat, anda tampankah? anda “caringkah”? anda pandai menjaga dan menghiburkan hati kah?”
Tepuk dada tanya diri.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

Kisah wanita 30an

Take responsibility

Bayangkan, jika si isteri lari meninggalkan anda. Salah isterikah mencari lelaki lain? Sebaliknya cermin diri dan lihat, anda tampankah? anda “caringkah”? anda pandai menjaga dan menghiburkan hati kah?”

Tepuk dada tanya diri.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • Google
  • Facebook
  • bodytext
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

11 to “Kisah Mencari Jodoh dan Tanggungjawab”

  1. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Pertama kali membaca analogi di atas, rasa gelihati..

    Bila dibaca hingga ke akhirnya, terasa kebenarannya, terutama pada petikan ayat di bawah..

    “Melihat daripada perspektif perniagaan, seorang usahawan mempunyai “kuasa” untuk mempromosi produk kepada orang ramai. Ya, dengan modal serendah RM35, anda boleh memperoleh pendapatan RM100,000 misalnya. Tetapi berlaku penolakan dan anda katakan “Bodoh betul orang ini. Tak nampakkah peluang dan potensi dari perniagaan ini? Teruk betul!”

    Teringat kata seorang yang hebat dalam mengusahakan bisnes networking.

    Ada 4 kemahiran yang perlu dipelajai dan dikuasai untuk mencapai impian dalam bisnes networking ini.
    1) Selling/sponsoring Skill
    2) Teaching/training Skill
    3) Leadership Skill
    4) Management Skill

    Tambahnya lagi,

    Bila anda sanggup mempelajari dan seterusnya menguasai ke empat-empat skill di atas, “dunia ini anda yang punya” katanya…

    “Menariknya, sesiapa sahaja yang mahu dan sanggup belajar dan berlatih boleh menguasai skill2 itu”

    Maka jelaslah kini, sebenarnya tiada siapa yang gagal, cuma “belum berjaya” lagi

    Justeru itu, Ambo lebih suka memilih ungkapan di bawah..

    “Belakang parang jika di asah lagikan tajam….”

    Mari mula mengasah skill2 itu…dan mari mencipta impian dengannya…”

    Salam ceria & inspirasi

    “Pray Hard & work smart”

    Assalamualaikum

  2. salam pemburu impian…

    Saya sangat terkesan dengan artikel ini. Untuk mendapatkan yang terbaik kita mesti menjadi terbaik dahulu.Pelajari ilmu tentang Internet atau pelbagai ilmu yang bermanfaat lain.Jangab lupa kita mendapat apa yang kita sangkakan kerana Allah Maha Mengetahui isi hati dan niat kita.Kata orang kerja biar sederhana tapi konsisten seperti solat sunat juga sikit tapi istiqamah.

    Sekian.Jumpa lagi.

  3. Zul says:

    Assalamualaikom

    Saya setuju dengan pendapat Fahdi dan Pemburu. Tapi kita perlu ingat , tanggungjawab adalah penting , sejauh mana kita mengembangkan tanggungjawab , adakah dengan hanya membaca di perpustakaan kita sudahpun memperolehi semua skill yang kita hendaki. Bergurukan buku adalah bergurukan syaitan. Adakah cukup bagi menjadi seorang suami dengan bergurukan buku dan bahan bacaan. Bahan – bahan ini hanyalah sebagai panduan. Intipati yang sebenarnya bimbingan dua hala sesama insan. Ini masalah yang dihadapi oleh penjual zaman sekarang. Tanpa hubungan ini nescayalah tak kemana. Motivasi ada , maklumat ada , ilmu ada tapi tak cukup jika bimbingan pengalaman guru tiada. Guru yang bertanggungjawab dan berkualiti mengajar anak murid, ini pakej tambahan yang diperlukan.Dalam konsep jodoh diatas perempuan itu sendiri merasakan dia dah memenuhi keriteria tersebut , TETAPI itu pendapatnya sendiri , mungkin orang lain kata baju dia tak sesuai. Dari erti kata lain sokongan , bantuan , kritikan dan teguran dari seorang guru atau rakan amat diperlukan untuk berjaya.

  4. Jaws says:

    kisah yang bagus dan buat aku berfikir…

  5. lia says:

    Ye….Kisah yang penuh makna yang tersurat dan tersirat..
    Fikirkan yang terbaik agar kita sentiasa dapat yang terbaik hari ini berbanding hari semalam….

  6. Assalamualaikum Fahdi. Lama tak ke sini. Sibuk dengan program. Tidak lama lagi saya akan melihat bagaimana sahabat saya ini mula menunjukkan satu penulisan yang berpengaruh. Setiap patah menunjukkan bahawa Fahdi mampu mempengaruhi orang lain. Teruskan usaha.

  7. jimie says:

    betul jugak..baru aku sedar..sebenarnya diri kita sendri yang problem..nak salahkan orang lain jugak…..hurm…thanx bro 4 da info….ada hajat nk kongsi mende ni kat blog jugaklaa..jgn wiso letak link nyer ke sini..hehe

  8. Luloq says:

    Menusuk ke kalbu kata2 saudara yang part jurujual 2..haha..
    betul 2,dengan strategi yang berkesan dengan usaha yang gigih,InsyaAllah apa yg diimpikan dpt dicapai..
    tuhan akan membalas kita dengan setimpal apa yg kita usahakan..Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..anyway,semoga saudara succes dlm mengejar impian saudara..gud luck:)

  9. iuOdry says:

    On this page only people have to find very interesting texts about this good post. Thanks to you the good sides of our terms used to be demonstrable. We really know that now was casual to receaive well done custom essay company from the essay writing company.

  10. Nazmi says:

    cerita yg bagus….

  11. pas blogwalking tahu-tahu dapat info yang menarik ini :) terima kasih ya

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes

↑ Top