Kita sebenarnya terlalu kerdil!

by fahdi on January 10, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Baru sebentar tadi saya menonton satu siaran TV, national geographic channel berkenaan alam semesta raya. Ia berkaitan mengenai proses kewujudan alam.Bermula dari proses awal yang kita selalu dengar iaitu proses kelahiran bintang baru atau big bang sehinggalah kemunculan organisma dan microorganisma yang penghuni bumi.

Space
Space

Betapa kerdilnya kita jika kita melihat ke angkasa sana. Bintang-bintang yang bertaburan pasti ada signifikan tertentu bagi sesiapa yang berfikir akan kebesaran dan keesaan ALLAH pencipta alam. Sedarkah kita,melihatkan kepada penciptaan bima sakti sendiri, kita dapat menilai sejauh mana kecilnya kita.

Saya ambil contoh, lihat sahaja gambar bumi kita, “The earth”. Dapatkah kita lihat di mana kita? atau sekurang-kurangnya kita mengagak kedudukan ibu dan ayah serta adik beradik? Atau mungkin kah kita dapat melihat “tuan besar dunia” iaitu Barack Obama president Amerika yang hebat berada? Tidak! Carilah, gunalah mikroskop sekalipun, kita tidak akan nampak.Betapa kerdilnya kita!

Jadi sedarlah, kita sebenarnya terlalu kerdil jika hendak di bandingkan dengan dunia, dengan angkasa, dengan galaksi bima sakti, cakerawala dan pastinya yang paling agung, PENCIPTA KEPADA SEMUA INI!

Normal bagi kita berlaku tidak adil pada diri. Sombong yang tidak bertempat. Tetapi walau betapa rancak kita mendabik dada, sedarlah, akhirnya kita akan kembali jua ke dalam bumi di mana kita berjalan sekarang.

Bayangkan, roh kita akan berjalan merentas seluruh angkasa ke langit ke tujuh yang entah berapa billion tahun cahaya di atas sana.Bayangkan di perjalanan nanti, bumi semakin jauh di tinggalkan dan ia semakin mengecil dan mengecil menjadi seakan seperti satu titik sehingga tidak nampak lagi.Bayangkan titik itu adalah bumi yang kita katakan besar! Dan bayangkan jika titik kecil itu adalah bumi, DIMANA KAH KITA WAHAI SAHABAT?!

Earth
Earth

Melihat panorama di atas sana, ya, ia mengasikkan. Dengan bintang cantik menghasilkan bentuk seakan-akan sesuatu. Namun, ia hadir bukan sengaja, tetapi ia hadir untuk menyedarkan kita.

Fikir-fikirkanlah

“Setahun memburu impian”

Related Posts with Thumbnails

{ 3 comments… read them below or add one }

Anas January 10, 2010 at 9:22 pm

Aslkm,ape khabar semua?nice blogging,.nak rase bagus,jom ke blog saye ni di http://tolongsenyap.blogspot.com ,ok bye,,,

Reply

fahdi January 12, 2010 at 12:44 am

Wsalam anas,

Terima kasih. InsyaALLAH, saya akan berkunjung ke blog anas nanti. :)

Reply

Motivasi Kerja January 15, 2010 at 7:21 am

Assalamualaikum Fahdi. Sememangnya manusia itu kerdil dan lemah. Dinyatakan dalam Al-Quran antara sifat-sifat manusia adalah lemah. tETAPI MANUSIA TIDAK MENYEDARI HAKIKAT ITU.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: