Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Lakaran Pertama 2010

Posted on January 01, 2010 by fahdi
2 kejayaan awal tahun 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!
Salam tahun baru 2010 saya ucapkan kepada semua yang membaca fahdighazali.com.Alhamdulillah, akhirnya 2009 telah melabuhkan tirainya pada jam 12 malam semalam. Banyak coretan dan kenangan yang di tinggalkan di tahun ini. Ada suka, ada duka, ada menarik, ada menyakitkan. Segalanya sekarang tercatat dalam lipatan sejarah hidup kita selaku seorang umat manusia yang sedang berjalan dan mengharungi kehidupan di dunia tuhan. Segala yang tercatat di buku diary, di blog, di dalam lembaran, di dinding-dinding atau di mana sahaja menggambarkan apa yang telah kita lakukan dan manafaatkan masa yang telah di berikan kepada kita. Samada kita sedar atau tidak, kita telah mencuba sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab. (saya harap). Kepada yang masih lagi mencari nilai diri dan potensi, ayuh! kita jadikan 2010 sebagai platform perubahan dan pengubahsuaian diri yang “solid”
Di awal tahun, ramai yang menyimpan azam. Pelbagai yang mahu di capai. Seperti mana saya. Setiap tahun saya akan berazam. Mahu lakukan itu, mahu lakukan ini. Hampir setiap kali solat saya akan mendoakan akan “muncul” satu peluang menarik untuk saya cuba dan mula mengubah takdir. Namun, perancangan saya yang saya lakukan hampir setiap tahun, rupanya adalah langkah yang salah! Apa yang salah? Berazam tahun baru itu salah?
“Salah” bukan bermaksud cara tidak betul. Azam itu sendiri menggambarkan matlamat yang bakal kita capai dalam masa 365 hari bermula 1 Januari setiap tahun. Tetapi ada satu lagi yang lebih besar dari itu yakni tindakan yang perlu kita buat supaya cita-cita yang sering kita war-warkan akan menjadi satu kenyataan. Jadi, kesalahan saya selama ini, saya hanya “bermimpi” untuk mencipta kejayaan di minda tanpa ada tindakan agresif untuk mencapainya.
Namun, segala semakin nampak sinar dan semakin berubah. Corak pemikiran sudah semakin menunjukkan anjakan yang sepatutnya. Ilham datang bak seperti mahu “pecah” dari ruyung, dan ia sekata dengan tindakan! Ya, ia sudah bermula dan saya tahu, untuk jadikan fatasi satu realiti, memerlukan kita “bekerja” merempuh tembok, memotong pagar halangan, mendaki cerun susah dan membina pintu yang masih belum terbuka. Dari hanya menunggu peluang, saya perlu mencipta peluang! Dari hanya bermimpi untuk menuai azam, saya belajar untuk mula mencari benih, menyemai, membajai tanah supaya saya berpeluang menikmati hasilnya pada akhir tahun 2010 nanti.
Dan alhamdulillah, awal tahun ini cukup bermakna dengan kehadiran 2 kejayaan yang dulu hanya “MIMPI” tetapi dengan sedikit strategi, ia datang tanpa di duga!
1) Peluang menulis buku bersama publisher terkenal (PTS/Alaf 21). Terima kasih atas tunjuk ajar seorang penulis buku best seller saudara Fadzli Fauzi
2) Muncul secara “LIVE” di stesen radio internet. Fuhyoo FM bersama dengan IM dan blogger yang lain.
3) Mendapat 100usd daripada pihak Global Domain International
Ia bukan kejayaan saya sahaja, tetapi saya mahu mengajak semua untuk mengorak langkah lebih agresif untuk memburu impian. Ingatlah kata-kata ini;
“Kejayaan sebenarnya lahir dua kali. Pertama di minda dan kedua di alam nyata selepas kita BERUSAHA!”
Jadi ayuh sahabat, jangan hanya berazam, LAKUKANNYA! 2010 pasti menjanjikan 1001 buah kejayaan jika kita mula sekarang (1 Januari 2010)
Berhenti berharap, agresifkan tindakan!
“Setahun Memburu Impian”

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua! :)

fahdighazali.com bersama Fadzli Fauzi

fahdighazali.com bersama Fadzli Fauzi

2) Muncul secara “LIVE” di stesen radio internet. Fuhyoo FM bersama dengan IM dan blogger yang lain.

Fuhyoo FM

Fuhyoo FM

3) Mendapat 100usd daripada pihak Global Domain International

payment from GDI

payment from GDI

Ia bukan kejayaan saya sahaja, tetapi saya mahu mengajak semua untuk mengorak langkah lebih agresif untuk memburu impian. Ingatlah kata-kata ini;

“Kejayaan sebenarnya lahir dua kali. Pertama di minda dan kedua di alam nyata selepas kita BERUSAHA!”

Jadi ayuh sahabat, jangan hanya berazam, LAKUKANNYA! 2010 pasti menjanjikan 1001 buah kejayaan jika kita mula sekarang (1 Januari 2010)

Berhenti berharap, agresifkan tindakan!

“Setahun Memburu Impian”

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • Google
  • Facebook
  • bodytext
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

12 to “Lakaran Pertama 2010”

  1. fadzlihani says:

    salam ziarah,

    Saya hanya orang biasa, cuma berusaha menjadi luarbiasa.

    Demi sebuah cita-cita…

    • fahdi says:

      Assalamualaikum tuan

      Terima kasih kerana sudi melawat ke blog ini

      InsyaALLAH, saya pun sama. Hanya orang biasa yang mahu membina diri menjadi seorang yang luar biasa. Luar biasa untuk mengejar sebuah cita-cita :)

  2. My Powerful Network says:

    Salam awal tahun,

    Mencuba dan berusaha terus menjadi teras dalam perjuangan.Teruskan perjuangan tanpa kenal itu putus asa. Gandakan usaha dan tindakan.Jumpa lagi.

    • fahdi says:

      InsyaALLAH,

      Terima kasih My Powerful Network. Kita sama-sama berusaha.
      Jika kita sama-sama berusaha, pasti akan mencapai kejayaan.
      InsyaALLAH

      “Setahun memburu impian”

  3. Hairul says:

    Oh, lama dok jupo abe KP kito… =)

    Hebat bisnes loni fahdi… Moga bertambah-tambahlah kejayaan untuk tahun ini.

  4. Assalamualaikum. Seronok nampaknya demo. Kawe jugak lah yang tengah berusaha tapi x siap lagi..

    • fahdi says:

      Waalaikumussalam.

      Kawe bukan seronok along, Tetapi untuk mengujakan sesiapa yang mahu berusaha.

      Jika ada usaha, pasti ada kejayaan. Kalau masih kabur kita terangkan, kalau masih samar kita clearkan ;)

  5. Luloq says:

    Salam saudara fahdi…

    Kata2 saudara dalm artikel ini membuatkn sy lebih semangat dlm mengejar impian ni..N,sy hrp saudara sedikit sebanyak dpt membntu saya juga..

    Thx…..

    • fahdi says:

      Salam luloq.

      Alhamdulillah.. Saya hanya menulis untuk memberi inspirasi kepada semua. Tiada niat lain

      Orang kita semua kadang2 terlalu takut untuk mula mencuba sesuatu yang baru. Teruskan usaha, pasti berjaya!

  6. nashrique says:

    Salam fahdi,

    thniah atas pncpaian anda..
    bukan senang, nk agih2kan masa degn study, IM lagi, lbih2 lagi, tgh bz dgn fyp ni…
    smga dpt berjaya dlm apa saja yg dihajati~ Amin

    • fahdi says:

      Salam nash,

      Nampak gaya abang nash kita dah mula active. Sudah lama x nampak di blog? ;)

      Betul nash, untuk dapatkan sesuatu, perlu usahakan. Jangan duduk sahaja. Kalau tak kerja mesti tak jalan :)

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes

↑ Top