Langkah Pertama Itu Berat
“Bagaimana saya boleh menjadi seorang yang hebat dan berjaya?”….
“Bagaimana saya mampu untuk melakukan sesuatu yang orang lain berjaya lakukan?”….
Bagaimana saya dapat jadi hebat seperti anda?”…
Pertanyaan dan persoalan yang sama kedengaran apabila kita berbicara soal bagaimana untuk mendapatkan peluang berjaya seperti orang lain. Sedikit cemburu di hati tatkala orang lain berjaya, tetapi kita masih lagi meraba raba untuk berjaya. Orang lain sudah senang menikmati usaha mereka walhal kita terkapai kapai meminta belas kasihan supaya di tunjukkan dan di suluhkan jalan.
Buku panduan habis di baca, seminar sudah di hadiri, motivasi sudah banyak kali di dengar, namun masih belum membuahkah nasil yang setimpal. Bak kata ramai orang, untuk bermula, kita perlu berguru dengan orang yang lebih tahu. (Itu kata orang dan tak semestinya betul!)
Jadi kenapa? Kenapa susah sangat untuk kejayaan hadir? Kenapa begitu susah rezeki sampai ke muka pintu? Dan kenapa pola kewangan dan kesenagan kita berlainan antara satu sama yang lain? Persoalan timbul, adakah Tuhan itu tidak adil?!

first step
Hanya ada satu formula sahaja untuk berjaya. Hatta tidak memerlukan kita mengingat sifir sehingga 1000 malah sejuta sekali pun. Cukup hanya dengan ini, dan ya, ia adalah langkah pertama!
Jarang kita dengar orang yang berjaya tanpa langkah pertama.”The Hardest Thing is….The First Step!” Langkah pertama adalah yang paling berat dan susah. Bayangkan, untuk mendapat ilmu, hadir sahaja ke seminar, membaca buku dan sebagainya. Susah? Tidak bukan. Tetapi yang paling di takuti adalah apabila tiba masa untuk mengambil langkah pertama untuk berjaya. Susahnya lain macam. Seolah-olah beban yang harus di tanggung lebih besar dari cabaran seorang perdana menteri mentadbir negara, seorang nabi di perintah menyembelih anaknya! Itu pola fikiran negatif yang di cipta.
“Saya boleh jual, tetapi apa kata orang nanti?”
“Boleh laku kah dengan hanya menjual benda kecil sebegini?”
“Dah ramai yang buat, baik fikir yang lain. Nanti rugi!”
Dan banyak lagi ayat olahan yang di berikan minda. Tugas nya satu, supaya kita berjaya “menyakinkan” diri bahawa kita tidak akan menyesal dan tidak perlu berhadapan dengan kegagalan.Buang sifat ini jauh-jauh. Masa depan masih belum di tentukan lagi. Bergantung kepada kita untuk mencoraknya.
Langkah pertama adalah yang paling susah.Dan tugas memburu impian sangat susah. Tetapi ia menjadi bertambah sukar jika tiada langkah pertama untuk mencapainya.
p/s: kita dahulu sudah mengambil langkah pertama untuk berjalan. Fikirkan..














Assalamualaikum Tuan Rumah,
Pendapat tuan di atas benar, terutamanya pada ayat ini,
“Buku panduan habis di baca, seminar sudah di hadiri, motivasi sudah banyak kali di dengar, namun masih belum membuahkah nasil yang setimpal. Bak kata ramai orang, untuk bermula, kita perlu berguru dengan orang yang lebih tahu. (Itu kata orang dan tak semestinya betul!)”
(minta izin) sedikit tambahan..
Kadang-kadang, idea yang kreatif boleh meringankan langkah pertama yang berat itu…
Bagaimana dengan idea di bawah ini…?
http://www.youtube.com/watch?v=vzWbMgDMOho&feature=related
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard & Work Smart”
Assalamualaikum
Salam Bro Fahdi. Lama tak singgah di sini. Langkah pertama memang susah. Takpe asalkan cuba untuk melangkah. Bila nak selalu update blog ni?