Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Multiple Income Streams: Satu Cara Untuk Berjaya

Posted on February 08, 2010 by fahdi

Income

Multiple stream income atau pendapatan daripada pelbagai sumber boleh saya katakan sebagai “adat” orang berniaga. Masing-masing mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk menambah sumber pendapatan mereka. Percaya atau tidak, inilah yang sering di lakukan oleh pakar-pakar dan jutawan dunia.

Jadi apakah sumber pendapatan pelbagai ini? Terdapat dua pecahan dalam erti “Multiple income stream”. Pertama adalah sumber pendapatan aktif dan ke dua sumber pendapatan pasif. Apa itu pasif dan apa itu aktif?

Menurut seorang penulis buku best seller, Adah-Khoo daripada Adam Khoo Group Technologies, beliau menerangkan pendapatan pasif adalah pendapatan yang memerlukan kita bekerja sekali sahaja. Contohnya menulis buku. Hasil daripada penulisan ini membolehkan beliau mendapat pendapatan ribuan ringgit hasil jualan bukunya tanpa memerlukan beliau melakukan apa-apa. Penat sekali, ganjarannya berkali-kali.

Sebagai bukti, adakah anda setuju dengan saya, pendapatan waren buffet (orang ke -2 terkaya dunia) hanya terhasil daripada saham wall street semata-mata? Tidak! Beliau menulis buku! Adakah Robert Kiyosaki mendapat pendapatan daripada menjual hartanah semata-mata? Tidak! Beliau juga menulis buku (Rich Dad Poor Dad). Jadi jelas?

Income 2

Income 2

Pendapatan aktif pula adalah pendapatan yang kita dapat hasil daripada kerja-kerja (aktif) yang kita lakukan. Seperti contoh bekerja dan berniaga. Pendapatan jenis ini adalah pendapatan yang mewajibkan kita untuk sentiasa “bergerak” untuk memaksimumkan pendapatan.

Persoalannya adalah, bagaimana kita boleh menambah sumber pendapatan dengan cara begini?

Sesetengah daripada kita akan berpendapat yang mereka lebih suka hanya gaya hidup makan gaji. Walhal jauh di dalam hatinya mereka inginkan lebih. They want more!

Sebagai contoh. Pada minggu lepas, saya ada berjumpa dengan sepasang suami isteri yang sangat hebat dan tidak jemu-jemu untuk mencapai impian mereka. Mereka bekerja seperti biasa, tetapi mereka juga melakukan “side business” yang membolehkan mereka mencapai pendapatan yang lebih tinggi.Side business pula bukan satu, malah dua! Bayangkan jika di campur gaji, dan 2 side business? Anda mampu congak sendiri kan? :)

Pokoknya adalah, untuk memastikan anda berjaya untuk mencapai matlamat, jangan hanya bergantung kepada satu peluang sahaja. Tetapi ambil peluang yang ada. Samada ia adalah aktif dan juga peluang pasif. Full time atau part time, bersendirian (online) mahupun offline. Matlamat hanya satu, untuk mencapai kebebasan kewangan!

p/S: Saya sekarang sudah memiliki tiga jenis perniagaan. Dua online dan satu offline. Ebook saya yang TERBARU pun sudah di jual di pasaran semalam. GDI juga adalah salah satu main income yang saya fokus pada masa ini. Jadi tepuk dada tanya hati! Samada mahu atau tidak ia bergantung kerana anda penentu corak masa depan anda.

“Setahun Memburu Impian”

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • Google
  • Facebook
  • bodytext
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

6 to “Multiple Income Streams: Satu Cara Untuk Berjaya”

  1. smartboon says:

    wow bgus la kalau kita dapat jadi mcam ware buffet, Robert Kiyosaki dan mcam2 lagi… bila la saya nk mcm tu yer…. alahai….. harap2 segala usaha saya berjaya amin… :)
    info yang bagus ni….. :)

  2. Kalau orang cakap network itu tak baik kenapa ramai yang telah menjadi kaya dan hidup senang. Begitu juga dalam issue multi income.Dalam dunia internet maupun kehidupan biasa multi income sangat biasa. kalau di lihat kepada para pekebun mereka bukan sahaja mengharapkan hasil kebun sahaja tetapi kadang kadang kerja pertukangan ada menyumbang kepada pendapatan sampingan.Sehingga jumpa lagi dan link ini juga boleh dijadikan sumber income bagi mereka betul-betul baru dalam dunia internet http://tiny.url.com/cepatnya

  3. Jaws says:

    multiple stream income memang salah satu cara utk kaya cepat..
    tapi kita kena pandai manage..
    jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..
    hehe..
    pernah terjadi pada aku dulu,
    so, sekadar berkongsi..

  4. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Artikel di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini,

    “Pokoknya adalah, untuk memastikan anda berjaya untuk mencapai matlamat, jangan hanya bergantung kepada satu peluang sahaja”

    dan tambahan komen dari saudara jaws di atas berisi.

    (minta izin) sedikit tambahan

    Single income = /(perlukan) single ilmu/kemahiran
    Double income = double ilmu/kemahiran
    Triple income = triple ilmu/kemahiran
    Quadriple income = Quadriple ilmu/kemahiran
    Multiple income = Multiple expertise

    Secara realitinya Adam khoo expert dalam training,Robert Kiyosaki expert dalam property investment. Buku mereka menjadi bestseller kerana menghidangkan cabaran dan rahsia kejayaan yang telah mereka kecapi(khusus dalam bidang kepakaran masing-masing)

    Justeru, adalah bijak untuk melihat ke dalam diri dahulu sebelum melabur wang,fikiran dan masa. Apakah aku mahu menjadi multi pakar atau bertekad menjadi seorang pakar dalam bidang tertentu ?

    Kerana reward (wang,pangkat,pengaruh, dll) adalah berjalan seiring dengan kepakaran. Manakala kepakaran pula berkadar langsung dengan pengorbanan (masa,tenaga, fikiran,wang)

    Ringkasnya,

    Income(reward) = Outcome (kepakaran)

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray hard, work smart & creative”

    Assalamualaikum

  5. abdhakim says:

    org kata, jgn letak telur dalam satu bakul.

    Biar satu besen dipenuhi oleh pelbagai paip air



Leave a Reply


Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top