Pasukan F1 Pertama Malaysia – 1Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!
Pada awalnya, saya mahu menulis mengenai satu perniagaan yang baru sahaja saya ceburi. Tetapi, secara tidak sengaja, status kawan saya di laman sesawang, facebook telah mengalih pandangan saya. Hampir tidak percaya dan terpegun, saya amati betul-betul tulisannya. Sekadar untuk mendapat kepastian.

“Malaysia has its own F1 Team”
Ya, itulah hakikatnya! Malaysia sudah ada team formula 1 sendiri. Serius atau main-main, anda nilai daripada penulisan saya dan berita yang akan terpampang di dada-dada akhbar esok hari.
Selepas melakukan sedikit research di internet, saya mendapati beberapa informasi yang berguna yang boleh saya kongsikan. Pasukan F1 malaysia pada dasarnya adalah pasukan hasil daripada usaha sama kerajaan dengan badan swasta yang ada di malaysia. Antaranya ialah, Air Asia, PROTON, NAZA dan SIC (Sepang International Circuit). ?Turut sama bergabung tenaga untuk memantapkan lagi bahagian kepakaran adalah universiti teknologi malaysia (UTM) dan juga universiti saya sendiri, Universiti Teknologi PETRONAS.
Memetik kata-kata Perdana Menteri semasa pelancaran Team 1Malaysia,
“Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, diuji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia,” katanya.
Apa yang menarik perhatian saya adalah, walaupun kita hanyalah negara yang sederhana dan kecil jika hendak di bandingkan dengan negara-negara yang kuat seperti USA, UK dan sebagainya. Tetapi kita memiliki satu will power yang jarang ada. Cuba katakan kepada saya, berapa negara di dalam dunia yang sanggup untuk melabur dengan begitu banyak di dalam formula 1, antara sukan yang paling berprestij dan di gilai selepas bola sepak?
Malaysia membazir!
Sabar dahulu, saya tahu perkataan ini akan muncul di mulut anda. Membazir sahaja. Baik di berikan kepada orang ramai untuk memajukan negara. Tidak ada gunanya. Lagipun kalau kita masuk, pasti akan kalah teruk!
Adakah anda tahu, bagaimana Air Asia di wujudkan? Bagaimana PROTON pada awalnya di kutuk, dan bagaimana PETRONAS membangun menjadi 500 global fortune company? Semua bermula dari langkah pertama! Percayalah. Walaupun pasukan 1Malaysia bakal kalah (atau tidak mustahil menang), tetapi ‘keuntungan’ jangka panjang yang akan kita peroleh adalah sangat banyak.
Cuba anda bayangkan, jika PROTON adalah pengerak utama nadi kereta F1 kita. Dan logo PROTON ada di mana-mana sahaja. Ia satu corak dan bentuk pengiklanan yang paling berkesan! (Terutama syarikat kenderaan). Anda bandingkan,kereta jenama PROTON- sebuah syarikat yang menyertai F1, dan syarikat B yang tidak menyertai F1. Mana satu produk yang bakal anda pilih?
Jika anda mengharapkan harga proton lebih murah, Ini mungkin salah satu caranya. Dengan penjenamaan yang di lakukan di F1 mampu menangkat jenama proton sebaris dengan nama-nama besar yang lain. Dan mungkin satu hari nanti kita boleh menembusi pasaran US yang dianggap mustahil. (USA mempunyai GPD-Gross Domestic Product melebihi 27% setahun, dan mempunyai purchasing power yang sangat tinggi. Amat susah bagi syarikat luar untuk menembusi pasaran US dan jika berjaya, ia bagai menebui satu lubuk emas)
Meningkatkan Motivasi
“Bila besar, saya nak jadi angkasawan mak!” itu kata-kata seorang budak lelaki selepas melihat angkasan pertama Malaysia ke luar dari atmosfera bumi.
“kalau nak, kena belajar rajin-rajin taw”, kata emaknya
Cuba kita tukar situasi di atas dengan F1
“Mak,bila besar, saya mahu jadi engineer F1. Saya mahu jadi engineer team 1Malaysia!”
Nah, dulu 1 (angkasawan). sekarang 2 (angkasawan+F1). Anak-anak semakin jelas impian mereka dan mereka tahu untuk berjaya memerlukan usaha. Budaya inilah boleh tercetus dengan adanya “pelaburan” yang dikatakan banyak. Ia adalah pelaburan masa depan!
Berbanggalah dengan Malaysia, kerana kita anak Malaysia. Apa yang di lakukan adalah untuk kebaikan bersama. Saya jujur akui. Saya sangat teruja dan sangat KAGUM dengan semangat tidak takut akan gagal ini! Kita hebat!
P/S: Saya ada satu tips perniagaan yang sangat menguntungkan. Saya akan kongsi sedikit masa lagi. Sebelum itu, lihat link ini dan nantikan post saya seterusnya. Saya pasti, anda mampu menjana lebih dari $4000 seminggu. Tunggu

4 comments
Assalamualaikum fahdi.
Wah!..Teruja benar saya bila membaca posting Fahdi di atas, Betu ke berita ini? Sebabnya dalam beberapa bulan yang lepas saya ada terbaca berita bahawwa Honda & Mercedes sedang mempertimbangkan untuk menarik diri dari Formula F1 dek kegawatan ekonomi global.Tiba-tiba Malaysia khususnya proton pula menongkah arus!!.
lalu saya terus ke kosmo online untuk membuktikan kebenaran tulisan Fahdi di bawah ini,
Ya, itulah hakikatnya! Malaysia sudah ada team formula 1 sendiri. Serius atau main-main, anda nilai daripada penulisan saya dan berita yang akan terpampang di dada-dada akhbar esok hari.
Akhirnya saya tidak dapat menyangkal fakta di atas…sebagaimana petikan di dalam kosmo….
“Najib yang juga Menteri Kewangan 1 berkata, tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan S.M Nasarudin S.M Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut.”
Apa yang dapat saya simpulkan dari berita ini ialah,
Impian itu seringkali bermula dari secebis idea.
Dengan kekuatan kemahuan, idea mampu menjelma menjadi nyata.
Anda mempunyai idea?
Tukarkan idea itu menjadi impian untuk diburu!
Boleh jadi kisah anda pula akan tersenarai di sini satu hari nanti.
Ayuh teruskan memburu impian..!!!
Tuliskan impian anda di ruangan komen di bawah.
Moga kita dapat saling membantu menjadikan impian satu kenyataan.
Percayalah,
“You can get everything in life you want, if you will just help enough other people to get what they want” zig-ziglar
Tuliskan impian anda di dalam ruangan komen di bawah. Satu hari nanti pasti akan hadir seseorang/sesuatu/peristiwa yang boleh membantu anda untuk menjadikannya nyata, InsyaAllah.
Bagaimana agaknya reaksi pembaca blog ini jika saya mengatakan impian untuk memperoleh income 5 angka sebulan melalui perniagaan yang fahdi maksudkan itu boleh dicapai dalam masa setahun sahaja.
Sebagaimana yang telah saya rangka di sini,
http://fathuri.com/income/
Siapakah gerangannya yang berani mengejar impian itu fahdi…
Mari kita sama-sama tunggu dan lihat…
Salam ceria & salam inspirasi
Selamat menyambut Syawal
Maaf Zahir dan Batin
Assalamualaikum.
Assalamualaikum fathuri
Wah! Pagi-pagi lagi sudah ada comment dari anda.
Terima kasih. Mesti bersemangat pagi2 ni
Betul, saya juga tidak menyangka Malaysia akan pergi sejauh ini.
Awalnya litar sepang,sekarang sudah ada F1. Memang benar anggapan sesetengah pihak.
Kita mungkin tidak boleh menjadi juara. Jauh sekali nk menandingi ferrari dan sbg.
Tetapi yang penting, kita ada tindakan atas apa kita kita fikirkan boleh!
Idea memang banyak. Mahu buat itu, mahu buat ini.
Tetapi adakah kita ada daya dan kekuatan untuk melakukannya?
Sama seperti business dan perniagaan.
Jika kita ada kemahuan, Go for it! Ubah diri kita. Ubah masa depan kita.
Jangan hanya harap bulan akan jatuh ke riba. Mungkin tidak…
Jadi fathuri, mari kita sama-sama membina perniagaan GDI dengan bersungguh2.
Moga2 kita akan sama2 berjaya.
Bagi sesiapa yang mahu mengubah diri,
silalah menonton video 7 minit di GDI. Layari
http://www.intelincome.com/
feel the different!
p/s: ada keraguan? Email kan massage anda kepada saya.
Saya akan menjawabnya dan menolong anda. Kita adalah satu pasukan!
Malaysia Boleh! Mungkin itu slogan yang membuatkan Malaysia ingin terus mencipta kelainan. Nanti Fairuz pun akan menjadi pemandu F1. Harap-harap tak jadi macam Alex Young
Motivasi kerja,
Terima kasih atas comment anda.
Benar, bagi saya personally, inilah yang di namakan malaysia boleh! Semangat ini yang kita mahukan di dalam melakukan apa sahaja.
Tetapi ada saya membuat tinjauan di beberapa website, yang mengatakan mereka tidak bersetuju dengan F1 1malaysia ini.Kata mereka ini membazir dan hanya menggunakan wang rakyat untuk tujuan sia-sia
Suka saya tegaskan di sini, penajaan dan penglibatan kita di dalam f1 sebenarnya hanyalah ‘investment’ sebagaimana orang-orang korporat melaburkan duit mereka ke dalam projek2 yang di jalankan. Tujuannya apa? untuk mendapat keuntungan jangka panjang.
Cuba bayangkan, jika kita ada litar sendiri, dan kereta sendiri. Ini jelas menunjukkan kita ada kepakaran dan teknologi. Dan pada masa sama, PELABURAN dari luar akan masuk mencurah-curah ke dalam negara. Pada masa itu,rakyat sendiri akan mendapat faedah dan ganjaran.
Sabarlah.. setiap permulaan ada cabaran yang perlu di tempuh.
InsyaALLAH, akan ada sinar dan kejayaan pada masa akan datang. Semua mahu lihat Malaysia maju 2020. Ini adalah langkah kita!
Malaysia boleh!
Leave a Comment