RM100 Untuk ASB saya hari ini!

by fahdi on August 27, 2009

Assalamualakum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung blog FG.com.

Nampak gaya, memang sudah lama saya tidak update blog ini. Paling latest update adalah sebelum pelancaran Amanah Saham 1 Malaysia baru-baru ni. Masih belum dapat mengotakan janji untuk selalu update blog. Terlalu banyak kerja yang perlu disiapakan (Jadi pelajar final year indah khabar dari rupa).

Walaubagaimana pun, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam seluruh malaysia dan dunia. Jadikan ibadah puasa sebagai permulaan untuk kita berubah menjadi lebih baik. InsyALLAH~ :)

Berbalik kepada tajuk kali ini, RM100 untuk akaun ASB saya hari ini!

Saya baru sahaja selesai memindahkan sejumlah wang dari akaun Maybank saya ke dalam akaun ASB saya. Tujuan saya mudah, agar dapat memupuk minat menabung dalam diri. Maklumlah, sekarang terlalu boros, perlu menyemai sifat menabung dalam diri. Sikit lama-lama jadi bukit.

Pada awalnya, saya hanya menabung di dalam bank-bank konvensional tempatan seperti bank rakyat, dan maybank. (CIMB bank yang selalu di guna untuk wang keluar masuk. Jadi tidak boleh menyimpan di dalamnya. Nanti habis :D )

Tetapi saya dapati ada satu masalah besar apabila kita ‘menyimpan’ di bank-bank. Satu kelemahan adalah, apabila kita membuka akaun, kita akan di bekalkan dengan ATM Card bersama. Dan apabila ini terjadi, dalam masa kesempitan wang, kita dengan senang hati akan mengeluarkan card yang ‘kononya’ simpanan, dan mengeluarkan sejumlah wang simpanan untuk digunakan. Fuh, yang di anggap simpanan, akhirnya di gunakan.

Kebiasaannya, saya cuba untuk menahan diri sendiri daripada menggunakan card-card ATM bank simpanan seperti maybank dan bank rakyat. Tetapi kadang kala, godaan tetap besar. Tidak dapat tidak, saya kecundang!

Jadi saranan saya pada kali ini, bagi anda yang suka menyimpan, bukalah satu akaun ASB, dan simpan duit anda di sana. Ia selamat dan mudah mudahan wang anda akan di laburkan dan ia akan bertambah dengan lebih banyak. Paling penting, tiada ATM card. Usah risau!

Untuk menambah akaun pelaburan juga, amat senang dengan khidmat maybank yang boleh anda gunakan. Hanya log in ke akaun maybank2u.com.my, anda boleh menanbah akaun ASB anda secara online. Mungkin jika kekurangan wang, cuba amalkan dengan menabung RM50 sebulan sekurang-kurangnya. Saya percaya, ia bukanlah satu nilai yang terlalu besar dan ia bukanlah satu beban. Fikirkan kelebihan yang anda akan dapat.

” Tak payah simpan banyak-banyak sekali simpan, cukup RM50, tetapi konsisten” itu nasihat seorang rakan kepada saya. Ringkas, tetapi padat.

Kesimpulannya, untuk menabung;

  1. Buka akaun simpanan ASB anda hari ini, jangan berlengah! – Caranya senang, anda hanya perlu ke cawangan ASB terdekat, pejabat pos atau bank-bank ajen ASB terdekat seperti maybank dan CIMB.
  2. Pastikan anda menabung secara consisten – cth RM50 sebulan
  3. Kurangkan perbelanjaan – Cuba elakkan membeli barangan yang tidak di perlukan (Atau makan secara berlebihan :D )
  4. Jika anda tidak bersetuju dengan cara di atas, potong sahaja card ATM anda!

Marilah menabung! :)

Related Posts with Thumbnails

{ 10 comments… read them below or add one }

nashrique September 1, 2009 at 4:55 pm

slamt menyimpan duit~
dah kaya, leh kawen cepat2..hihi
slmt berpuasa, maaf zahir batin~ :D

Reply

Mantra September 9, 2009 at 1:43 am

Assalamualaikum,

Bro saya pun lebih kurang sama macam bro. Setiap bulan disiplinkan diri tanam duit di ASB. Kalau tak dek terpakse takdenya kita ni nak menabung kan? Mase mula-mula tu agak susah jugak nak ikut tapi lama-lama Alhamdulillah ok.

Bro jemputlah datang ke blog saya jika ada kelapangan untuk kita bertukar-tukar idea.

Selamat berpuasa :)

Reply

paul maguire September 9, 2009 at 1:31 pm

kalau nak simpan duit,, hati kenalah kuat. jangan mudah terpengaruh dgn benda-benda yang tak berfaedah,, lebih-lebih lagi untuk golongan perempuan yang suka berhias

Reply

fahdi September 9, 2009 at 2:37 pm

mantra

Waalaikumussalam..
bagus2 kalau mcm tu. mmg kadang2 kita ni susah nk menabung. Tambah lagi kalau ada barang2 yang kita berhajat. mmg x boleh nk tunggu la. Semua nk. Tanamkan sifat nk menabung katakan RM50 sebulan dah cukup baik. Biar sikit.Asal amalkan. InsyaALLAH, lama2 akan banyak :)

paul maguire
golongan perempuan biasalah. Kadang2 mereka ni terlalu ikot nafsu mereka nk berbelanja. Cuba bayangkan, kalau pakai baju, beg, kasut, tudung, stoking, semua nk color sama. Mana tak sakan kalau bershopping. betul x? :D

Reply

shahrul September 27, 2009 at 3:03 am

Simpanan ASB mmg berguna. Betul apa yg bro ckp, klu simpan kat bank je, mmg senang duit tu nk kluar blk drpd simpanan kita.

Reply

juju February 22, 2010 at 2:12 pm

huhu…terasa nye saya bila orang ckp pempuan yang berhias nih…ehehe

sy pun tgh search pasal akaun asb nih….ehehe..bukan ape..sy pun boros jugak..

Reply

eryn March 21, 2010 at 3:02 pm

saya dengar ada saham bila kita isi rm250…kita dapat rm100 seminggu bermakna rm400 sebulan..saham apa tu? betul ke? saya nak tau la…email saya najihah.eryn@yahoo.com

Reply

rennciee January 24, 2011 at 3:42 pm

bro..terima kasih dengan idea menyimpan melalui maybank2u…da tau cara ni senang da sikit nk meyimpan..jimat masa n tenaga dari nk pergi ke bank atau pjbt pos tuk bank in duit…thnks bro..(^__^)

Reply

Nurul December 27, 2011 at 3:28 pm

Ape yg perlu bawa utk Buka Akaun Simpanan ASB yang pertama kali?

Reply

Nurul December 27, 2011 at 3:29 pm

Ape yg perlu dibawa untuk yang pertama kali membuka Akaun Simpanan ASB?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: