buku azizi ali
Terkejut saya menerima SMS daripada rakan seperjuangan pemburu impian, Fathuri pada jam 5.42 pagi. Dalam keadaan mata yang belum sempurna terbuka, saya memaksa diri membaca bait-bait SMS yang di hantar
“Makluman; Jumpa di (area) semalam (kedai sate) jam 7 am (tempoh 30 minit). Sila bawa buku (semalam) & impian fahdi&associates by april 2010″
Tiba-tiba saya teringat kembali akan buku tulisan Azizi Ali yang di berikan Pemburu Impian Fathuri semasa kami berdiskusi petang semalam. Beliau ada menyuruh saya menelaah satu buku yang nipis fizikalnya, tetapi besar maknanya dalam mengorak langkah memburu impian bersama team fahdi&associates.
Buku yang di maksudkan adalah buku karangan peceramah dan jutawan tersohor Malaysia Azizi Ali “Senjata Paling Berkuasa Dalam Diri Anda”
Sudah agak lama saya lihat buku ini di pasaran. Tetapi entah kenapa belum tergerak hati untuk membelinya. Mungkin kerana buku ini tidak cukup syarat (terlalu nipis dan designnya kurang menarik!)
Rupanya selama ini saya salah! Azizi sememangnya seorang yang walk the talk. Beliau bercerita daripada pengalaman sendiri. Beliau bercerita bagaimana untuk menjadi hebat. Beliau bercerita bagaimana untuk memanipulasi kelebihan yang ada dalam diri dengan sedikit ‘twist’ kepada amalam biasa yang kita lakukan dan yang menariknya, beliau bermula sama seperti saya, anda dan kita semua! Dari zero kepada seorang hero malaya dan dunia!
Buku setebal 40 muka surat yang di berikan pemburu impian fathuri saya habiskan dalam masa kurang dari sejam. Setiap ayat di susun dengan cukup cantik dan mudah di fahami. Contoh nya juga ringkas tetapi tepat.
Apakah yang di bicangkan?
Ia berkaitan kelebihan dalam diri yang boleh kita manipulasi untuk mencapai kejayaan. Aspek membina impian, halangan, bagaimana membina ‘paksaan’ untuk memburu impian di sentuh ringkas tetapi padat. Aspek-aspek yang di utarankan juga amat berkait rapat dengan sesiapa sahaja yang sedang membina impian, tidak kira, impian itu kecil atau besar.
Perjumpaan dengan pemburu impian fathuri akhirnya berlangsung tepat jam 7.15 pagi di Masjid Daerah Pasir Puteh. Suasana cukup nyaman dengan saudara islam yang lain baru selesai mengerjakan solat subuh.
p/s: Semalam saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang penulis buku best saller. Saudara Fadzli Fauzi. Saya akan ceritakan mengenai perbicangan kami di post selepas ini.
