Setiap manusia ada kebarangkalian 100% untuk berjaya

by fahdi on February 4, 2010

Anda sudah membaca mengenai slyvester stallon dalam post saya sebelum ini? Lihat, sedangkan orang yang cacat boleh berjaya, ini kan pula kita yang sihat dan tidak ada masalah untuk berusaha.

Kebiasaannya, pakar-pakar motivasi sentiasa mengingatkan kita yang minda memainkan peranan yang penting dalam menentukan “ability” atau kebolehan yang di miliki oleh seseorang. Minda yang hebat, akan melahirkan seorang individu yang berkualiti.

Semua orang boleh berjaya

Satu cara untuk memiliki minda yang positif dan segar untuk memburu impian adalah dengan sentiasa “refresh” atau selalu mengingatkan diri akan hal dan tujuan hidup. Lihat sahaja kepada contoh sebelum ini, sylvester stallon, dia tidak jemu-jemu untuk mengingatkan diri akan tujuan dan matlamat yang hendak di capainya-menjadi seorang pelakon. Hatinya tetap dan tidak berubah walau di tawarkan dengan wang berjumlah 1 juta.

Suka saya bertanya, jika anda di tawarkan 1 juta USD, anda sanggup ubah impian anda? Jika Ya, anda boleh diketogorikan kedalam golongan individu yang kurang percaya akan impiannya.

IMPIAN/MATLAMAT + USAHA = KEJAYAAN

IMPIAN/MATLAMAT

Golongan manusia yang berjaya adalah golongan yang sentiasa memikirkan mengenai matlamat dan impian yang harus di capai. Mereka menganggap impian dan matlamat bukan hanya satu idea angan-angan. “Aku akan jadi jutawan!”,”Aku akan menubuhkan syarikat pada tahun ini”, ” Aku akan menjadi penulis bestsaller pada tahun 2010!” dan bermacam-macam lagi. Kelainannya adalah, impian dan matlamat ini di jadikan satu kewajipan untuk di capai.

USAHA

Ramai orang yang terkandas dan kecundang di bahagian ini. walau sehebat mana sesuatu impian jika tidak di sertakan dengan USAHA YANG BENAR-BENAR MANTAP tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Jika tidak percaya, tanya sahaja kepada rakan-rakan anda, pernahkah mereka mengagumi seorang jutawan dan mahu jadi seperti mereka? Tetapi lain pula jadinya apabila di suruh berusaha. Banyak alasan yang di berikan. “Saya tidak cukup masa”, “saya tidak ada modal”, “Saya kurang ilmu”

Ingatlah, hanya dua perkara ini yang perlu di pegang jika mahu berjaya. Impian yang kukuh seperti besi, dan usaha yang gigih.

p/s: seorang rakan saya mendapat pendapatan RM30,000 sebulan dan pada akhir tahun 2010 projection keuntungan mencecah RM100,00 sebulan. Dia baru sahaja graduate dari Universiti dan sekarang full time bisness. Saya juga akan mempunyai pendapatan seperti itu. Dengan syarat kita berusaha gigih. Tidak takut! PAda post hadapan saya akan menulis mengenai bagaimana menambah pendapatan dengan cepat dan sistematik dengan “Multiple income stream”. Nantikan!

Related Posts with Thumbnails

{ 27 comments… read them below or add one }

Jaws February 4, 2010 at 3:49 pm

aku rasa aku abru pg talk kawan ko yang dapat rm30k tu semalam kat irc..
hahaha..

Reply

fahdi February 4, 2010 at 7:15 pm

Ya ke jaws? Alhamdulillah.. peluang ada di mana-mana tu!

Untuk berjaya, kita perlu mencari orang yang mahu berjaya. secara x langsung kita ter influence sama :)

Reply

Hanafi Abdullah February 4, 2010 at 4:13 pm

Bravo…fahdi let we make dream come true..

Reply

fahdi February 4, 2010 at 7:16 pm

InsyaALLAH hanafi! Wah! Hanafi pun sekarang dah makin menjadi-jadi USAHANYA! Sungguh hebat saudara kita ni. Makin lama makin melangkau orang lain :)

Reply

idayu February 4, 2010 at 5:13 pm

semua org ade mengidamkan IMPIAN/MATLAMAT + USAHA = KEJAYAAN..tp x semua org mahukannya sbb dah byk sgt biznezz internet nie..tulis semua ayat manis2 belaka..last2 menyesal..bknnyer menguntungkan malahan byk lak menanggung hutang…duit yg kite dpt pun jadik x berkat..kite mmg kaya tp kite lupe kekayaan kite ni allah yg beri…org bersusah payah mengumpul duit untuk join program itu ini..last2 hampeh..rase TERTIPU..

Reply

fahdi February 4, 2010 at 7:20 pm

Assalamualaikum idayu!

Tahniah! Kerana idayu juga sangat sependapat dengan saya. Saya juga perfikiran begitu. Memang tak terkira banyak penipuan di internet.

tapi idayu perlu tahu, orang yang lemah mereka akan lebih menyalahkan orang lain. Jika kita asyik beli itu beli ini, salah orang yang menjual idayu terpikat dengan produknya. BUKAN! sebaliknya idayu sendiri perlu tanya diri sendiri.

Cara yang terbaik adalah, muhasabah diri, kemudian mulakan sesuatu! Jangan tunggu masa dan produk serta cara sesuai. Idayu sendiri perlu cari “rahsia” itu.

Jangan salahkan orang lain jika kita tidak berjaya. Sebaliknya tanya diri. itu lebih baik :)

Reply

waheeda February 5, 2010 at 12:41 am

aa..betul cakap fahdi tu idayu..saya bg contoh satu lagi..
mcm sekarang ni..famous betul produk pelangsing badan dr.rozmi..ramai yg menggunakannya berhasil..makin langsing..tp x dinafikan ada jugak yg tetap x berubah setelah menggunakannya mcm kawan saya.xleh bgtau sape namanya.hehe..adakah kwn sy tu hendak menyalahkan produk tersebut atau dr.rozmi?tidak idayu..lain org lain hasilnya..begitu jugak dgn perniagaan internet..so,jika x berhasil, kita xblh terus menyalahkan produk atau penjual tersebut..kita kena kaji kenape kita x berjaya mendapatkan hasil yg diharapkan..sedangkan ada je org lain yg berjaya..tul x idayu?

Reply

waheeda February 4, 2010 at 6:03 pm

salam..idayu..xdinafikan ape yg idayu ckp tu ada benarnye..tapi jgn kerana sesetengan pihak yg menipu, semua pihak dipersalahkan.kita hanya nampak perniagaan internet yg banyak penipu,tidakkah idayu lihat yg perniagaan secara offline pun banyak yg menipu..sbg contoh,peniaga yg menipu dalam timbangan..so,dalam perkara ini kita sbg pengguna harus pandai memainkan peranan..pilih program yg betul2 dipercayai dan diiktiraf.cek dulu samada pengasas program tersebut betul2 terbukti berjaya atau x..kes tipu tu bergantung kpd peniaga itu sendiri..jika dia xtakut pd ALLAH swt,teruskan..yg penting kita pilih jalan yg betul lg halal dan diredhai oleh ALLAH swt,insyaALLAH..

Reply

fahdi February 4, 2010 at 7:22 pm

Saya sokong pendapat waheeda. Lain orang lain caranya. Dah kita tahu dia menipu, jangan di beli! Itu sahaja cara yang wajib di patuhi. :D

Reply

Zamrii February 4, 2010 at 7:42 pm

Sesuatu kejayaan bermula dengan minda yang hebat & cemerlang, tanpanya seseorang itu akan terkandas di pertengahan jalan dalam menuju kejayaan.

Reply

fahdi February 5, 2010 at 2:34 am

Benar zamrii, semua bermula dengan minda yang hebat! Ada matlamat, ada impian tetapi minda kurang bermotivasi, ia mungkin terkubur

Reply

khasmi February 4, 2010 at 10:04 pm

mcm mane nk start..
nk berjaya gak.. nk sgt2… tk tau caranya.. masih tkt lg.. adoi..blia nk berani nie…

Reply

waheeda February 5, 2010 at 12:32 am

salam..khasmi..tahniah sebab khasmi ada impian utk berjaya..
saya syorkan khasmi layari website ini..www.rahsiazerokehero.com..saya juga mcm khasmi.bermula dari zero..tetapi setelah saya mendapatkan produk ammar zahar ni, barulah saya rasa terbimbing dan nampak jalan bagaimana utk bermula..khasmi blh jugak belajar dgn fahdi…= )

Reply

fahdi February 5, 2010 at 2:37 am

Khasmi, untuk berjaya ada bermacam-macam cara. Tidak kira ia cara yang senang, dan cara yang susah. Tepuk dada tanya selera.

Ada orang berjaya buat duit dengan company sendiri, ada orang buat business online, ada orang buat MLM, ada orang bukak kebun, jual ikan dan bermacam-macam lagi.

Pokok pangkal, jangan takut! Motivasi kan diri.

Ok, pandangan saya, dapatkan satu buku tulisan Adam Khoo
“Master Your Mind, Design Your Destiny”
di bookstore berhampiran. ada dua versi English dan melayu.

Dari situ khasmi boleh mengenal your tru potential! :)

Reply

naurah February 5, 2010 at 8:16 am

salam..
IMPIAN/MATLAMAT + USAHA = KEJAYAAN.
sy ade impian/matlamat yg tersendiri..usaha tu da byk kali cuba..tp seiring ngn usaha byk jugak halangan yg dtg..kadang2 pikir kt mane silapnyer..tgk org lain cm senang jer berjaya..boleh ker sy berjaya cam saudara??huhuhu

Reply

fahdi February 5, 2010 at 8:50 am

Salam..

Naurah, walaupun naurah berusaha, mungkin usaha itu bukan usaha yang betul.

memang kita cakap usaha, tetapi saluran dia salah. Atau mungkin kita cakap usaha, tetapi usaha yang bagaimana? Adakah usaha yang separuh jalan atau usaha yang betul-betul fokus tidak berubah?

Berhenti salah kan orang lain dan fikir salah kita di mana. Muhasabah dahulu. Banyak-banyakkan belajar daripada orang yang lebih tahu.

Naurah ada potensi apabila naurah MAHU! Bebaskan perasaan kecewa dan start berusaha 120% jika perlu! :)

Reply

waheeda February 5, 2010 at 6:16 pm

aa..betul ckp fahdi tu naurah..yg penting usaha dan terus usaha..ingat pepatah ini..bersusah-susah dahulu bersenang2 kemudian..bila kita melalui kepayahan dahulu sebelum berjaya, apabila sudah berjaya nanti kita akan merasai betapa manisnya kejayaan yg kita capai itu..salam ukhuwwah naurah..kita buktikan kaum hawa jugak mampu berjaya..= )

Reply

Motivasi Pemburu Impian February 5, 2010 at 11:49 am

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Artikel di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan di bawah,

“Satu cara untuk memiliki minda yang positif dan segar untuk memburu impian adalah dengan sentiasa “refresh” atau selalu mengingatkan diri akan hal dan tujuan hidup”

(minta izin) sedikit tambahan..

” Review Impian lima kali sehari rupa-rupnya lebih menarik berbanding sekali sehari”

Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”

Assalamualaikum

Reply

fahdi February 6, 2010 at 7:27 am

Waalaikumussalam tuan. jemput masuk :)

5 kali sehari tuan?
menarik. Lagi banyak di review, lagi kuat impian itu akan jadi. dan makin kuat kita berusaha ke arah itu!

Akan di praktikkan insyaALLAH tuan. Tak ada masalah :)

Reply

teambizz February 7, 2010 at 3:31 am

salam aspirasi kepada semua. menarik topik yang dibincangkan. selain apa yang dikupaskan, sy bersetuju dgn pendapat saudara fahdi, namun faktor utama kejayaan seorang manusia itu bkan sekadar impian , tetapi kenali potensi diri, itu yang pling pnting.

jangan terburu2 ingin memasang impian+usaha kerana kejayaan tidak akan datang jika kita tidak mengenali potensi diri kita. dari situ kt akan mengetahui dimana kelemahan kita. perbaiki kelemahan kita.

Jangan menyalahkan orang lain. setiap kegagalan n penipuan yg terjadi disebabkan kita bertindak tnpa mngenali seseuatu itu sedalam-dalamnya.

Setiap waktu dan ketika jika anda mendapat sesuatu peluang perniagaan diinternet atau ape sahaja, berfikir la sejenak lihat secara impirikal, tnya kepada diri anda adakah aku mampu dan adakah ia memang benar? jika mampu dan ia benar ape yang perlu aku lakukan?

bermula dr situ anda set up mind dan pasang matlamat anda, alwiz motivate diri anda, barula anda berusaha dan berani mengambil risiko.. insyallah anda akan berjaya dalam ape jua bidang yg anda ceburi.

90% orang yang berjaya dalam ape jua bidang dimuka bumi ini kerana die mengenali potensi dirinya dan sanggup mngmbil risiko. Lihatla bill gates, otai i.m kita r.k dan sifu wan.. mengapa mereka telah berjaya, kerana mereka mengenali potensi diri mereka dan sanggup mengambil risiko dgn ape yang mereka lakukan.

JANGAN LAH MENUDING JARI KEPADA ORANG LAIN KITA YANG MENCORAKKAN HALA TUJU KITA. maaf ye tuan rmah terlampau pnjang lebar sy berdiskusi. salam jalinan ukhwah dr sy :)

Reply

fahdi February 7, 2010 at 10:03 am

terima kasih atas komentar saudara teambizz

benar apa yang di katakan di sini. Kita perlu kenal potensi kita. tetapi perlu ingat, ada orang, mereka susah untuk mengenal potensi mereka. Jadi apa yang saya dapat sarankan adalah, JUST DO IT! lakukan sahaja. Jika hanya tunggu potensi menjual itu datang, mmg x kan datang! yang penting, kita mulakan langkah pertama! :)

Reply

KRISTIN26gp February 7, 2010 at 5:27 pm

The students believe that it is very important to get know about this good post. Buy custom essay papers at the essay writing services just about this good topic, because it is very important text.

Reply

pBEvie February 9, 2010 at 11:18 am

The cellphone ringtones will make you very unique, thence I will advice to order the sms ringtones with help of ringtones corporation.

Reply

Motivasi Kerja February 10, 2010 at 4:26 pm

Salam Bro Fahdi. Rasanya ada yang kurang bila sudah lama tak singgah membaca lontaran idea dari rakan-rakan. Kesibukan diri memaksa memilih mengutamakan apa yang lebih penting. Tetapi apabila membaca artikel bermotivasi sedikit sebanyak membantu mengurangkan keletihan dan minda yang tepu. Sekarang artikel Fahdi pun makin mantap. Baguslah.

Reply

sharepoint consulting November 10, 2010 at 7:31 pm

Nice topic.When I read this post then i got some good knowledge about share market. i like this site,that’s awesome. I’m so glad for you go on started blogging.Thanks a lot…

Reply

yusnizan bin md yusof June 26, 2011 at 12:49 am

Saya ucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi berkongsi ilmu dengan pihak kami…..

Reply

sabri August 8, 2011 at 2:02 pm

Bercakap memang senang mcm orang politik berdegar-degar tapi berapa berkerat yang boleh buat apa yang dicakapkan. Dalam dunia materialistik ini
tak payah le banyak cakap kalau tak ada RM untuk memulakan sesuatu. Jangan lah anda terpedaya dengan cakap2 kosong yang anda boleh berjaya tanpa sebarang pelaburan modal. Segalanya nya provo semata-mata.
Dalam dunia realiti ini tiada satupun anda dapat lakukan jka tiada RM. Cakap2 orang berjaya mengatakan RM bukan segalanya untuk berjaya adalah omongan sahaja. Cuba anda habaq mai sapa orang yang berjaya tanpa ada modal. Memang orang itu hipokrik. Tepok dada tanya selera le.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: