Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama nampaknya blog ini tidak diupdate dengan agenda dan isu-isu baru memburu impian. Blog berhabuk pada April 2010. Inilah dia, manusia yang ada masa dia naik, dan ada masanya ia turun. Ada masa bersemangat dan berdisiplin, ada masa jauh dari matlamat asal.
Sedar tidak sedar, Mei 2010 sudah menjengah tiba. Sudah 4 bulan tahun ini berlalu tanpa ada apa-apa pencapaian lagi untuk mencapai impian yang sedang diburu. Komitemen yang terlalu besar untuk mengenggam segulung ijazah membawa kepada perasaan pasrah untuk mengikut sahaja arah aliran semasa. Namun begitu, dalam hati memberontak supaya diubah sistem ini.
Akhirnya satu keputusan telah dibuat untuk mengubah paradigma pemikiran kolot yang ada. Dari satu frasa “mungkin” kini ditukar kepada “Wajib dan Mesti”. Mesti boleh lakukan dan wajib capai perkara berikut:

Usaha ini akan berterusan selama sebulan. Dan hasilnya akan diperoleh dalam tempoh 30 hari. “Aku tak akan kalah!”




By Pemburu Impian on May 3, 2010 | Reply
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Target di atas memang luar biasa (pada orang biasa), namun tidak pada Sang Pemburu Impian.
Sebagaimana pantun Melayu,
Berapa tingi pucuk pisang
tinggi lagi asap api
berapa tinggi gunung tahan
tinggi lagi impian hati
“Bujur lalu, melintang patah”
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
By Jaws on May 28, 2010 | Reply
yo bro..
dah 28 mei..
tggl 3 ari jer lg..
camner ng target?
By fahdi on May 29, 2010 | Reply
Yo jaws. Target belum tercapai. Sedang mengusahakan kembali selepas habis final exam.
By Siti Fatimah Ahmad on Jun 16, 2010 | Reply
Assalaamu’alaikum Fahdi
Tahniah kerana punya perancangan dalam mencapai impian. namun saya perhatikan, ia kelihatannya terburu-buru dan hanya mengikut perasaan bukan mengikut kewarasan tindak yang sewajarnya.
kalau mahu kurus dengan 10 kg dalam 30 hari bagi saya ia sangat keterlaluan dilakukan walau hebat impian yang ingin dicapai. Jangan terburu-buru, atur dengan cara normal agar diet kita seimbang dan tidak memudharatkan. saya mengambil masa 2 tahun untuk turunkan 15 kg. Yang penting usaha itu berterusan dan jangan makan nasi.
Semoga tercapai segala apa yang diimpikan. Salam mesra dari saya. maaf lama tidak bersilaturahmi.
By Siti Fatimah Ahmad on Jun 22, 2010 | Reply
Assalaamu’alaikum Fahdi
Dengan hormat dan takzimnya, saya berharap sahabat sudi menerima AWARD PERKASA – KAU ADALAH YANG TERBAIK, sempena sambutan HARI BAPA di Malaysia pada 20 Jun 2010. Ia sebagai menghargai persahabatan dalam perkongsian ilmu di ruang maya dan mengenangi jasa para bapa dalam memperjuangkan kehidupan yang harmoni untuk kebahagiaan keluarganya.
http://websitifatimah.wordpress.com/2010/06/21/20-jun-2010-selamat-hari-bapa-untukmu-malaysia-dan-indonesia/
Salam mesra dari saya.
By RitaBradshaw on Jul 18, 2010 | Reply
Don’t you recognize that this is correct time to receive the mortgage loans, which can realize your dreams.