Apr
2nd

Tribute to Arwah Din Beramboi

Posted by fahdi

Sudah agak lama rasanya blog tidak diupdate dengan perkara-perkara baru mengenai misi memburu impian. Kehidupan sebagai pelajar tahun akhir memaksakan diri memperlahankan sedikit langkah kearah tujuan “itu”. Misi kali ini, biarlah ijazah dahulu berada didalam genggaman!

Tetapi dalam keghairahan memburu impian, semalam saya mendengar satu khabar dari laman “micro blogging” twitter dan laman sosial facebook yang mengatakan salah seorang pemburu impian telah pergi buat selamanya..

Apa yang saya pasti, pemergiannaya adalah satu kehilangan dan beliau meninggalkan semua kejayaan yang diperoleh dengan sekelip mata. Tidak ada langsung petanda yang perjalanan memburu impian beliau akan terhenti pada 1 April 2010.

Jika diamati, pemergian beliau menemui pencipta adalah semasa nama beliau berada ditahap yang paling tinggi dalam sejarah hidupnya. Karier beliau dalam industri mencanak-canak naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan boleh dikatakan beliau berada diatas satu tahap “top peak” atau puncak kemahsyuran. Nama beliau disebut setiap hari dan beliau dianggap sebagai penghibur yang dicari-cari.

Namun segala ini tidak bertahan.. Maka benarlah kata-kata Allah, setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya dan hanya Allah yang lebih mengetahui hidup mati seseorang..

Alfatihah kepada arwah Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din beramboi).. Semoga rohnya dicucuri rahmat

p/s: Dalam keghairahan memburu impian, ingatlah impian akhirat adalah jauh lebih penting. Bahagikan masa dan hiduplah secara sederhana. InsyaALLAH.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia
Files under Idea perniagaan


One Response to “Tribute to Arwah Din Beramboi”

  1. By pemburu impian on Apr 3, 2010 | Reply

    Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Artikel di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini,

    “p/s: Dalam keghairahan memburu impian, ingatlah impian akhirat adalah jauh lebih penting. Bahagikan masa dan hiduplah secara sederhana. InsyaALLAH.”

    Peringatan untuk diri ini yang sering alpha.

    Al-Fatehah untuk arwah Abang Din Beramboi , ayahku, saudara-maraku, serta arwah-arwah semua muslimin dan muslimat. Amin..

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard, Work Smart & Creative”

    Assalamulaikum

Post a Comment