Why We Want You To Be Rich

by fahdi on February 17, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!

Nampaknya, sudah begitu lama FG tidak menulis di blog ini. sudah hampir sebulan lamanya dan FG meminta maaf atas kesulitan yang berlaku. Semenjak bermula praktikal, kehidupan jadi terlalu letih. Masa untuk diri sendiri sudah terlalu suntuk. Tetapi, insyaALLAH, semakin lama akan semakin bias. Alah bisa, tegal biasa (agak-agak, inilah yang dirasakan oleh ibu bapa kita.Terima kasih ibu! )  :)

Dalam kesibukan kerja yang tidak putus-putus, saya sempat lagi mencari bahan bacaan untuk bulan February. Buku ini, saya yakin, sudah ramai yang memilikinya dan sudah membacanya cover to cover. Menarik bukan? Walaupun FG baru sahaja sempat membaca 13 muka surat (baru beli semalam) sudah cukup untuk meningkatkan semangat. Intro yang digarap dengan cantik, dan imaginasi terhadap dua orang tokoh peniagaan ini secara tidak langsung membakar semangat untuk mengubah diri supaya tidak tergolong dalam golongan orang middle class, jauh sekali poor

Apa itu golongan middle class?poor? Secara amnya, melalui pandangan buku ini, manusia dibahagi kepada 3 golongan. Golongan berfikiran miskin, fikiran pertengahan, dan golongan kaya. Apa yang membezakan meraka hanyalah ‘cara’ mereka melihat dunia. Golongan berfikiran miskin, mereka hanya fikirkan akan ‘ada’ yang tampil menyediakan segalanya untuk mereka.

Jika sakit, rawatan percuma diberikan, jika tidak cukup duit, bantuan akan dihulurkan. Berlainan dengan golongan pertengahan, hidup diumpama  ‘cari pekerjaan, kerja dengan kuat, dan kumpul duit’. Duit yang diperoleh akan dilaburkan di dalam dengan harapan “tidak akan rugi” dan tidak perlu menghadapi risiko kerugian atau dengan kata lain ‘not to lose’ .

Bagi golongan kaya, mereka dikatakan active investors-expanding your means to live a great life by working and investing to WIN!

Lebih menarik tentang buku ini adalah, penulisnya, dua-dua adalah penulis buku best seller dan kedua-dua mereka mempunyai empayar perniagaan yang besar dan dikenali di seluruh dunia. Tambah lagi Doland Trump (the apprantice)

FG akan cuba habiskan buku ini secepat yang boleh. Dan jika ada sesuatu yang menarik, saya akan kongsikan di sini. (hanya ada masa malam dan waktu lunch untuk membaca)

yang benar,

fahdi

p/s: saya sudah memiliki rahsia click bank dan sedang mempraktikkannya. anda bila lagi?

Related Posts with Thumbnails

{ 2 comments… read them below or add one }

GadisManja February 19, 2009 at 3:27 pm

em..menarik jugak buku ni..boleh try baca..

Reply

fahdi February 23, 2009 at 7:15 pm

betol-betol. cuba baca buku ni. sangat2 menarik. saya sendiri sudah hampir separuh habiskan

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: