Assalamualaikum dan dalam sejahtera kepada semua pembaca!
Sudah beberapa hari saya tidak menulis di FG.com. Sebenarnya, saya sedang memberi perhatian kepada ‘study’ saya. Almaklumlah, sekarang projek tahun akhir amat banyak dan sesekali menekan stamina minda saya untuk terus berfikir.
Namun alhamdulillah, setelah berhempas pulas mencari masa dan memerah sumber yang ada, saya berjaya mereka cipta website untuk intelincome.com! Website pertama yang saya lahirkan. Alhamdulillah..
Intelincome.com kini dilancarkan!

Intelincome.com merupakan website yang saya bina berdasarkan nama domain yang saya beli di GDI (Global Domain International). InsyaALLAH, melalui website ini, saya berharap intelincome akan berkembang ke seluruh malaysia dan boleh membina jaringan mereka yang mahu mencipta kejayaan.
Walaupun belum di lancarkan, intel income mendapat banyak respons daripada pembaca. Saya telah menerima banyak email dari mereka bertanyakan hal GDI.
Antara pertanyaan yang sering timbul di kalangan pembaca intelincome;
1) KAT MANA NAK BANK IN KAN RM35.00 TU..
Untuk melakukan pembayaran GDI, saudari memerlukan debit card atau credit card.?Dengan kata lain, saudara memerlukan kad seperti maybank, public bank dll?yang terdapat logo ‘visa’ atau ‘mastercard’
Bagi pengguna yang masih belum cukup syarat untuk memohon kredit card, ?anda boleh memohon visa debit daripada maybank. ?Untuk makluman saudari, maybank cukup mudah di gunakan. ?Saya sendiri memiliki card ini. Anda boleh gunakannya seolah-oleh kredit card.?Bezanya hanya debit card adalah ‘prepaid’ dan credit card ‘postpaid’
Baik, card ini juga akan di gunakan oleh pihak GDI untuk membuat bayaran keuntungan ?kepada ada. Secara terus! Maksudnya, saudari tidak perlu bersusah payah menunaikan cek ?keuntungan di bank setiap bulan. Semua di lakukan secara online. ?Mudah bukan?
2) CKP FREE TRIAL, NAPA KENA BYAR PLAK?
Baik, dengan GDI, saudari akan mendapat kelebihan yang SAMA seperti mana ahli lain semasa dalam ‘free 7 days trial’.
Saudari bakal memiliki satu domain (.ws, .com, .net atau apa sahaja domain yang saudari idamkan.)?Free trial bermaksud saudari perlu menyertakan sahaja kad debit atau kredit saudari. ?Bayaran hanya di kenakan selepas 7 hari. Jangan risau. Boleh cancel akaun pada bila-bila masa?dalam masa 7 hari.
Kelebihannya, dalam masa 7 hari, walaupun masih dalam free trial, saudari di berikan SEMUA kelebihan ?yang ahli berbayar ada. Ia supaya saudari experience sendiri bagaimana ‘buat duit dengan GDI’
Berbaloikan? =)
3) CMNA NAK JUAL MLALUI GDI NI?X FAHAM LAH..
GDI ini, basically ia mengamalkan sistem MLM. Dan main focusnya adalah nama domain.?cuba bayangkan, semua orang mahukan domain name sendiri. Sudah pasti penjualan domain?adalah sangat senang. Bilangan orang yang mahukan nama domain sendiri makin hari ?makin menigkat. TIdak pernah berkurang. Jadi usah risau.
Bagaimana untuk pasarkan?Baik, di GDI, semuanya sudah tersedia. Dari website untuk mempromosi,email promosi, segala-gala sudah di sediakan. SIRIUS!
Dan banyak lagi pertanyaan lain. InsyaALLAH, saya akan cuba menjawab dengan penuh jelas jika anda betul-betul mahu mengetahuinya.Bayangkanlah potensi yang akan anda dapat melalui GDI. InsyaALLAH, kita semua tidak akan rugi.
Jadi, jangan tunggu lagi,saya harap perkenalan anda dengan intelincome akan membawa kita kepada satu persahabatan memburu impian kebebasan kewangan. InsyaALLAH.
Ya ALLAH YA-ROZZAQ ( Maha Memberi Rezeki), berkatilah usaha kami dan iringilah kami dengan rezeki Mu. Kami Bermohon…Amin

{ 10 comments… read them below or add one }
Assalamualaikum Tuan Rumah.
Tahniah! Akhirnya impian jadi kenyataan. Perjalanan seribu batu sudah dimulakan.
“Walaupun belum di lancarkan, intel income mendapat banyak respons daripada pembaca. Saya telah menerima banyak email dari mereka bertanyakan hal GDI.”
Sebagaimana halnya email,website dan blog. Satu hari nanti GDI pasti meletop di Malaysia! Malah artikel yang pernah saya baca di akhbar beberapa minggu yang lepas, Malaysia lebih dari setengah juta blogger.
Apakah ada yang masih menggunakan ungkapan lapuk dibawah?
“Just wait and see?”
No!
“Just take action and get rewards!”
Assalamualaikum
Waalaikumussalam tuan
Jemput masuk.. jemput masuk
Terima kasih, tuan pun apa kurang nya. Nampak sudah berjaya menerbitkan satu buku. Wah! Semakin hari semakin rancak berblog
Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang berminat untuk memulakan business GDI ini. Saya yakin, tidak lama lagi, malaysia terutamanya akan ramai OKB (orang kaya baru).
Bak kata tuan, Satu hari nanti GDI pasti meletop di Malaysia!
Hari ini mungkin adalah permulaan untuk berjaya
Gunakanlah hari ini dengan sebaiknya. InsyaALLAH
kita pasti boleh!
Terima kasih FG sudi singgah di blog aku. Kebelakangan ini memang nama GDI semacam virus merebak di persada internet Malaysia. Cuma aku belum lagi mengambil bahagian..dan terus terang belum tahu apa-apa pun pasal GDI ni melainkan hanya tahu ianya urusan jual beli domain & pemasaran berkonsepkan MLM.
Tahniah atas pelancaran intelincome.com & sure selepas ini akan boom ler network FG dalam GDI ya. Ini ler trend terbaru MLM yang mana kita tak perlu bersusah payah lagi menebalkan muka bersua muka dengan prospek & membuang masa berjam-jam di jalanan drive semata-mata untuk berjumpa prospek yang belum tentu lagi akan berminat. Kita tidak perlu lagi risau akan kehilangan sahabat-handai yang mula membenci kita apabila mempromosikan MLM..
Oh, ya..aku dah add link FG.com ke blogroll blog aku & semoga FG juga sudi add link blog zolkie dot com di sini
Salam suksess dalam pelajaran & perniagaan GDI.
Salam,
Wah nampak menarik tapi rasa tak sempat nak tumpu yang ni lagi
Abgzol,
Sama-sama. Lagi pun memang senang membaca blog orang lain. Tambah pengetahuan dan boleh berkongsi-kongsi pendapat. Tidak mustahil dari sahabat blog, boleh jadi sahabat di dunia nyata. Memang itu semangat yang kita mahu pupuk.
InsyaALLAH, saya akan cuba bangunkan GDI ini dengan menubuhkan fahdi&associates. Harapnya akan menjadi dan akan ramai lagi yang membuka mata mahu joint business ini.
Jika abg zol pun berminat apa salahnya. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Saya sendiri sedang membina network dan sedang mencari downline untuk di tunjuk ajar bagaimana mendapat sumber kewangan yang di cari-cari selama ini. Bantuan saya akan cuba provide sebaik mungkin. Itu falsafah di fahdi&associates. InsyaALLAH.
Haris,
Tak mengapa. Nanti boleh lagi joint. Tetapi jangan terlalu lambat. Kerana di malaysia sahaja memang sudah ramai orang promosi GDI ini. Jadi makin ramai orang akan aware pasal ni. Jadi lagi senang untuk kita dapatkan prospek.
Fikirkan elok2 sahabat. Ini mungkin sumber rezeki yang kita cari selama ini. InsyaALLAH dengan syarat kita juga berusaha untuk mendapatkannya.
Saya pulak perjalanan baru bermula, baru mencari pemantapan ilmu ttg selok belok internet ni. Tahniah Fahdi! Anda kini one step above.
Setuju dengan Fathuri: Fahdi, anda kini “Just take action and get rewards!”
Motivasi kerja aka along.
Bagus, biar perjalanan anda di dalam mengenal selok belok internet baru bermula. Ia adalah lebih baik dari hanya melihat orang lain berjaya tanpa kita melakukan apa-apa.
Ia lebih baik dari tidak mencuba dan membatu tidak berkata. Sedarlah saudaraku, anda berada di satu jalan yang mungkin akan suatu hari nanti membuahkan citra bunga yang mekar dan kembang seiring dengan kejayaan yang bakal anda kecapi. InsyaALLAH.
Sama-sama kita berjaya hendaknya.
“Just take action and get rewards!”
Dapat sokongan dari kawan-kawan ni rasa lebih semangat dan konfident!
Tahniah fahdi diatas pembukaan ,sudah lama saya tercari-cari orang malaysia yang join dalam Gdi ,sekarang adalah tempat untuk saya bertanya dan bertukar tukar pendapat ,,tahniah brooo
Terima kasih firdaus.
Firdaus, bukan saya sahaja yang boleh melakukan perniagaan GDI. Malah semua orang boleh! Tiada limitation siapa.
Cuma yang menjadi persoalan, adakah kita mahu mencabar diri kita sendiri dan berusaha untuk mendapatkan apa yang kita selalu idamkan?
tepuk dada, tanya diri.
Dan jika kita mahu, pasti ada 1001 jalan dan orang yang akan membantu.
Mari firdaus, kita mulakan langkah kita hari ini!
Sama-sama kita maju dalam hidup!