PETRONAS dan Isu Harga Minyak Malaysia
awas! jika anda bukan seorang yang mahu mengetahui ‘perkara sebenar’ di sebalik isu minyak negara yang kebanyakan persoalan timbul dari PETRONAS, saya cadangkan anda meninggalkan altikel ini. dan perlu ditegaskan artikel yg saya tulis tidak bersangkut paut dengan mana2 parti politik. ia cuma berlandaskan fakta dan pendapat tersendiriuntuk memberi pendedahan dan ilmu kepada rakyat malaysia khususnya. dan tidak hanya membuat andaian membabi buta tanpa usul periksa.
salam dan hello rakan seperjuangan sekalian!
maaf jika ‘amaran’ diatas sedikit serius. ia supaya anda lebih bermotivasi untuk meneruskan pembacaan. (artikel kali ini juga serius!)
dah lama FG x menulis untuk blog ini.dalam seminggu. bukan ‘menghilang’ diri, tetapi membuat kajian demi kajian untuk memenuhi janji yang telah saya buat iaitu untuk menulis isu semasa yang panas pada masa ini iaitu isu yang berkaitan dengan harga minyak dunia.
baru2 ini, saya di FG.com telah menerima satu sms yg menunjukkan perbandingan harga minyak dimalaysia dengan negara2 luar. harga yang di state adalah seperti berikut :
Malaysia: RM2.70, Iran:0.29,Arab Saudi:RM0.19,Mesir:RM0.81,Venezuela:RM0.16,Turkemenistan:RM0.39 (saya di FG.com tidak dapat memastikan senarai harga ini adalah sahih atau tidak memandangkan ia diterima daripada sms junk yang tidak dapat dipastikan siapa pengirimnya)
Baiklah, sekali lagi saya ingatkan, tulisan saya tidak bersangkut paut dengan mana2 fahaman politik.Untuk lebih memudahkan pemahaman, bentuk soalan dan jawapan akan diguna pakai dalam post kali ini.soalan2 dan jawapan ditulis adalah lazim dan saya akan cuba memastikan fakta adalah tepat berlandaskan apa yang diperkatakan oleh president PETRONAS sendiri iaitu Tan Sri Hassan Merican melalui satu bual bicara baru2 ini.
1)Kenapa berlakunya peningkatan harga minyak dunia?
kenapa berlaku? baik. ini adalah soalan yang paling basic yang perlu kita tahu jawapannya. dan ikhlas saya katakan, tidak ramai rakyat malaysia yang mengetahui akan hal ini dan secara terus menerus menghentam pihak kerajaan dengan mempersoalkan kenapa dinaikkan harga minyak? kebanyakan mereka tidak mengetahui akan hal sebenarnya. sebenarnya, ia adalah berkait rapat dengan supply dan demand atau dalam kata laennya, keperluan dengan pengeluaran. statistik menunjukkan negara yang paling pesat membangun pada masa kini antaranya ialah india dan china. kita ambil china sebagai cth. dalam tahun 2007 sahaja, sebanyak 7 juta buah kereta baru telah dikeluarkan di sana. ia tidak termasuk jumlah yang sedia ada. dan katakan sebuah kereta memerluakan sekurang kurangnya 10 liter sehari. nah, pertambahan 70 juta liter sehari! itu dalam tahun 2007. 2008? brape penambahannya? jika diambil kira, kita ambil pengeluar minyak terbanyak dunia, arab saudi.meraka hanya akan memproses 2.5 juta barrel minyak sehari. dan demand pula adalah 70 liter sehari! (utk kereta baru sahaja. tidak termasuk yang lama)!.disebabkan inilah, yang kita katakan pengeluaran yang sedikit yang tidak mampu menanggung demand yang tinggi menyebabkan harga dunia naik mendadak!.
2)Malaysia adalah negara pengeluar minyak, tetapi kenapa minyak kita still mahal? Kenapa PETRONAS tidak memberi subsidi minyak petrol yang membawa kepada kenaikan medadak harga minyak petrol di malaysia kepada RM2.70/liter?
saudara saudari sekalian. pastinya anda tertanya2, kenapa bukan? sedangkan kita adalah negara pengeluar minyak. kenapa harga minyak kita still mahal compare to negara2 pengeluar laen. ya, mmg kita adalah negara pengeluar minyak. tapi, kita boleh dikatakan adalah kumpulan minooriti pengeluar minyak dunia. kita tidak boleh jadi seperti negara pengeluar major dunia seperti iran, arab saudi turkemnistan dll. kenapa? ia kerana, kita ambil contoh negara yang paling kaya dengan reserve minyak dunia, arab saudi. di arab saudi, kapasiti pengeluaran minyak mereka adalah 2.5 juta barrel SEHARI! tetapi di malaysia kita, haya mampu untuk mengeluarkan dalam 700,000 ribu barrel sehari. ia satu perbezaaan yang amat bsar!di dalam konteks pengeluaran minyak, kite melihat kepada statistic global dan bukan hanya berlandaskan 700ribu sahaja. Boleh dikatakan sumber ekonomi penduduk di arab saudi berpunca dari hasil petroleum mereka. tidak hairan jika electricity bil dan laen2 adalah murah di sana berbanding di malaysia. income mereka datg dari situ! Secara tidak langsung,walaupun production kita ‘sedikit’ sebenarnya, sebanyak 65% keuntungan PETRONAS telah disalurkan kepada kerajaan (anggaran keuntungan yang telah disalurkan setakat hari ini adalah sebanyak 300 billion) dan ia telah membabitkan jumlah sebanyak 35% income kerajaan. Dan cuba kita bayangkan jika dengan tidak sengaja syarikat PETRONAS bankrupt, kerajaan akan kehilangan sebnyak 35% daripada income dan ini pastinya akan menjejaskan kestabilan negara.
3)Benarkah dengan peningkatan harga minyak, syarikat minyak membuat banyak profit?
Betol, fata ini tidak dapat dinafikan. Sebagai contoh kita melihat kepada syarikat minyak terhebat dunia seperti Exxon mobil. Jika pada tahun sebelumnya, Exxon mobil telah membuat keuntungan sebanyak 39 billion. Dan keuntungan semasa yang telah dibuat adalah sebanyak 40 billion. Tetapi, kenapa hanya sebanyak 1 billion? Ia kerana, kos yang perlu ditanggung untuk production adalah sgt tinggi sekarang. Sebagai contoh, di Malaysia, dulu, untuk kos carigali hanya memakan sebanyak 3 juta. Tetapi sekarang ia melibatkan kos sebanyak 7 juta. Jadi, secara tidak langsung, keuntungan yang diperoleh juga tidak banyak. Dan perlu ditekankan, kebanyakan projek2 petronas sekarang lebih memfokuskan kepada carigala minyak di laut dalam. Dan ia pastinya akan melibatkan kos yang lebih besar!
4)Keuntungan petronas,kenapa tidak dipertontonkan kepada umum seperti yang dikehendaki oleh para yang berhormat dewan negara. Ia adalah organisasi telus, kenapa?
PETRONAS berada di bawah Akta syarikat, dan dibawah akta tersebut, sesebuah syarikat perlu utnuk mengemukakan laporan tahunan.. Tetapi menurut akta pembangunan petroleum, petronas bertanggungjawab kepada perdana menteri. Jadi tidak timbul isu jika ia tidak mengemukakan segala keuntungan kepada dewan parlimen. dan sebagai sebuah entity yang mempunyai kredibiliti, ia telah mengikut segala akta ini.
5) kenapa PETRONAS terlibat dengan kos membangunkan projek2 mega seperti formula satu?
Sebenarnya, saya suka untuk menjelaskan kepada anda semua, litar F1 sebenarnya bukanlah milik Petronas. TETAPI, PETRONAS adalah sponsor kepada event yang diadakan. Kenapa petronas terlibat dalam sesuatu yang begitu mahal? Ia hanyalah sebagai satu ‘batu loncatan’ PETRONAS untuk menjenamakan brand mereka. Seperti umum mengetahui, formula satu merupakan satu sukan permotoran yang taraf kepopularitian adalah menyamai sukan2 seperti olimpik dan piala dunia.jumlah ini membawa kepada 6 billion peminat! Dan untuk rekod, selepas petronas menaja pasukan BMW-Sauber PETRONAS, keuntungan yang dicatatkan adalah semakin meningkat! Ia bukan satu cara suka2 untuk menghabeskan duit, tetapi, ia adalah salah satu cara pelaburan untuk meningkatkan jualan secara tidak langsung meningkatkan kredibiliti petronas.
Saya percaya, masih banyak lagi persoalan yang perlu dijelaskan. Tetapi, pendapat peribadi saya di FG.com berharap, isu minyak sekarang adalah satu isu global dan ia bukan sahaja effect kepada Malaysia sahaja, tetapi melibatkan seluruh dunia. Sememangnya kerajaan perlu berusaha untuk mengekang masalah ini, tetapi, secara tidak langsung, rakyat juga perlu berganding bahu dalam soal ini. Saya cukup tidak bersetuju dengan parti2 pembangkang yang hanya cuma mampu membuat demonstrasi di jalan2 di KL sehingga menyebabkan lagi banyak masalah timbul seperti kesesakan lalulintas. Apa salahnya jika kita duduk semeja berbincang cari jalan penyelesaian. Buang fahaman politik ke tepi for the sake of rakyat and nation. Malaysia. (of cos, saya juga bersependapat dgn BA dalam sesetengah pendapat, seperti saya cakap, saya tidak berada di mana2 parti politik) . sedarlah,harga minyak kita still murah jika kita nk bandingkan dengan harga di negara laen. (sumber FG.com mengatakan, di jepun, harga minyak adalah RM6/liter! Fikir2kanlah)
Akhir kata, kadang2 kita perlu menilai dan mengakaji sesuatu perkara sebelum kita menuduh. Jangan hanya berlandaskan fakta yang tidak kukuh untuk menuduh sesuatu tidak betol!


10 comments
As per requested, sy comment blog anda
bersetuju dgn penulisan di atas~haih,ayat skema
tp kan encik fahdi,better double check harga minyak di iran, arab saudi sume,they confirm lower than Malaysia,tp kl xsilap xde la sen2 kot
singgit lbey jgk rsenye per liter
and btw,sy dpt emel forward from VP Education
initially emel tu dr student utp
so for those utp student + petronas scholar yg ade intention of boycotting petronas product,
back to your sense la dear, petronas support us all this while
byk kot scholar tu,plus academic fees sume
be grateful+dont just take things as what ppl said
find for yourself the truth behind everything
**agree dgn encik fahdi’s view psl demonstrasi jalanan
well encik fahdi, keep up the good work~!
sorry la ye ade ter-emo siket comment beta
ngehehe~
thanks pada cik uni kita. wah2, xpe. event agak emo, tapi comment yang bernas! hehe.. mmg betol, take note dear petronas scholars sekalian. its true. kadang2 kite kene la appreciate apa yang org dah bagi pada kita. and it goes to bukan sahaja scholars, tapi jugak seluruh rakyat m’sia. kita jangan hanya condemn people of ape yang salah. instead, tgok pada kebaikan. petronas da bg banyak kepada negara. dan jgn hanya dengan kesalahan US yang invade iraq and afganistan yg membawa kepada kenaikan harga minyak ni petronas yang dipersalahkan. ambil inisiatif, camner nk tolong nation dalam hal mcm ni. just like wut my ma said mase kegawatan ekonomi dulu. mogok mogak gak. p, relek2 jerk. x derk seteruk macam ni. fikir2 kan lah wahai rakyat malaysia yang kononya telah maju. yg da sampai ke angkasa. bawaklah fikiran tu jauh melangkaui normal biasa agar kita setanding dengan org laen!
p/s: uni, kan da cakap, post kali ni skema, sbb topic yg dibincangkan agak hot fm! hehe
Kepada en. fahdi,
Terima kasih kerana mengutarakan pendapat anda dlm blog ini.
Disini saya ingin menyatakan bahawa terdapat sedikit kekeliruan disini.
Pada asasnya, terdapat dua jenis keuntungan yg petronas dapat dari perniagaan minyaknya, keuntungan luar negara dan keuntungan dlm negara. Dengan berlakunya kenaikan harga minyak global, kompeni2 minyak seperti Petronas telah mengaut byk keuntungan dari situasi ini.
Apa yg rakyat pinta sebenarnya, tidak bolehkah Petronas mengaut sedikit sahaja keuntungan dari jualan dlm negara. Untuk lebih jelas, let me put the idea in number,
let say the overall cost of 1 litre of oil = RM1 (which I believe is much lower)
let say Petronas sell the oil to oversea = RM 3
apa yg rakyat minta, tdk bolehkah petronas menjual minyaknya dgn harga kos sahaja,RM1, atau mengambil keuntungan yg sedikit utk jualan dlm negeri seperti RM1.20.
Kita tidak boleh membandingkan harga minyak kita dengan Jepun kerana purchasing power mereka lebih besar dari kita. Lagipun, mereka bukan negara pengeluar minyak, jadi tidak boleh dikategorikan sama dengan negara Malaysia.
Mengikut akta syarikat, every public listed company must show their financial report. Tapi mengikut keterangan en fahdi, Petronas telah menurut satu lagi akta iaitu akta pembangunan petroleum yg bertanggungjawab kepada perdana menteri. Adakah ini bermakna, Perdana Menteri kita yg sebenarnya mengarahkan Petronas tidak mengemukakan laporan kewangannya?
[...] nampaknya post saya pasal PETRONAS dan minyak 2,3 hari lepas nampak seperti hangat! ya, masakan tidak. ia isu semasa paling panas hari ini. even [...]
[...] all over internet to look for another source of info (strong info) to support my previous post on PETRONAS dan Isu Harga Minyak Malaysia. then, a friend from alumni yayasan tun rasak, keoi inform me he found an [...]
kepada azizie, ial rujuk post terbaru saya untuk menjawab segala pertanyaan anda.
Baeklah En FG. hehehe…
ok..saya pulak nak tulis sikit..harga minyak global naik…mestilah petronas semakin banyak dapat untung..walaupun cost untuk carigali naik di sbbkan harga minyak naik, bukti…kalau sebelum harga minyak global naik…petronas menggunakan rmx untuk cost cari gali dan hasil eksport pun
dapat sikit ar sbb jual dgn harga murah…tentapi..bila harga global naik, kos carigali naik, dan jualan pun naik la..itu pun tak terfikir ke? apasal lemah sangat matematik ni!!! contoh…jual ayam ar …sblum harga ayam naik…pengeluar jual murah…bila harga ayam naik…pengeluar pun naikkan la..rasanya peniaga ayam tak rugi…cuma yang rugi pengguna jer…sbb dia bukan pengeluar ayam..
Thanks
esmsfun.com
nak copy artikel nibleh nak letak kat blog.hahahhah
Leave a Comment