Kajian Kes : 7 Langkah Bagaimana Meningkatkan Jualan 2 Kali Ganda Untuk Produk Mahal

sales fahdi ghazaliRamai peniaga amat takut untuk menaikkan harga barang yang mereka jual. Mereka takut yang produk yang mereka jual tidak akan mendapat perhatian dan orang tidak mahu membeli. Natijahnya, sale merudum, perlu lebih ‘lama’ masa ber whatsapp untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli produk, dan kos ads akan melambung tinggi tanpa hasil yang memberangsangkan.

1

Justeru, saya mengambil inisiatif untuk membuat kajian ini. Kajian kes ini hanya semata-mata untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang saya sendiri tertanya-tanya:

  1. Adakah benar, faktor harga memainkan peranan penting?
  2. Adakah hanya produk bernilai 2 angka yang mudah untuk dijual berbanding produk nilainya lebih RM100?
  3. Harga produk atau ‘relationship’/hubungan dengan pelanggan lebih penting.
  4. Jika gunakan sales funnel system yang saya cipta, adakah ia mampu untuk membuat jualan yang lebih banyak terutama dengan menjual produk melebihi RM100.
  5. Adakah dengan kos marketing yang minima, saya boleh hasilkan jualan 5 angka hanya dengan naikkan keuntungan per unit produk RM30

Saya memilih produk FAT BURNER ASSEZ untuk tujuan kajian ini memandangkan antara produk yang saya ada, produk ini paling ramai pesaing dan saya mahu habiskan segera. Saya juga dalam proses untuk ‘monitize’ konsep sales funnel dengan content marketing untuk nak naikkan keuntungan 2 hingga 3 kali ganda keuntungan syarikat.

Berikut adalah langkah yang saya buat:

  • Langkah 1: Website Jualan (www.assezslim.com)
    • Saya sediakan website sebagai jurujual.  Ini kerana, saya kurang berminat untuk menjawab setiap whaatsapp yang masuk, lagipun setiap kali jawab, jawapan yang sama. Jadi lebih baik website yang tolong jawabkan untuk kita. Saya juga suka menggunakan konsep ini kerana ia akan mengurangkan kebergantungan kepada staff. Jika staff perform, alhamdulillah, jika tidak, susah. Itu belum masuk jika mereka berhenti.

 

  • Langkah 2: Blog Perkongsian – Content Marketing (www.diarikurus.com)
    • Saya buat 1 blog perkongsian untuk saya ‘leverage’ content marketing’ dalam niche kesihatan. Untuk tujuan ini, saya cari seorang team partner yang arif mengenai kesihatan yang boleh menulis artikel SETIAP HARI.

 

  • Langkah 3 : Email list
    • Mereka yang mahukan info kesihatan/kurus masukkan email untuk saya emailkan RSS blog setiap kali posting baru dibuat.
    • Setiap hari, saya boleh anggarkan mereka yang sign up email list dalam lingkungan 50-80 orang opt-in ke autoresponder. 

 

  • Langkah 4 : RSS Email – Email yang dihantar automatik selepas ‘Submit’ Post di blog
    • Setiap email yang saya beri, saya tidak menjual, tetapi saya berkongsi tips. Contoh email yang saya beri seperti di bawah. Untuk tujuan ini, saya gunakan autoresponder Getresponse.

email screenshot

 

  • Langkah 5 : Letakkan banner di blog www.diarikurus.com
    • Email bagus untuk mengekalkan relationship pelanggan dan bakal pelanggan. Tetapi open rate email hanya 10-20% sahaja. Jadi untuk tidak membazirkan traffic, saya letakkan banner di blog. Banner adalah seperti dibawah.

Assez

 

  • Langkah 6: Artikel Yang Viral – Mengurangkan kos iklan, dapatkan lebih ramai prospek
    • Contohnya posting minggu lepas yang mendapat lebih 200,000 reach, dan 1700+ shares. Paling menarik, ia 100% genuine dan ZERO KOS MARKETING!

artikel viral

 

  • Langkah 7 : Naikkan harga produk dari RM99 ke RM130
    • Ini part yang saya perlu akui. Agak berpeluh! Berpeluh takut orang tak nak beli. Berpeluh sebab takut menjatuhkan jualan syarikat. Tetapi selepas mengambil kira 2 faktor ini, saya teruskan niat menaikkan harga
      • Keberkesanan produk – Pengguna majoriti berpuas hati dan repeat order
      • Mengambil kira keuntungan bakal agen – Saya baru buka untuk sesiapa yang berminat untuk jadi agen.
    • Hasilnya? – Jualan meningkat hampir 2 KALI GANDA dan TIDAK TIMBUL ISU HARGA LANGSUNG!
    • Ada yang siap beli 5 unit tanpa banyak soal (RM650)

Kesimpulan

Marketing ini luas. Seluas lautan. Kita sebagai peniaga hanya perlu kretiviti dan semangat juang untuk melawan arus. Jika teknik A tak menjadi, cuba teknik B. Jika C kurang ummph, buat pula D.

Melalui kajian kes ini, untuk produk yang mempunyai ramai pesaing, seperti produk kesihatan dan kecantikan, hubungan/relationship dengan pelanggan adalah lebih penting. Harga produk kemudian. Pelanggan tidak berfikir panjang untuk ‘beri duit’ kepada penjual yang banyak memberi nilai kepada mereka.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua. Semoga ia juga jadi saham dunia dan akhirat. Amin!

Jangan lupa tinggalkan komen & share dengan rakan-rakan yang lain ya.

• Meet the Author ➞ fahdighazali



1 comment… add one
  • Nice sharing tuan..memang ramai yang takut nak jual harga yang tinggi sebab takut customer x beli..saya pun macam tu dulu..hehe

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!