FahdiGhazali.com

Kajian Kes : RM75,000 Jualan Produk Yang Ramai Pesaing, Tanpa Memerlukan FB Ads & Follow Up Whatsapp

case study1

1

Tahun 2016 akan jadi tahun yang mencabar bagi mereka yang berniaga.

Betul ke? Bagi saya, saya terpaksa akuinya. Pada saya, ia bermula diawal pengenalan GST pada April 2015. Sale turun mendadak bermula Mac 2015 kerana sentimen ‘panik melampau’ orang ramai tentang kesan buruk ekonomi pasca GST.

Tahun 2015 juga menyaksikan orang yang berduit berduyun-duyun membuat produk jenama sendiri yang mengakibatkan persaingan yang sengit. Walaupun ia adalah persaingan sangat sihat, ia juga memberi impak yang besar.

Keadaan lebih buruk jika produk yang dikeluarkan adalah hampir sama dengan jenama-jenama produk yang sudah ada dipasaran. Tidak ada USP (Unique Selling Point) yang menarik untuk buatkan pelanggan membeli.

Contohnya, produk kurus.. hampir semua yang menjual gunakan copywriting yang hampir sama. (Produk pun hampir nak sama) “Kurus cepat dalam masa 7 hari”, “Kurus cepat dalam 30 hari”, “Kurus tanpa senaman”… dan the list goes on and on. Tak ada kelainan.

Akibatnya… pelanggan muak dan rasa produk tidak lagi ‘menerujakan’.

Untuk peniaga? Perkara yang akan dilakukan adalah turunkan harga. Siapa yang jual dengan harga lebih murah dia akan dapat pelanggan. A jual murah, B terpaksa lagi murah, C lihat A dan B jual murah, C terpaksa lagi murah dari A dan B…

Begitulah…

FB ADS MEMBAZIR

Pada 2012-2013, masih belum ramai peniaga yang menggunakan FB ads. Seingat saya, dengan kos hanya RM15 sahaja sehari, tanpa copywriting yang power, senang-senang sahaja untuk dapat untung bersih RM100-RM150 (bergantung kepada produk dan margin).

Tahun 2016? Kalau kos ads RM1500 pun belum tentu buat sale yang banyak.

Justeru, saya memerlukan satu USP yang lain dari yang lain. Antara projek yang saya mulakan untuk 2015 adalah produk kurus, ASSEZ SLYM. Ia pada awalnya adalah projek ‘suka-suka’ kerana pada awal tahun 2015 saya mula untuk berdiet dan cuba untuk kuruskan badan. Berat badan maksimum saya pada waktu itu adalah 104kg! Sekarang 85kg. Saya rekodkan semua data berat badan di sini.

TANPA USP POWER, BAGAIMANA NAK MENJUAL?

Ya, saya buat produk yang hebat. Cuma saya perlu cari satu USP yang betul-betul unik yang belum lagi orang buat.

Ada beberapa cara untuk jadi unik:

  1. Produk yang unik (bentuk kotak unik, bahan unik digunakan, dll)
  2. Channel marketing yang digunakan. Contohnya pada awal 2013, para peniaga gunakan radio, TV, surat khabar untuk marketkan produk mereka. Produk aurawhite antara terawal yang positioning produk menggunakan FB ads. Jadi mereka yang kuasai pasaran pada ketika itu sehingga sekarang.

Selepas sebulan cuba dengan ‘direct sales’, saya dapati ia gagal. Keuntungan boleh dijana, tetapi ia tidak setimpal seperti yang diharapkan.

Gagal.

Gagal dari sudut USP produk, gagal dari segi channel marketing. Full stop.

Saya perlu cari idea lain untuk pasarkan produk kurus ASSEZ SLYM ini.

LONG TERM VS SHORT TERM

Saya faham satu perkara, majoriti peniaga terutama online, mereka hanya mencari sale sahaja. Buat FB ads, masuk whatsapp, close sale, masuk duit dan setel.

Fasa mencari client baru berjalan setiap hari dengan tool yang dirasakan ‘super power’, FB ads tanpa mereka perasan yang ia sudah makin lama makin tidak releven. Ia ibarat snow ball effect. Setiap hari jika tidak ada penambah baikan, ia akan menjahanamkan dan membakar duit.

Kita perlu long term business.

Kalau hari ini dapat RM1000 sehari, kalau boleh esok pun nak RM1000 dan makin membesar.

Jadi, kalau nak long term, satu keyword sahaja – Follower atau die hard fan. Full stop!

SUAP 10 KALI, MINTA BALIK 1 KALI

Ok, cuba bayangkan anda berjumpa dengan 2 orang kawan buat kali pertama. Kita namakan mereka sebagai Ali dan Abu.

Pada perjumpaan pertama, Ali tidak langsung memperkenalkan diri. Tahu-tahu satu penapis air di atas meja dan diterangkan fungsi dan kebaikannya dari A-Z. Diakhir perbualan, Ali meminta anda membeli penapis air tersebut dengan harga RM2500.

Berlainan dengan Abu. Pada kali pertama perjumpaan, Abu mengajak anda minum dan beramah mesra. Abu pandai mengambil hati. Abu bertanya latar belakang anda, bertanya khabar ibu ayah anda, pekerjaan anda dan lain-lain. Anda selesa dengan Abu. Abu langsung tidak menjual. Di akhir perbulan, Abu memberi bisnes kadnya.

Semasa dalam perjalanan pulang, anda terlihat satu billboard besar terpampang muka Abu. “MUKA PENAPIS AIR YANG DIPERCAYAI”

Dengan berlandaskan 2 karekter jadi, penjual yang mana satu akan jadi pilihan kalbu? Sudah pasti Abu!

Abu memberi dan menjual pada masa sama.

BINA FANPAGE + VIRAL CONTENT + BLOG + EMAIL MARKETING

Saya berpegang satu perkara.

Apabila kita mati, salah satu yang kita akan tinggalkan adalah ilmu yang bermanafaat.

Jadi saya cipta satu jenama/fanpage untuk sharing tentang cara untuk kurus. Saya cipta fanpage Diari Kurus.

Di fanpage ini, saya hanya kongsikan tips-tips kurus.

Disini saya juga kongsikan tips-tips dan content yang viral. Team penulis akan diberi tanggungjawab untuk mencari artikel ini.

Sebagai contoh, salah satu post yang paling menerima jumlah share terbesar adalah posting ini:

Screen Shot 2016-01-11 at 11.53.08 PM

2300 shares, 1000 likes, 69 komen, dan 273,550 reach tanpa memerlukan apa-apa kos. Zero. Dan di blog, ia juga di share hampir 89,000 kali

Screen Shot 2016-01-11 at 11.54.53 PM

Untuk makluman, pada waktu ini, fanpage likers bertambah dengan sangat cepat. Tanpa FB ads!

100% viral content.

KENAPA NAK FB SAHAJA? GOOGLE PUN POWER!

Berikut adalah trafik blog diarikurus.com sepanjang tahun 2015. Data ini valid kerana saya gunakan Google Analytics. Terima kasih kepada sifu Adly Mukhtar yang tunjukkan kelebihan google analytic ini.

Screen Shot 2016-01-12 at 12.53.56 AM

 

Seperti yang anda lihat, blog ini mendapat trafik (pageview) sebanyak 893, 175 sepanjang tahun. 63,468 adalah dari Organic search atau erti kata lain, Google.

Sekali lagi, zero kos!

EMAIL MARKETING

Teknik dan tips email marketing saya peroleh dari Sifu saya tuan Faisal Abdullah dan beberapa international marketer seperti Patt Flynn dan Russel Brunson.

Setiap visitor yang datang ke blog diarikurus.com tidak akan pulang dengan ‘tangan kosong’. Saya sediakan satu panduan ringkas bagaimana boleh kuruskan badan 10kg dalam masa 30 hari. Panduan ini ditulis oleh seorang rakan yang berjaya turunkan berat 20kg.

100% tips berguna untuk pembaca.

Selepas download panduan, mereka akan dapat email selama 30 hari diarikurus.com

Email mengandungi tips dan juga marketing/promotion untuk produk ASSEZ.

Share, share, share dan jual.

Proses follow up ini berjalan secara automatik. Saya set kan semua email follow up untuk dihantar pada jam 9pagi setiap hari untuk 5 hari pertama.

Untuk tujuan email marketing ini saya gunakan AUTORESPONDER GETRESPONSE.

Saya fully recommend autoresponder ini.

Screen Shot 2016-01-12 at 12.27.21 AM

Total subscriber 9294

Ok, lets do the math

Untuk setiap email yang saya send, biasanya akan dapat open rate (bilangan orang yang buka email) adalah sebanyak 20% dan bilangan pembeli produk berharga RM99 adalah sekitar 5%-8%.

Jadi,

Subscriber : 9294 orang (tanpa kos ads. Hanya content yang viral dan bermanafaat)

Open rate: 20% (1858 orang)

Convertion : 8% (744 kotak)

NOTA : pelanggan biasa akan beli lebih dari 1 disebabkan dalam email follow up saya cadangkan beli lebih dari 1 kotak. Kebiasaan mereka akan membeli 3 kotak keatas untuk supply sebulan. Convertion lebih besar jika diambil kira untuk repeat order)

Jumlah sale termasuk belian ulangan RM75,000!

KREDIT CARD/ONPAY

Saya menggunakan onpay untuk tujuan autopilot kan pembayaran. Saya tidak mahu menggunakan whatsapp untuk follow up customer. Saya mahu ‘ajar’ mereka buat sendiri semua sekali. Jika ada masalah baru hubungi kami.

Jadi saya gunakan sistem ONPAY dari WAN MUS. Ia diintegrasi dengan PAYPAL untuk tujuan penerimaan kredit kad.

Pembayaran yang lebih fleksible menggunakan kredit kad sebenarnya sangat membantu untuk meningkatkan sale. Pelanggan yang sudah ‘percaya’ tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kredit kad untuk buat pembayaran. Mereka sudah kenal dengan jenama diarikurus.com. Tiada masalah untuk transfer hatta RM500-RM1000 tanpa perlu berbalas whatsapp dan SMS.

Thats the power of trust and relationship business.

Jika anda masih teragak-agak mencari payment gateway terbaik (support pun power), saya sangat cadangkan anda guna ONPAY.

BELI, BELI DAN BELI LAGI. WOW!

Ini sememangnya menakjubkan saya!

Didalam diarikurus.com saya wujudkan beberapa sales funnel dan produk baru. Ada jam sukan untuk kira kalori, ada panduan diet, dan lain-lain.

Yang menariknya, biasanya pelanggan yang sudah membeli akan beli, beli dan beli lagi dari kami! Semacam tak sabar produk apa lagi yang kami nak bagi pada mereka. Mereka obses untuk membeli!

Average customer value (Belajar dari sifu Bukhari Ramli) dah makin meningkat. Jika biasa ‘value’ customer untuk belian ASSEZ hanya RM99, tetapi sekarang tambah jam, RM500, ebook dan lain-lain boleh sampai RM700-RM800 seorang!

KESIMPULAN

Fikirkan long term, jangan short term. Fikirkan benefit kepada pelanggan bukan benefit kepada kita. Lupakan duit, duit, duit. The moment kita buang perkataan duit dan start beri benefit kepada orang lain, duit akan flow masuk dengan sendirinya.

Paling penting, anda perlukan blog dan email marketing untuk database.

Forget about whatsapp group dan lain-lain. Ia tidak boleh jadi autopilot. 

Akhir kata, saya harap perkongsian ini memberi input yang baik untuk pembaca semua. Semoga bermanafaat! Amin!

• Meet the Author ➞ fahdighazali



11 comments… add one
  • terima kasih atas perkongsian tuan. Memang menarik. Sebenarnya idea saya pun lebih kurang macam ni, tapi email follow up sikit sangat nak belum meyakin kan pembeli.

    Dimana kita boleh dapatkan team untuk menulis artikel blog kita? Thanks

    Reply
    • Untuk follow up email, ada ‘seni’ yang perlu tuan tahu. Nanti saya akan share kan tekniknya. InsyaALLAH.

      Untuk cari penulis ada beberapa cara.
      1. Buat iklan di mudah.my
      2. Tuan cari group penulis di Facebook
      3. Tuan cari penulis buku seperti PTS dan tanyakan jika kenal mana-mana penulis freelance yang boleh menulis blog.

      Itu sahaja 🙂

      Reply
      • boleh kongsikan x tuan,

        1. brp byrn utk penulis, per atikel atau per month?

        Reply
        • Saya bayar penulis RM7-RM10 per artikel tuan. Bergantung kepada kualiti dan kriteria yang saya dah tetapkan.

          Reply
  • terbaik tuan. sebuah perkongsian yang lengkap dalam pemasaran online yang menggabungkan pelbagai saluran media sosial… sangat menarik… cuma agak memerlukan modal…

    Reply
    • Ya tuan. Tetapi mana-mana bisnes pun perlu modal kan? Sebab itu saya katakan proses ini untuk long term. Bukan short term. 🙂

      Reply
  • as salam tuan…sy dah ada website, tapi emel marketing lom ada..mcmner sy nak baut auto responder getresponse tu? berbayar atau boleh free d/load..tolong ajarkan yea tuan…tq

    Reply
    • Saya sarankan tuan guna autoresponder berbayar. Sebab kalau free ada banyak risiko untuk tuan hilang list yang tuan bina.

      Ada beberapa autoresponder yg bagus. Contohnya getresponse, mailchimp, aweber, dan active campaign.

      Reply
  • Saya sangat setuju dengan apa yang tuan sampaikan.. terima kasih

    Reply
  • Asalamualaikum Tuan…

    Ucapan terima kasih atas perkongsian yang padat dan sempurna bagi newbie macam saya,dan tahniah di atas kejayaan tuan hari ini.
    Saya doakan tuan murah rezeki dan sentiasa sihat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman hidup tuan di dalam bisnes online.

    Reply
  • Saya amat berbesar hati ada orang yang sudi buat perkongsian sebagaimana yang tuan buat ni. Terima kasih, akan cuba mengikut jejak langkah tuan!

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!