FahdiGhazali.com

Kenapa B1RM tak membantu Malaysia? (Ini pendapat saya)

Saya tidak tahu apa kata pengikut kerajaan, dan saya juga tidak ambil tahu apa kata pembangkan.
Saya orang yang berada di tengah-tengah. Saya lihat kepada kebolehan, “kebagusan” seseorang atau satu-satu program. Jika saya rasa bagus, saya akan katakan ia bagus. Jika tidak, saya lebih suka diam.

1

Tetapi tidak kepada BR1M yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yang memerlukan.

Saya tidak nafikan, ia satu bentuk bantuan untuk kumpulan yang betul-betul memerlukan. Kumpulan sasar katanya. Pun begitu, secara keseluruhan, saya tidak nampak kesan yang besar untuk negara.

Bayangkan jika seorang anak muda bujang, dapat duit. Apa yang mereka akan buat dengan duit tersebut. Adakah digunakan untuk jana lebih banyak pendapatan atau untuk dihabiskan?

Saya jamin, majoriti akan bersetuju duit itu akan dihabiskan. Tidak dapat dinafikan, ada yang simpan atau buat modal perniagaan. Tapi berapa kerat?

Akhirnya, wang berbilion yang dibelanjakan tidak akan bertambah malah lebih teruk, dihabiskan untuk perkara yang sia-sia.

Bagi saya, BR1M hanyalah alat untuk dapatkan sokongan rakyat. Full stop.

Cadangan yang lebih bagus, setiap penerima diberi tunjuk ajar bagaimana untuk gunakan duit tersebut untuk kemajuan diri.

Cuba bayangkan, jika ayah kita berikan RM500 (dengan tiba-tiba) dan tanpa berikan apa-apa syarat. Apa yang kita akan fikir?

Kalau yang belum ada telefon, mungkin akan beli. Kalau yang dah ada mungkin upgrade.

Itu ayah kita…..

Kalau ia dari orang yang tak kita kenali? (Dalam hal ini kerajaan), mungkin lagi teruk jadinya. Lagi teruk kalau penerima adalah orang yang lahir-lahir pun memang “totok” pembangkan.

Wahai kerajaan. Saya pembayar cukai, pembayar GST, tapi kalau guna duit untuk diberikan dan dihabiskan untuk perkara sia-sia, saya rasa, saya pun dah muak.

Semoga Malaysia akan selamat….

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!