Kita belum mati walau ada banyak masalah!

problemsJam 4 petang 2 hari lepas, saya menerima satu panggilan  telefon dari seorang kawan yang sudah lama saya tak jumpa. Azlan namanya. Umur sama dengan saya, 28 tahun. Saya panggil beliau dengan panggilan ‘Dato Seri’ dan beliau panggil saya dengan panggilan ‘Dato’.

1

“Hallo Dato, apa khabar?”

“Baik Dato Seri. Ambo sihat, segar bugar. Apa plan?”

“Jom Dato, keluar minum teh petang ni. Kawe belanja. Kedai dekat rumah Dato. Kedai oren sebelum restoran herba”.

Agaknya sudah hampir setahun saya tidak berjumpa beliau. Masing-masing sibuk dengan urusan bisnes. Beliau dengan cara beliau, saya dengan cara saya. Kalau dulu hampir setiap hari kami akan berjumpa untuk sesi minum teh dan motivasi.

Saya setuju untuk berjumpa. Petang hari itu, saya terpaksa batalkan hasrat untuk kayuhan basikal pertama 20km. (Paling jauh pun 11km sebelum ini) Hasrat rakan lama untuk berjumpa perlu di tunaikan. Pasti ada sesuatu yang baik akan berlaku jika dahulukan silaturrahim. Allah sudah berjanji, silaturrahim boleh membawa kepada kemurahan rezeki. Saya percaya!

“Wah, Dato semangat naik basikal nampak sehari dua ni”

“Biasalah, asyik dok pikir masalah bisnes, staff , ekonomi, sale, jadi kita stress Dato Seri. Kita bersenam sket. Baru jiwa tenang”

Seperti yang saya jangka, perbualan kami bermula dengan puji memuji terlebih dahulu. Nampak kurus, nampak ‘alim’ sebab janggut, nampak sihat, nampak berseri, nampak perut makin slim, nampak ‘makin kaya’ dan sebagainya. Saya tidak pasti. Tetapi jika setiap kali kami berjumpa, ini sesi pertama ‘pemanas badan’ yang kami akan buat. Lebih terasa akrab jika begini…

“Macam mana bisnes Dato Seri sekarang?”

Saya bertanya soalan… dan rupanya soalan itu benar soalan tembak tepat!

“Kawe banyak pengalaman yang dilalui dalam 6 bulan pertama tahun ini. Kawe ditipu orang hampir 1 juta!”

“MasyaALLAH! banyaknya…”

“Tetapi alhamdulillah, semua selesai. Hampir 6 bulan kawe rasa tak nak hidup. Rasa nak give up, rasa dah hilang semua punca”.

Saya mendengar dengan teliti apa yang Azlan cuba sampaikan..

“6 bulan yang lepas, kawe berpeluang mengenali seorang Dato yang berpangkat dalam sebuah syarikat. Disebabkan rasa percaya, kawe berikan wang tunai berjumlah RM 1 juta untuk satu projek perniagaan bersama dengan beliau. Tunai tuan. Duit yang dikumpul selama berniaga dari tahun 2009 sehingga sekarang. Cash, bukan aset. Tapi malang, janji manis tidak belaku seperti yang disangka. Wang pelaburan hangus, malah paling sakit, orang sekeliling mintak hutang. Sampai bank pun hampir istihar kawe muflis sebab tak boleh nak selesaikan pembayaran! Staff terpaksa diberhentikan kerana tak ada duit untuk dibayar gaji”

Azlan nampak semangat bercerita sambil hirup sup belut.

“Sakit waktu itu tuan. Tapi…selama 6 bulan itu, rupanya Allah nak uji kawe. Kita masih belum mati walau ada banyak masalah. Maknaya rezeki masih ada. Bukan tak ada. Cuma tak nampak. Cuba ambil hp, (sambil ambil hp nokia yang ada torch light harga RM90), letak depan hidung, boleh baca tak SMS yang orang hantar? Tak boleh! Sebab? Sebab bila kita ada masalah, fikiran kita celaru. Tak nampak. Walau penyesaian ada depan mata, kita tak boleh nak cerna. Cuba bawa hp kedepan sikit, jauh sikit dari hidung… ha! kan dah nampak? Begitulah kalau ada masalah. Penyelesaian dah ada, cuma kita yang pening dan tak boleh lihat. Sabar! Ambil masa, cuba undur jangan masuk perang lagi… Nabi Muhammad pun undur dan ranka strategi balik”

Saya masih menungu cerita beliau.

“Satu hari, kawe berjumpa dengan ‘ayah angkat’ kawe. Beliau menegur cara kawe berfikir dan memberi nasihat. Beliau buang semua kusut difikiran. Inspirasi dan motivasi saat kita jatuh amat-amat penting. Waktu jatuh, kita perlu bersedia untuk berseorangan. Jangan harap ada kawan atau orang lain untuk tolong hatta untuk faham masalah kita sekalipun.  Waktu itulah, kawe terfikir yang kawe ada beberasa aset yang jika ditambah nilainya boleh capai RM999,000 semuanya. Kawe cuba jual semua sekali dan akhirnya dapat semula tunai RM1 juta untuk langsaikan hutang-hutang dan mulakan kembali perniagaan”

Benarlah.. setiap ‘ups and down’ yang Allah beri sebenarnya untuk mematangkan kita. Sebesar manapun masalah yang dihadapi, ia akan berakhir juga. Kita belum mati walau ada banyak masalah. Maknanya masih ada peluang untuk menjadi lebih baik. Ada fasa yang perlu kita tempuh.

Baby dalam perut pun perlu masa 9 bulan 10 hari untuk dibentuk menjadi manusia. Itu proses yang wajib dilalui. Jatuh dan bangun ketika mula-mula berlatih berjalan sewaktu kecil pun adalah proses wajib seorang untuk mula berlari hatta untuk pelari pecut dunia sekali pun. Hendak pakai kasut, selipar, bercakap, semua itu memerlukan masa dan ada kala (dan banyak kali) jatuh barulah ia ‘perfect’. Malah kadang kala, ia memakan masa bertahun lamanya.

Jadi kenapa kita lupa akan semua kepayahan itu apabila kita sudah berjaya laluinya?

Ini bukan syurga tempat untuk bersenang lenang. Ini adalah tempat ujian, tempat pertempuran. Ini “Battle field” kita!

“Perasaan takut untuk belayar membelah ombak ganas bukan sebab kapal kita yang kecil, tapi HATI & SEMANGAT KITA YANG TERLALU KECIL”

 

 

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



3 comments… add one
  • hheiibat tuann!

    Reply
    • Tuan haru lagi haibat! 🙂

      Reply
  • Bangkit dr kegagalan belajar dr kesilapan sy follow semangat mmber tuan

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!