Ada Apa Pada Kereta Yang Rosak?

by fahdi on February 27, 2010

Semalam merupakan hari cuti umum seluruh Malaysia kerana menyambut hari keputeraan nabi Muhammad SAW. Ramai yang mengambil peluang sempena dengan cuti ini untuk berkongsi kegembiraan meluangkan masa bersama dengan keluarga. Bagitu juga saya. Saya mengambil peluang ini untuk kembali ke tanah kelahiran Kelantan untuk “bercuti” tiga hari. Mengambil sedikit angin sambil mencari ilham baru untuk memburu impian.

Dua hari sebelum pulang, saya sempat menghantar kereta ke satu bengkel di tronoh. Tujuannya untuk membaiki kerosakan di bahagian clutch (gear sukar diubah) dan setelah di periksa barulah saya tahu yang kerosakan ini terjadi di sebabkan oleh clutch plate yang sudah pecah. Mungkin terlalu agresif membawa kereta sebelum ini.

Proses pembaikian mengambil masa selama 2 hari dan kereta terpaksa saya tinggal di bengkel. Keadaan bengkel tidaklah begitu sempurna berbanding bengkel-bengkel lain yang terdapat di bandar-bandar besar seperti Ipoh. Tetapi cukuplah. Ia sekadar bengkel cawangan tronoh yang populasi penduduk tidak begitu besar.

Pandangan pertama agak skeptikal apabila memikirkan yang pemilik kedai ini adalah Melayu. Kebiasaannya kalau bercakap soal kereta, kita mahukan kedai atau bengkel yang dimiliki orang cina. Lebih baik servis dan harganya.

Namun, atas desakan keadaan dan hasil konsulasi bersama rakan, saya akur, yang bengkel ini mempunyai aura dan stail tersendiri. Ya, pemiliknya melayu, tetapi hasilnya boleh di berikan pujian.

Pandangan dan persepsi “membunuh” ini akhirnya semakin pudar apabila saya sendiri bertemu dengan Abang Am si pemilik kedai.Lagaknya peramah dan dia seolah-olah tahu apa masalah yang dihadapi dengan satu ayat penyata sahaja “kereta tak boleh tukar gear bang”.

Dua hari berlalu, kereta nampaknya sudah boleh beroperasi kembali. Memecut selepas traffic light sudah tidak menjadi masalah lagi.

Satu masalah selesai.. dan masalah lain akan timbul. Tetapi inilah yang di katakan hidup. Seperti juga kenderaan, memburu impian pasti ada masalahnya. Jika sekarang perjalanan memburu impian tidak bermasalah, mungkin sedikit masa lagi, gear tidak dapat ditukar, tayar akan botak, minyak habis di tengah jalan dan bateri tidak dapat lagi memberikan tenaga kepada kereta.

Satu penyelesaian adalah, cari orang yang berpengalaman dan yang boleh cuba untuk mengubatinya. Dalam kes kita selaku manusia, carilah yang bermotivasi agar kita turut sama kena tempias semangatnya!

Salam memburu impian!

p/s: Best motivational video ever! (If i fail, I try again and again and again.  It matters how you gonna finished. Are going to finish strong?)

Related Posts with Thumbnails

{ 4 comments… read them below or add one }

Motivasi Kerja March 2, 2010 at 7:26 pm

Salam Bro Fahdi. Video ni juga saya letakkan di blog saya. Tapi mungkin tajuk postingnya berbeza. Persepsi terhadap kerjaya mekanik ni kerana selalunya yang berlaku ramai mekanik berbangsa Melayu tidak komited dengan kerja mereka. Sebab itu mereka tidak pergi jauh. Bukan tiada mekanik Melayu yang hebat. Tetapi jika sikap mereka diasah dengan baik pastinya mereka lebih maju dari bangsa lain.

Reply

fahdi March 2, 2010 at 9:26 pm

Salam Along aka Motivasi kerja.

Video ini memang memberi satu inspirasi kepada semua orang. Dah tersebar banyak di internet video ni.

Kalau ada ceramah-ceramah motivasi bagus di tunjukkan video ni. Moga-moga memberi semangat kepada orang lain juga.

benar tu along. Mekanik melayu bukan tak bagus. Cuma mereka hanya buat secara biasa-biasa sahaja. Tak ada perancangan khusus untuk memajukan perniagaan.

Harap-harap, dengan banyak usaha kerajaan sekarang, dah makin banyak usahawan berdaya saing tinggi sekarang ni :)

Reply

Blogger75 March 3, 2010 at 7:30 am

Salam penuh ceria,

Satu video motivasi yang cukup menyentuh perasaan.Meskipun secara fizikal kurang upaya namun kekuatan mental mampu mengatasinya.Cukup berkesan.Terima kasih kawan.

Reply

fahdi March 3, 2010 at 7:59 am

Salam ceria

Benar, sangat menyentuh perasaan video ini. Walau serba kekurangan, dia tetap usaha dan usaha dan usaha sampai berjaya.

Kita yang sempurna ada alasan? Tidak!

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: