Random header image... Refresh for more!

Air Asia, Cerita Disebalik Kejayaan

Salam and Hello from FG.com! ;)

Sungguh lama FG tidak menulis di blog ini. dalam 5 hari! post terakhir adalah pada 9 july. mesti semua tertanya2, mana post terbaru bukan?

Baiklah2, untuk tidak mengecewakan banyak pihak. (wah, banyak ke ? :D ) kali ini FG akan bercakap mengenai satu brand yg besar dan gah di malaysia. Jom2 kita mulakan!

Pasti ramai yg pernah melihat logo diatas bukan? Satu simbol kebangaan yg membawa kita nun jauh ke atas angkasa. Tapi tahukan kita, cerita disebalik kejayaan air asia sebelum menjadi salah sebuah syarikat penerbangan murah terbaik dunia? sebelum menjadi official airlines untuk menchester united? etc2. ia sebenarnya satu cerita jatuh bangun  seorang usahawan yg dare to fail!

Usahawan tersebut ialah tony fernandes. CEO air asia berhad. Nama ini sudah tidak asing lagi bukan? payah nk kita pisahkan pencetus evolusi penerbangan malaysia dengan muka CEO mereka. (tony seorang yg hebat! Rasa mcm nk jadi mcm beliau one day.Hopefully.boleh2 FG!!  :) )

Air Asia ‘dilahirkan’ kedunia nyata oleh tony sendiri selepas air asia mengalami masalah dalaman yg sgt2 teruk. dengan hutang yg berjumlah puluhan juta, air asia telah ‘berjaya’ dibeli oleh tony daripada syarikat sebelumnya iaitu DRB-Hicom dengan harga hanya 26 USD cents (RM 1) sahaja! wah! betol ke RM 1?? :D

BETOL! RM1 sahaja. tapi RM1 dengan 40 juta ringgit HUTANG! (masalah besar tuh! harga murah, tapi hutang sampai tua tidak dapat setel) Untuk make things worse, tony telah membelanjakan hampir semua aset yg beliau ada, sehingga menggadai rumah sendiri. TIdak cukup dengan itu, masalah dunia pada ketika itu, tragedi 11 september bermula. tidak ramai yg mahu fly!

Satu lagi halangan besar ialah kebenaran oleh perdana menteri pada ketika itu, iaitu tun dr mahathir yg mana beliau sendiri tidak membenarkan penubuhan air asia. ia kerana entiti ini ingin mengunakan model tambang murah yang sememangnya model ini tidak diperakui disebabkan sudah ramai syarikat seperti ini GAGAL!

namun.. setelah apa yg dilalui, kita dapat lihat, air asia pada hari ini yg mana boleh saya katakan BERJAYA! selangkah lagi, air asia menubuhkan airasia X! langkah demi langkah dengan satu slogan yg menarik minat semua.moto ‘everyone can fly’ sememangnya hadir pada masa dan tempat yg sgt tepat. dan yup, mmg boleh terbang! sgt murah! (even murah, FG x penah naik pun air asia. x de kesempatan :D )

yes! banyak lagi cerita disebalik kejayaan air asia. tp, masyarakat kita, menteliti mereka, hanya melihat ‘kejayaan’ seseorang tanpa melihat susah payah mereka semasa mahu berjaya. ingat, sikap dare to fail sgt penting!

akhir kata dari FG.com, never give up dalam semua perkara! lakukan dengan sabar sesuatu perkara, mudah atau payah, kita tentukan nya sendiri!

SORAKKAN EMOSI! :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

1 comment

1 bantingboy { 07.23.08 at 8:26 pm }

hehe.. Tony memang bijak. Dia nampak masa depan.

Leave a Comment