Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Perodua ALZA; Pencapaian atau Sebaliknya?

Posted on November 25, 2009 by fahdi

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

Sudah lama tidak menulis, hampir 10 hari, dan sekarang saya kembali! (Final exam sudah berakhir semalam). Alhamdulillah, seperti semester-semester sudah, ada paper yang boleh di jawab dengan baik, ada yang sederhana. Padanlah, lain yang di ajar dan di buat latihan, lain pula yang keluar. Rakan-rakan saya di universiti pasti faham kenapa :)

Kita tinggalkan exam dahulu, kerana masih banyak perancangan dan impian yang perlu di olah semasa cuti ini. Banyak saya mahu capai. Semua sudah tersedia di dalam dada dan kotak fikiran. Cuma tunggu masa untuk di keluarkan dan menerjah ke titik hati manusia yang lain. InsyaALLAH, saya akan senaraikan apa yang akan berlaku sepanjang disember dan januari tahun depan dalam perjalanan business, dan perjalanan fahdi&associates. Kita gempur satu malaya!

Sudah banyak off topic

********************************************************************************************************

Pada 23 hb November 2009, Perodua telah melancarkan kereta terbaru mereka. ALZA. Tahniah!

perodua ALZA

perodua ALZA

Namun persoalannya, adakah ia sebenarnya mencerminkan kredibiliti perodua selaku pengeluar kereta jenama nasional selepas proton? Ramai yang beranggapan bahawa perodua adalah kereta keluaran nasional, tetapi ramai yang tidak mengetahui, bahawa sebenarnya ia bukanlah 100% air tangan kejuruteraan yang mereka miliki.

Sejak sekian lama,perodua telah bekerjasaya dengan daihatsu untuk membina kereta mereka. Bermula dari kancil (MIRA), kenari,kembara, Myvi (PASSO), Nautica(RUSH) dan ALZA,ia sebenarnya adalah hasil daripada associates yang mantap di antara perodua dan TOYOTA/Daihatsu. Jadi,ALZA yang kita lihat hari ini sebenarnya based daripada Passo Sette, (Maknanya, base dan mold yang digunapakai oleh perodua adalah berasal dari PASSO SETTE) kejuruteraan daripada daihatsu. Namun, ada sedikit kelainan. Mungkin untuk lebih menarik dan kena dengan mood dan gaya orang Malaysia, (atau untuk nampak lain sedikit dari SETTE) perodua telah menukar sedikit muka depan sette kepada lebih muncung. Yang lain, saya boleh simpulkan ia sama. (Dan logo semestinya perodua)

Passo Sette

Passo Sette

Komen dari rakan saya: Alah, sama macam budak U tiru assignment. “Copy” dan ubah nama. :D

Colloboration antara perodua dan daihatsu mungkin boleh meminima kan cost untuk mengeluarkan satu model kereta. Saya percaya, dengan kerjasama ini secara tidak langsung ada “teknologi” yang di pindahkan. Kepakaran yang di miliki oleh daihatsu secara tidak langsung di sedut oleh perodua.

Seperti juga di dalam dunia perniagaan, jika kita tidak dapat berdiri sendiri atau untuk memendekkan “learning curve”, kita memerlukan batu loncatan atau pun kerjasama dengan orang yang lebih berpengalaman atau lebih advance. Jangan sombong untuk melakukan sesuatu.

Jika dahulu perodua teragak-agak untuk mengadakan kerjasama atau associate dengan daihatsu, mungkin proton masih lagi menjadi janama nombor satu malaysia, dan mungkin proton dapat mengekalkan pengusaan 50-60% industri automotif negara. Tetapi dengan kehadiran perodua, mungkin ada sedikit cabaran yang timbul. “Apabila ada cabaran dan tekanan, kita akan bekerja untuk lebih baik. Setuju? :)

Sebelum post ini berakhir, saya ada satu projek yang akan di rangka. Iaitu saya namakan under codename revive14. Tunggu details dari saya ;)


Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • Google
  • Facebook
  • bodytext
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

8 to “Perodua ALZA; Pencapaian atau Sebaliknya?”

  1. Assalamuallaikum Tuan Rumah,

    Petikan ayat di bawah ini menyemarakkan semangat!
    “Banyak saya mahu capai. Semua sudah tersedia di dalam dada dan kotak fikiran. Cuma tunggu masa untuk di keluarkan dan menerjah ke titik hati manusia yang lain. InsyaALLAH, saya akan senaraikan apa yang akan berlaku sepanjang disember dan januari tahun depan dalam perjalanan business, dan perjalanan fahdi&associates. Kita gempur satu malaya!

    Pendapat di bawah ini pula saya sokong 100%!
    Seperti juga di dalam dunia perniagaan, jika kita tidak dapat berdiri sendiri atau untuk memendekkan “learning curve”, kita memerlukan batu loncatan atau pun kerjasama dengan orang yang lebih berpengalaman atau lebih advance. Jangan sombong untuk melakukan sesuatu.

    Manakala “Rahsia” di bawah ini…? (suspens..)
    Sebelum post ini berakhir, saya ada satu projek yang akan di rangka. Iaitu saya namakan under codename revive14. Tunggu details dari saya.

    Dengan ilmu, strategi, dan ibadat yang benar, semua impian di dunia ini mungkin belaka!

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum

    p/s “Bagaimana mencipta keberanian diri akan terbit tepat pada 1hb Jan 2010, InsyaAllah.” sila rujuk page “produk baru” sekarang..

  2. fahdi says:

    Assalamualaikum tuan
    Terima kasih atas komen tuan
    InsyaALLAH, saya akan gunakan masa cuti dengan sebaiknya

    Masih berbaki dalam sebulan 20 lebih kurang
    mungkin banyak perubahan yang boleh di lakukan
    InsyaALLAH
    sebelum masuk tahun 2010 juga
    saya akan mula mengorak langkah
    dengan izinNYA
    InsyaALLAH

    p/s: project codename revive14 adalah projek rahsia
    saya akan ceritakan kemudian ;)

  3. Syed Akmal says:

    bro memang sebijik dengan daihatsu. lampu depan je lain siket. hahahaha. eh aku hari tu dah usyar gak tengok alza, memang lawa beb. yang full spect yang sport memang lawa. RM71,000.

    Hmmm, tapi kalau tambah RM10,000 boleh beli Honda City kan. Enjin Honda plak tu, resale dapat harga tinggi.

    So, exam camne bro? Bila projek besar akan di launch. Hehe. Btw Selamat Hari Raya Aidil Adha.

  4. fahdi says:

    salam akmal
    betul, mmg sebijik dengan daihatsu.
    Sbb dia ambil model daihatsu, kemudian ubah sana sikit
    sini sikit je.

    Actually, kalau nak bercakap mengenai engine
    perodua memang menggunakan engine dari toyota
    so, tak ada masalah.

    Project besar insyaALLAH akan berjalan
    satu awal bulan disember ini dan satu lagi
    pertengahan disember.
    Sekarang sedang merangka perjalanan kerja
    dan buat apa yang boleh. InsyaALLAH

    Exam so far alhamdulillah ;)
    Dan untuk akmal, selamat hari raya aldiladha juga
    saya akan pulang ke kampung esok
    doakan perjalanan selamat.

  5. Salam Fahdi. PAda saya Alza nampak cantik walaupun ada ciplak Daihatsu. Inovatif namanya tu. So bagaimana saya nak dapat tindakan seterusnya? Pasal GDI tu..

  6. fahdi says:

    Salam along
    ya, mmg alza nampak cantik
    tapi sebenarnya bukan ciplak
    tp ia menggunakan base passo sette
    dan pastinya ia sudah mendapat kebenaran dari daihatsu :)

    p/s: saya sudah send email kepada along berhubung
    GDI. Maaf kerana terlambat. Intenet di kampung
    mengalami masalah. Kesulitan harap dimaafkan. Looking forward
    to work with you :)

  7. org biasa says:

    assalamualaikum…maaf andai mcelah disini
    sbrnya perodua bukn lagi kereta nasional malaysia
    skrg nie proton adalah kereta nasional malaysia yg tunggal
    nie kerana saham perodua sudah pn diambil alih oleh daihatsu jepun, dan daihatsu ni sudah pn dbeli oleh toyota. company yg telah dibeli oleh toyota adlh lexus, hino, n daihatsu. kalau salah kenyataan sy nie sy minta maaf tp sumber yg sy perolehi adlh owg yg rapat dlm bidang automotif malaysia nie malah sy pn dlm bidang automotif malaysia.
    sbb tue slepas pgambilan perodua, nama model bukn lagi berciri malaysia bermula dgn model MYvi.
    klu kte b’bangga dgn perodua kerna ianya kereta nasional malaysia, anda silap. perodua tidak lagi mnikmati kmudahan yg diberikan sbgai kereta nasional malaysia seperti dlu.
    cuma kelebihan pd perodua adlh RnD dibantu oleh toyota & daihatsu juga para staff perodua mnikmati benefit spt bkerja dlm company milik jepun (da jd company jepun pn sbnrnya).
    pape pn duit anda, hak anda untuk mmilihnya..

    Still Proud wit Proton..

  8. AlzaClub.my says:

    Join Perodua Alza Club now @ http://www.alzaclub.my.
    An Online Community/Forum/Club for Owners and Fans of Perodua Alza.



Leave a Reply


Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top