Azam 2010

by fahdi on December 4, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

2010

Azam 2010? Mungkin ia terlalu awal bagi kebanyakan pembaca untuk saya bercakap mengenainya. Kebiasaannya, saya hanya akan menulis mengenai azam tahun baru seminggu atau sehari sebelum 31hb December. Tetapi saya terpanggil dan teruja untuk mengutarakan azam tahun baru ini lebih awal melihatkan rakan seperjuangan saya Motivasi-Kerja sudah mula memasang impian dan cita-cita untuk tahun hadapan. Azam beliau bagus nampaknya ;)

Sebelum menulis, teringat kata-kata yang saya tujukan kepada adik saya yang sedang belajar di Yamanashi Jepun;

“Kita tak ada hak untuk tentukan REZEKI kita,kerana ia hak ALLAH.Tetapi kita ada hak untuk tentukan USAHA kita untuk mencapai rezeki yang diimpi”

Mengenang kembali kata- kata itu, saya mula berfikir mengenai azam yang akan saya garapkan sepanjang tahun 2010, dengan usaha dan juga rezeki dari yang Maha Memberi. Ya, sudah ada di benak fikiran, tetapi perlu menyusun agar tidak ada yang bertindih dan berulang. Perancangan perlu solid dan cantik!

Maka, wujudlah azam tahun baru 2010

  1. Membina module latihan fahdi & associates yang lengkap dan mantap!
  2. Menubuhkan fahdi&associates setaraf dengan business antarabangsa yang lain
  3. Menubuhkan fahdi training and consultancy
  4. Menulis sebuah buku motivasi dan kejayaan memburu impian
  5. Menjadi seorang hamba ALLAH yang bukan sahaja berjaya untuk dunia, tetapi akhirat
  6. Membina sebuah rumah yang selesa untuk keluarga di Kelantan

InsyaALLAH, itu hanya impian sekarang, dah saya tahu, akan banyak lagi impian yang akan bercambah dari titik yang 6 ini. Doakan kejayaan dan kecemerlangan pemburu impian dengan semangat dragon ini!

Tekad, semangat, kehadapan

Related Posts with Thumbnails

{ 8 comments… read them below or add one }

nurul farhana December 4, 2009 at 9:47 pm

Azam 2010..juga 1431h ya.. Mudah-mudahan tercapai. Amin. :)

Reply

fahdi December 4, 2009 at 11:18 pm

insyaALLAH.. moga tercapai juga hendaknya

Farhana juga,
perlu usaha untuk capai apa kita mahu
InsyaALLAH :)

Reply

Pemburu Impian December 5, 2009 at 10:41 am

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Kata-kata di bawah ini membekas..

Sebelum menulis, teringat kata-kata yang saya tujukan kepada adik saya yang sedang belajar di Yamanashi Jepun;

“Kita tak ada hak untuk tentukan REZEKI kita,kerana ia hak ALLAH.Tetapi kita ada hak untuk tentukan USAHA kita untuk mencapai rezeki yang diimpi

Sudah tentu mulai hari ini tuan sedang dipantau oleh pembaca blog ini. Bagaimana agakmya kisah “Dragon” berjuang menjadikan imaginasi jadi realiti…

Tentu kisah “The Making Of Fahdi Empire ” itu bakal jadi sumber inspirasi kepada adik tuan khususnya dan Fahdi & Associates umumnya

Salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum

Reply

fahdi December 5, 2009 at 10:47 am

waalaikumussalam tuan

berbekas itu tidak bermakna tanpa
aplikasi dan semangat tuan!
kita berkata-kata dalam masa sama
kita juga perlu berusaha.
Jangan jadi seorang yang tahu bercakap
tak tahu nk apply apa yang di cakap

Bukan inspirasi kepada semua sahaja
tetapi untuk kita jadi pembantu
dan pembimbing mereka
apabila tiba masa kelak
insyaALLAH :)

Reply

Syed Akmal December 6, 2009 at 3:31 am

insyaAllah tercapai impian bro tu. 2010 saya harap dapat jadi lebih maju, never stop learning & be one of the succesfull IM in Malaysia. :)

Reply

mie December 14, 2009 at 11:11 pm

2010??? hmmm ,aku nak cari rezeki yang diredhai banyak2 pastu pertingkatkan amal ibadat.itu yg penting utk aku la.

Reply

fahdi December 15, 2009 at 10:56 am

Betul tu mie. Kite perlu sekurang-kurangnya ada achievement untuk setiap tahun. Jangan sia-siakan usia yang ada untuk perkara sia-sia :D

Reply

XploR January 3, 2010 at 11:42 pm

Salam kenalan & salam ziarah.

Jumpa blog ni bila google ‘azam 2010′. Power gak seo blog ni yer. ;)

Semoga azam tuan hamba tercapai hendaknya.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: