Azam Tahun Baru 2009

by fahdi on January 1, 2009

Salam kepada semua! 

Saya yakin, hari ni semua dalam keadaan yang sangat-sangat bersemangat betul tak? mana tidaknya. Semua dalam mood tahun baru. 1 januari 2009!

Alhamdulillah, syukur di panjatkan kepada ilahi kerana dengan rahmat dan umur yang panjang kita mampu untuk berjumpa dan bersua muka dengan tahun 2009. selamat datang ‘kamu’ ke dalam dunia wahai ’09. Semoga ia memberi rahmat dan kejayaan kepada kita semua.  :D

Bagi yang muslim, saya pasti, semua bangga dapat menyambut kedatangan kembar tahun baru. Double new year! Selamat awal tahun 1430 diucapkan.Tahun baru, umur baru, azam baru, semangat baru (bini baru? owh tidak! :D )  Saya rasa, tahun ni pasti akan membawa banyak kesan positif kepada kita semua. Dengan syarat, kita mahu berubah.

Sinonim dengan dunia baru, tahun baru. Apa yang kita selalu buat. Ya, azam baru sebagai penanda aras apa yang bakal di lakukan selama setahun, 365 hari akan datang. 

Disini saya ingin berkongsi beberapa tips agar setting azam baru anda tercapai. 

Tips 1;  Review balik azam tahun-tahun sudah. adakah ia sudah tercapai atau tidak? jika tidak, mulakan semula dengan STRATEGI baru! Ingat, apabila anda bersemangat, apa-apa pun mampu untuk di lakukan! Dan sebagusnya, jika sudah tercapai, set azam yang lebih tinggi, naik setapak yang lebih tinggi. 

 

Tips 2; Jangan jadikan persekitaran kita sebagai halangan kepada apa  yang dicitakan. Ini paling PENTING. kebanyakan orang akan segera lemah apabila sampai di bahagian ini. Sebagai contoh, manusia-manusia yang mengangap usaha anda sebagai sia-sia walhal mereka mengagumi anda atas apa yang anda sedang lakukan. percayalah! Mereka mengata, mencemuh bukan apa, saja mahu melihat anda berada di takuk yang lama. lebih teruk lagi, berada di ‘samping’ mereka sebagai pemalas dan ‘looser’. (wah, looser terus dibaginya! :D )

 

Tips 3; Selalu lakukan review progress yang telah di lakukan dan jika masih belum bergerak lagi dari ‘tapak lama’, usahakan juga. cara paling berkesan, cari model-model (bukan model ehem2 ya.hehe ) yang dapat meningkatkan motivasi anda. Seperti contoh, cerita tentang kejayaan tokoh-tokoh masakini ataupun terdahulu. For sure, ia akan jadi booster untuk anda. percayalah. saya sendiri pernah mengalaminya.

Sekejap tadi, saya baru sahaja berbual dengan seorang kawan mengenai hajat dan harapan tahun barunya. Hajatnya ialah, mahu membawa seramai mungkin orang pergi HAJI! wah, sangat-sangat bagus! i’ll support you. Saya pun mempunyai hajat yang sama. Kita sama-sama usahakan kearah itu ya :)

Apa pun hajat anda, dahulukan dengan berdoa kepadaNYA. InsyaALLAH, segala hajat akan tercapai dan percayalah. Doa adalah yang terbaik dari segalanya. 

yang benar,

fahdi ghazali,

yang mempunyai azam baru! 

p/s: salah satu azam tahun 2008 yang saya dapat laksanakan adalah memiliki blog.com sendiri. anda bila lagi? tepuk dada tanya hati. semoga berjaya! 

 

Related Posts with Thumbnails

{ 2 comments… read them below or add one }

AmirulM January 2, 2009 at 1:59 am

“Saya yakin, hari ni semua dalam keadaan yang sangat-sangat bersemangat betul tak? mana tidaknya. Semua dalam mood tahun baru. 1 januari 2009!”

ekkkk…anda salah!!
haha.. sbb sy x berada dlm keadaan yg sgt2 bermgt pon..
haha..

Reply

fahdi January 2, 2009 at 8:45 am

amirul..amirul

bukan kah anda sendiri yang mampu buat diri anda tersenyum? bukan ke anda sendiri yang memlilih jalan untuk di lalui dalam hidup?

so choose to be hepi! very2 happy. jangan salahkan 1 january dan awal muharam jika anda tidak happy. tapi salahkan diri sendiri yang tidak mampu untuk buat kita happy! :D

confius? fikirkan. haha.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: