Salam dan hello semua!
Hampir 8 hari FG tidak update blog ni! kemana menghilang?
Pertama kali FG memohon beribu kemaafan atas kelambatan FG ‘mengupdate’ post. Ini kerana kerja2 universiti dan projek2 sampingan yang sangat banyak sehingga kadang-kadang memakan masa yang amat lama. dan ditambah dengan masalah kesihatan (batuk yang teruk 2,3 hari ni)
Apa pun, disebalik kesibukan dan kesihatan yang tidak mengizinkan, FG sempat menghadirkan diri untuk mengikuti konsert Nabil raja lawak semalam secara live di tapak Convo Fair Universiti Teknologi Petronas terchenta
Persembahan mantap dari nabil dangan isu-isu yang dibawakan sangat relevan sampai kadang-kadang singgah di batang hidung sendiri
Satu cerita yang FG rasa sungguh dalam yang disampaikan oleh nabil. Dalam lawak-lawak yang disampaikan, ada motif dan sungguh bagus! (even dier pandai berbahasa english!).
baiklah, cerita nya berbunyi, suatu hari, 3 sekawan mahu pulang ke rumah selepas balik dari satu tempat. nak dijadikan cerita, rumah yang mereka tinggal berada di tingkat 66 dan pada masa yang sama, lift yang slalu digunakan rosak. maka naiklah mereka dengan tangga………..naik punya naik punya naik, nk dipendekkan cerita, sampai sahaja di depan rumah, si nabil ni cakap, “eh, korang nk tau perkara sedih x? aku tertinggal kunci rumah kat tingkat bawah!!!!!!” aduhai~ itulah yang terjadi selepas mereka ‘mendaki’ anak tangga untuk ke rumah mereka di tingkat 66.
![]()
Moral of the story is, kita ibaratkan tingkat 66 adalah tingkat/tahap yang mana kita telah berjaya dengan hebat. namun, kita telah tercicir sesuatu yang sangat-sangat penting yang kita tidak ‘perasan’ semasa ingin mula ‘mendaki’ untuk mengecapi kejayaan.
Kerana itulah, sesetengah manusia atau dalam konteks kita ibaratkan sebagai usahawan internet, jika tidak bersedia SECUKUPNYA, mungkin, apabila kita berada di kemuncak kejayaan, kita harus berpatah balik kepada kosong kerana ada ‘sesuatu’ yang tidak lengkap yang telah kita cicirkan di awal permulaan dahulu.
Nasihat FG, lakukan sesuatu dengan berhati-hati, tidak gopoh, dan pastikan semua di dalam keadaan baik. jangan rosakkan satu kejayaan kerana satu masalah kecil yang tidak diselesaikan di permulaan langkah sebagai seorang usahawan internet!
Biar lambat, asal selamat! ![]()



