Random header image... Refresh for more!

Diari Memburu Impian 1: Life is Too Short to be Ordinary

Semalaman saya berfikir bagaimana saya boleh mencipta sejuta dalam masa setahun. “Agaknya tidak mungkin berjaya”. Bentak hati.

Tatkala berfikir, teringat kembali kepada kata-kata dua orang pemburu impian yang saya temui dua hari yang lepas.  Kedua-dua mereka memiliki potensi yang cukup besar. Karekter motivator dan juga sahabat yang mengagumkan. Mereka mengingatkan saya mengenai satu frasa;

Life is too short to be ordinary. Hidup terlalu singkat untuk menjadi biasa. Terlalu lemah jika seseorang hanya menggunakan hidup untuk tujuan yang “biasa-biasa sahaja”. Cuba bina di dalam hati, “Aku harus menjadi luar biasa!Aku harus mencipta sejuta! “

Mencipta sejuta perlukan satu pengorbanan yang kuat dan semangat yang tidak luntur.

Mendengar perkhabaran pencapaian dua orang rakan pemburu impian saya telah membentuk satu aura “cemburu” yang teramat sangat. Seorang sudah mengorak langkah mendaftar nama syarikatnya semalam dan seorang lagi sudah memiliki sebuah buku bestseller dan berkemungkinan besar merancangan untuk membeli sebuah toyota Camry buat dirinya!

Perancangan awal mereka yang berusia berbulan-bulan malah bertahun sudah mula menampakkan hasil.

Masing-masing bersaing untuk “menang” tiket dalam misi memburu impian. Ada yang pernah naik nun jauh ke atas, jatuh merudum ke bawah dan sekarang sedang membina semula impian. Ada juga yang bertatih perlahan mencari makna hidup dan sekarang sudah perlahan-lahan memperolehnya.

Walau apa pun terjadi, strategi akan disemak semula dan pelaksanaannya bakal menggegar dunia!

p/s: Stategi seminar pertama sedang giat di jalankan

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

4 comments

1 mhnizam { 03.02.10 at 4:44 pm }

sesuatu yang tidak mustahil teruskan impian murni anda itu..Insyallah akan berjaya

2 fahdi { 03.02.10 at 9:27 pm }

InsyaALLAH, terima kasih mhnizam. Kita sama-sama membangun impian :)

3 Blogger75 { 03.03.10 at 7:22 am }

Apa yang kita fikir akan menjadi kenyataan kerana kejayaan biasa bermula dari fikiran.Teruskan memburu impian.

4 fahdi { 03.03.10 at 7:29 am }

betul tu hanafi. Apa yang kita fikir akan menjadi kenyataan.

Kejayaan hadir dua kali;
Pertama didalam fikiran, kedua setelah kita berjaya. Sama-sama memburu impian! :)

Leave a Comment