Facebook menjadikannya billionaire!
Salam hormat pembace budiman!
Sekali lagi kita bersama-sama dapat menyambut Hari Raya Aidiladha. Jadi FG ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua para pembaca yang beragama islam. Bukan ‘hari’ itu yang penting, tetapi, makna di sebalik perjuangan ‘hari’ raya ini adalah yang perlu kita ambil iktibar.
Jadi, jom, untuk lebih memotivasi kita di hari raya ini, kita ikuti satu ‘fenomena’ baru dunia internet masakini. “Facebook”. Siapa tidak pernah dengar, pendek umur!
(haha)

Dalam 2,3 hari ni, saya banyak menghabiskan masa untuk menilai dan meneroka keistimewaan facebook di mata ramai orang terutama remaja sehingga sanggup menghabiskan masa berjam-jam di hadapan computer. Pandangan awal saya, “alah, sama macam friendster dan myspace kot”.
Saya cuba melihat lagi dari segi lain, iaitu dari segi bisness, adakah boleh di manafaat atau tidak facebook ini? Selain dari hanya mengumpul kawan, saya dapati, banyak aplikasi mantap yang dapat di gunakan jika ‘kena dengan caranya’.
Namun, apa yang menarik minat saya, adalah kisah di sebalik kejayaan facebook ini. Ia bukan dicipta oleh syarikat gergasi internet seperti google, yahoo dsb, tetapi hanya berasal dari seorang pelajar universiti yang menciptanya semata-mata untuk membina jaringan antara rakan-rakan.
Facebook pada awalnya dibina oleh seorang pelajar university terkenal dunia, havard university. Mark Zuckerberg.Dilahirkan pada May 14, 1984,beliau merupakan seorang computer programmer telah mencipta dan melahirkan facebook bersama teman-teman jurusan sains computer. Turut bersama adalah rakan sebilik beliau Dustin Moskovitz and Chris Hughes. Selaku CEO facebook, pada tahun 2008, majalah Forbes (Forbes Magazine) telah mengishtiharkan beliau sebagai youngest billionaire on earth and possibly the youngest self-made billionaire ever” ( billionaire termuda di dunia) dan jumlah pendapatan bersih adalah sebanyak $1.5 billion USD
Rakan-rakan, banyak lagi kisah kejayaan di sebalik facebook dengan nilai berbilion dolar amerika. tidak hairan jika saya katakan, pada awalnya, domain facebook adalah thefacebook.com. Tetapi, dengan jumlah pendapatan yang banyak, domain baru telah dibeli dengan harga $200,000 dan seperti yang dapat dilihat sekarang, ‘the’ di awalan domain sudah tidak kelihatan.
Tidak keterlaluan jika FG cakap, kadang-kadang, rezeki kita tidak tahu datang dari mana. Bermula dengan suka-suka, facebook akhirnya menjadi kegilaan ramai dan menjadikan si pemiliknya billionaire sekelip mata.
yang benar,
FahdiGhazali
yang gila facebook (sekarang!)
p/s: pakcik saudara saya ada bercerita bagaimana seorang budak kelantan yang buta computer, belajar sedikit trick animation dari kawannya yang belajar di univesiti limkokwing dan akhirnya berjaya menjadi jutawan. bagaimana? tunggu…

4 comments
Mark Zuckerberg facwbook ciplak idea orang
ye ke ciplak?emm tp rasenye omputih ni mmg sng ciplak2 ni dan dh jd biasa…
tu x sure la dia ciplak ke x, kadang-kadang ada orang yang iri hati, so, tuduh bukan2. ye lah, dah facebook tu terbukti leh wat duit. sape x nk ngaku kan? sehingga yang atlet olahraga olympic, lepas menang emas acara lari, sumer ngaku anak dia. sebabnya? nk bolot harta.
p/s: sekadar teguran. jangan menuduh jika tanpa usul periksa. peace!
pakcik tu dah same erti ngan bapak sedara…xpayah la nak tulis pakcik sedara…heheh…
btw…juz playing around…saje bosan2 terclick plak fahdighazali.com nih…hoho…gud luck my old fren…
Leave a Comment