Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca
Hari ni sudah masuk 21 hari kita berpuasa di bulan ramadhan. Saya harap sudah banyak perubahan ke arah yang lebih baik yang telah kita lakukan pada diri selaras dengan matlamat bulan yang mulia ini. Tidak mengapa, walaupun sedikit, asal kita sendiri mahu berubah dan biarlah perubahan itu kekal dan berpanjangan
Hari ini, saya telah menerima satu email daripada seorang sahabat baru saya. Fathuri . Beliau ada mengatakan mengenai satu bahagian di blog beliau tentang idea dan impian.Wah, teruja benar saya apabila ada seseorang yang memiliki impian sama dengan saya. Kelainannya hanya satu, impian beliau untuk berkahwin sudah tercapai, manakala saya tidak
Saya percaya, rata rata dari kita, kita mempunyai impian di dalam hidup. Mahu rumah yang besar, isteri besar, kehidupan yang mewah, memiliki segala yang dihajati, dll. Tetapi apa yang kita tidak miliki adalah kekuatan untuk mencapai impian yang kita garap sejak sekian lama. Kenapa? Apa yang kurang?
Kita mahu rumah yang besar dan kewangan yang stabil. Persoalannya, apa usaha kita untuk mendapatkannya? Ia tidak hadir dengan hanya duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa (kecuali anda menang power RM1 juta). Dan pernahkan kita semua berfikir, setiap yang berjaya hari ini. Adakah mereka yang baru bermula terus datang dengan pakej syarikat gergasi? atau memiliki rumah yang besar? atau kereta mewah? Tidak!

Saya ada impian! Kita semua boleh berimpian dan berjaya!
Kita ambil contoh president Amerika Barack Obama. Siapa beliau pada masa dahulu? Apa yang beliau lakukan. Jika anda seorang pengkaji, Barack Obama adalah bekas penagih dadah semasa ramajanya. Lagi, siapa Abraham Lincon semasa usia muda beliau? Hanya dengan kepercayaan “aku akan jadi president amerika”, beliau akhirnya berjaya.
Siapa Dr mahathir sebelum menjadi Perdana Menteri? Beliau pernah di buang parti dan di pulaukan. Tetapi semangat SUPER itu tidak tertinggal di situ. Langkah di teruskan meskipun ia sukar. Akhirnya, beliau yang menukar persekitaran Malaysia menjadi sebuah negara seperti sekarang.
Terlalu banyak untuk saya senaraikan. Apa yang penting bukan kisah mereka, tetapi kisah yang bakal kita lukis dan tulis sebagai lipatan sejarah hidup sebagai seorang yang berjaya.
Impian itu?seringkali ?bermula dari secebis idea. Dengan kekuatan kemahuan, idea mampu menjelma menjadi nyata. Anda mempunyai?idea? Tukarkan?idea itu menjadi impian untuk diburu! Boleh jadi kisah? anda pula akan?tersenarai di sini satu hari nanti. Ayuh teruskan memburu impian..!!! "You can get everything in life you want, if you will just help enoughother people to get what they want" zig-ziglar *Nota di ambil dari fathuri.com
p/s: Apakah impian anda? Tuliskan di bawah agar kita boleh berkongsi.

{ 7 comments… read them below or add one }
Impian saya
1) Memiliki business/perniagaan sendiri yang succes! Setanding dengan syarikat-syarikat antarabangsa.
2)Perniagaan yang saya jalankan boleh menolong seseorang mengubah hidup mereka menjadi lebih baik. (seperti model perniagaan yang di jalankan ESQ -mendapat keuntungan, pada masa sama membawa kepada perubahan diri seseorang)
3)Menulis buku berkaitan self motivation yang dapat memberi kesan mendalam kepada semua pembaca dan dapat memberi panduan kepada mereka bagaimana mereka boleh menjadi terbaik di dunia. Seperti buku karangan Robert Kiyosaki: Rich Dad Poor Dad,Why We Want You To Be Rich.
4)Ingin membawa diri dan perniagaan ke peringkat global. Biar diri ini low profile, tetapi nama business di kenali ramai.
5)Memiliki keluarga yang bahagia. Isteri solehah penyejuk mata, penenang hati, anak-anak yang ceria dan berjaya.
6)Menjadi hamba yang taat pada agama, dan mati dalam syahadah. InsyaALLAH. Ini paling penting dari segala-galanya
Salam perkenalan,
Ya, bagus impian fahdi. Kini kita telah pun menjadi satu group. Mari kita mengejar bersama impian ini
Salam perkenalan nabieel!
InsyaALLAH, kita sudah satu group sekarang. Mari kita kejar cita2 untuk maju bersama2. Tiada siapa yang boleh mengubah hidup kita kecuali diri kita sendiri.
p/s: Jom nabieel, kita share cara untuk wat promotion besar-besaran dan berbincang dengan group kita semua.
Assalamualaikum Fahdi..Satu post yang membangkitkan inspirasi saya.
Bila membaca ayat ini, semangat saya berkobar…
“Kita ambil contoh president Amerika Barack Obama. Siapa beliau pada masa dahulu? Apa yang beliau lakukan. Jika anda seorang pengkaji, Barack Obama adalah bekas penagih dadah semasa ramajanya. Lagi, siapa Abraham Lincon semasa usia muda beliau? Hanya dengan kepercayaan “aku akan jadi president amerika”, beliau akhirnya berjaya
Satu post yang berbau ala2 motivator sedang beraksi di atas pentas!
Ayuh! fahdi…kejar impian itu. Percayalah bahang impian fahdi sedang meransang jiwa-jiwa yang kental dan minda-minda yang positif…untuk bergabung dengan kita.
InsyaAllah tidak lama lagi “mereka” akan menghubungi fahdi…siapkan diri untuk memimpin kumpulan itu..
Salam ceria & salam inspirasi
Selamat menghidupkan Ramadhan wahai sahabatku
Assalamualaikum
Gua nak ajak lu dtg lepak kt blog gua.Rilek rilek.
Walaikumussalam dan salam ramadhan Fathuri.
Terima kasih. Saya hanya mahu menyampaikan msg apa yang ada di dalam hati dan apa yang bakal di rasakan oleh semua orang yang mahu berubah. Berubah ke arah yang lebih baik.
InsyaALLAH, dengan impian dan idea pada awalnya, kita kembangkan ia menjadi satu kenyataan. Biar fantasi, berubah menjadi realiti. Ia tidak mustahil sama sekali!
Dan fathuri, benar, tidak lama lagi akan lebih ramai jiwa-jiwa kental dan positif akan bergabung dengan kita. Mungkin esok, lusa. Tak siapa yang tahu. Cume mereka sedang ‘menunggu’ untuk di “temuduga” oleh perasaan ingin berjaya.
Salam ceria dan salam inspirasi!
Fdaus,
Boleh2. Nanti saya akan selalu singgah dan bertandang ke blog anda.
(menarik jugak untuk di baca. haha)