Assalamualaikum
Tidak semua percaya bahawa diri mereka sesungguhnya telah diberikan tuhan dengan satu nikmat iaitu masa. Kenapa satu nikmat? Sesungguhnya masa itu adil dan setiap orang hanya di berikan selama 24 jam sehari. Tiada berlebih tiada berkurang.Maka tiada wujud perselisihan.

Persoalannya, ramai yang tidak memahami mengapa dan kenapa tuhan bersaksi dengan masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Apakah sebabnya? Bukankah masa itu cukup, dan setiap orang mempunyai kadar masa yang sama? Jika benar, mengapa ada yang selalu bersuara “kalaulah aku ada masa”.
Ya ‘Adl (Yang Maha Adil), tuhan menjadikan masa untuk setiap manusia itu sama.
- Anda perdana menteri yang mentadbir kerajaan sementara?
- Anda seorang raja yang menaungi sebuah negara?
- Anda professor kebanggaan universiti pertama dunia?
- Anda pekerja syarikat hebat bertaraf antarabangsa?
- Anda pelajar sebuah universiti terkemuka?
- Atau anda hanya seorang manusia kerdil di lorong tidak bersuara?
Semuanya lahir dengan kadar masa yang sama. Jadi di mana kurangnya kita jika hendak melakukan sesuatu?
Yang lahir di dalam hati adalah ungkapan orang yang tiada keyakinan diri, “Aku tiada masa”.
Pernah satu ketika saya berbicara dengan seorang sahabat saya, saya bertanya.
“Saudara, saya kadang-kala tidak ada masa untuk melakukan semua ini (business) . Saya seorang pelajar yang perlu belajar! Projek tahun akhir juga banyak!”
“Fahdi, ALLAH mengilhamkan 24 jam sehari. Dan ALLAH memberi kebebasan kepada kita bagaimana untuk kita mencorakkannya. Di guna di jalan kebaikan atau jalan yang salah. Mudah sahaja untuk mencukupkan masa. Jika orang sedang lena di malam hari, bangkitlah dan redakanlah nafsu tidurmu agar kamu tidak lari dari matlamat asal hidupmu. Sembah lah tuhan di kala itu dan lakukanlah pekerjaanmu seawal mungkin. Jika sehari engkau jaga selama 18 jam (6pagi-12 tengah malam), cuba celikkan mata seawal 4 pagi. Dengan ini engkau akan mendapat kelebihan masa 2 jam dari orang lain. Tidak usah risau akan nafsu tidur selepas itu. Nabi juga anjurkan kita untuk tidur sekejap sebelum zuhur. Ambil masa 30 minit untuk tidur yang berkualiti. InsyaALLAH…”
Itu nasihat seorang rakan yang baru sahaja saya kenali. Mungkin kadang kala kita terlalu sombong dengan masa yang dicipta tuhan. Ingatlah..DIA bersaksi dengan masa. Kerana itulah manusia perlu peka.
Jika kamu rasakan yang kamu tidak ada masa, cabar diri kamu sendiri!

{ 4 comments… read them below or add one }
Buat Duit dengan Sistem membina downline GDI
Pendapatan RM 500 hingga RM 10000 sebulan
Sign Up PERCUMA dapat BONUS USD $125(1 USD = 3.4 MYR = RM 425) dalam masa 24jam dalam account Pay Pal anda…
Untuk lihat Bukti Payment Layari :
http://bit.ly/2O25Zy
Blog : gdi1malaysia.blogspot.com
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Dikala kebanyakan orang bangun pada pukul 6 pagi. Saya mensasarkan impian untuk memulakan hari pada jam 2 pagi. Setelah dikira, perbezaan empat jam sehari itu telah memberikan saya extra 2 bulan setahun!
Dalam ertikata bila impian ini tercapai saya akan mempunyai 14 bulan setahun berbanding hanya 12 bulan pada kebanyakan orang.
Kita biasa mendengar “Jom! cari ekstra income..”
Apakata jika saya pula mengajak,
“Jom! cari ekstra masa!”
Salam ceria & inspirasi
Assalamualaikum
Teringat pepatah arab yang menyebut: Waktu itu umpama mata pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Begitulah masa kalau kita tak manfaatkan sebaik mungkin kita akn terasa mengah kerana dikejar oleh masa.
Pemburu Impian,
Waalaikumussalam. Wah tuan. Satu fakta yang cukup menarik!
Setahun kita dapat extra 2 bulan! Saya tidak pernah terfikir untuk berfikri sedemikian. Apa yang saya hanya fikir jumlah yang saya dapat sehari. Tetapi tuan sehingga tahun. Cukup bermakna tuan! angka ini sungguh mengujakan!
“Jom! cari ekstra masa!”
Motivasi kerja aka along,
benar apa yang along katakan. Jika kita tidak memotong masa, masa akan memotong kita. Sangat terbatas. dan sering kali kita kalah dengan masa. Kita terlalu leka dengan apa yang kita ada.