Random header image... Refresh for more!

Kuasa Impian Sylvester Stallon

Tajuk: Designer Masa Depan
Saya sangat pasti anda kenal dengan gamba yang ada di sebelah. Jika tidak kenal sekalipun anda tahu bahawa
dia adalah salah seorang pelakon hollowood yang cukup terkenal. Filem lakonannya seperti Rambo, First
Blood, Rocky dan lain-lain telah membawa nama pelakon ini ke pentas dunia glamour. Dia menjadi buah mulut
ramai orang yang memuji lakonannya yang cukup mantap dan “real” dan disebabkan itulah, dia merupakan antara
aktor hollywood yang mendapat bayaran tertinggi dalam sejarah iaitu 20juta USD untuk sebuah filem!
Sangat mengujakan! Dia seolah-olah sudah mencapai satu titik nasib yang cukup sempurna dari kaca mata orang
yang memandang. Dengan bayaran yang begitu tinggi, kemewahan adalah sesuatu yang pasti.
Namun,adakah dia pelakon yang memiliki bakat semula jadi? Tidak! Adakah kehidupannya sebelum bergelar
pelakon adalah kehidupan yang hebat dan penuh dengan kemewahan? Tidak!
Tidak ramai yang mengetahui kisah silam pelakon mahsyur yang di beri nama Sylvester Stallone ini.
Lahirnya cacat
Sylvester Stallone dilahirkan dalam keluarga yang cukup daif. Sewaktu kelahirannya, ibunya telah
melahirkannya di tangga sekolah dan di sebabkan itu, Stallone mengalami kecacatan di bahagian muka dan
menyebabkan beliau cacat serta tidak dapat bertutur dengan baik.
Dengan menidakkan kecacatan diri sebagai penghalang, Stallone akhirnya mengambil keputusan yang sangat
janggal dan langsung tidak masuk akal! Apakah matlamatnya? Stallone mahu menjadi seorang pelakon hollywood!
langkah pertama yang di ambil adalah dengan mendaftar di sebuah sekolah lakonan dan selepas itu, Stallone
mengikuti salah satu sesi ujibakat. Percubaan pertamanya tidak berjaya! Masakan tidak. Dengan cara
pertuturan yang tidak jelas dan rupa paras yang tidak menawan, tiada siapa yang mahu mengambilnya sebagai
pelakon.
Berpegang kepada matlamat, dia WAJIB menjadi pelakon, Stallone telah melakukan satu tindakan yang gila! Di
dalam bilik uji bakat, dia tidak mahu berganjak selagi dia tidak di ambil sebagai pelakon!
Akhirnya, setelah di pertimbang dan melihat kepada kesungguhan Stallone, dia akhirnya di ambil sebagai
pelakon tambahan. Walaupun scene yang di lakonkan tidak lah lama, ia cukup untuk memberi satu peluang baru
dalam hidupnya.
Malangnya, selepas itu, dia gagal mendapat peluang untuk mana-mana syarikat produksi filem.
Dengan kehidupan yang daif, Stallone terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dollar.
Tidak lama selepas itu, Stallone berpeluang untuk menonton satu perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dan
Chuck. Ramai yang mengatakan bahawa Chuck tidak mampu bertahan walau 2 pusingan. Menakjubkan! Chuck
berusaha sehingga 15 pusingan!
Stallone akhirnya mendapat satu idea untuk menghasilkan sebuah filem daripada perlawanan yang baru sahaja
di tontonya. Dia pulang ke rumah dan mula menghasilkan skrip pertamanya tanpa henti selama 84jam!
Sesudah siap, Stallone cuba menjual skrip tersebut namun gagal! Tiada seorang pun berminat untuk membeli.
Tanpa ada rasa kecewa, dia berusaha keras lagi untuk mencari sekurang-kurang nya satu syarikat untuk
membeli skrip tulisan nya. Akhirnya dia berjaya dan syarikat filem tersebut menawarkan harga 75 ribu USD
kepada Stallone. Jawapannya? Dia tidak mahu!
Dia hanya bersedia menjual skrip itu dengan syarat dia yang melakonkan watak utama. Stallone memang sudah
di rasuk IMPIANNYA untuk menjadi pelakon!.
Ganjaran di naikkan sehingga 1 juta USD. Namun jawapan Stallone masih lagi tidak!
Akhirnya, syarikat itu mengalah dan bersedia mengambil Stallone sebagai pelakon. Dan dari hasil lakonan
itulah terhasil filem Rocky yang membawa Stallone menjadi salah seorang bintang hollywood terkenal.
Keuntungan daripada filem itu mencecah sehinnga 170 juta usd dan ia menjadi salah satu pemenang bagi
ketegori filem terbaik.
Kenapa semua ini terjadi? Adakah Stallone seorang yang berbakat dalam lakonan? Adakah dia seorang yang
kacak dan mampu bertutur dengan baik? Adakah dia boleh menulis skrip dengan hebat? Kesemuanya tidak!
Ia hanya bermula dari sebuah IMPIAN…
p/s: saya akan ke kuala lumpur pada hujung minggu ini (30-31hb januari 2010). Saya akan mengadakan satu
sesi minum2 sembang-sembang bisnes GDI bersama ahli associate saya. Dan bagi sesiapa yang berminat. Boleh
turut serta. Saya akan umumkan tempat kemudian. InsyaALLAH.
Sylvester Stallone
Sylvester Stallone

Saya sangat pasti anda kenal dengan gambar yang ada di sebelah. Jika tidak kenal sekalipun anda tahu bahawa dia adalah salah seorang pelakon hollowood yang cukup terkenal. Filem lakonannya seperti Rambo, First Blood, Rocky dan lain-lain telah membawa nama pelakon ini ke pentas dunia glamour. Dia menjadi buah mulut ramai orang yang memuji lakonannya yang cukup mantap dan realistik dan disebabkan itulah, dia merupakan antara aktor hollywood yang mendapat bayaran tertinggi dalam sejarah iaitu 20juta USD untuk sebuah filem!

Sangat mengujakan! Dia seolah-olah sudah mencapai satu titik nasib yang cukup sempurna dari kaca mata orang yang memandang. Dengan bayaran yang begitu tinggi, kemewahan adalah sesuatu yang pasti.

Namun,adakah dia pelakon yang memiliki bakat semula jadi? Tidak! Adakah kehidupannya sebelum bergelar pelakon adalah kehidupan yang hebat dan penuh dengan kemewahan? Tidak!

Tidak ramai yang mengetahui kisah silam pelakon mahsyur yang di beri nama Sylvester Stallone ini.

Lahirnya cacat

Sylvester Stallone dilahirkan dalam keluarga yang cukup daif. Sewaktu kelahirannya, ibunya telah melahirkannya di tangga sekolah dan di sebabkan itu, Stallone mengalami kecacatan di bahagian muka dan menyebabkan beliau tidak dapat bertutur dengan baik.

Dengan menidakkan kecacatan diri sebagai penghalang, Stallone akhirnya mengambil keputusan yang sangat janggal dan langsung tidak masuk akal! Apakah matlamatnya? Stallone mahu menjadi seorang pelakon hollywood!

Langkah pertama yang di ambil adalah dengan mendaftar di sebuah sekolah lakonan dan selepas itu, Stallone mengikuti salah satu sesi ujibakat. Percubaan pertamanya tidak berjaya! Masakan tidak. Dengan cara pertuturan yang tidak jelas dan rupa paras yang tidak menawan, tiada siapa yang mahu mengambilnya sebagai pelakon.

Berpegang kepada matlamat, dia WAJIB menjadi pelakon, Stallone telah melakukan satu tindakan yang gila! Di dalam bilik uji bakat, dia tidak mahu berganjak selagi dia tidak di ambil sebagai pelakon! Akhirnya, setelah di pertimbang dan melihat kepada kesungguhan Stallone, dia akhirnya di ambil sebagai pelakon tambahan. Walaupun scene yang di lakonkan tidak lah lama, ia cukup untuk memberi satu peluang baru dalam hidupnya.

Malangnya, selepas itu, dia gagal mendapat peluang untuk mana-mana syarikat produksi filem.Dengan kehidupan yang daif, Stallone terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dollar.

Tidak lama selepas itu, Stallone berpeluang untuk menonton satu perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dan Chuck. Ramai yang mengatakan bahawa Chuck tidak mampu bertahan walau 2 pusingan. Menakjubkan! Chuck berusaha sehingga 15 pusingan! Semangat yang di tunjukkan oleh chuck pada masa itu memberi inspirasi kepada Stallone.

Stallone akhirnya mendapat satu idea untuk menghasilkan sebuah filem daripada perlawanan yang baru sahaja di tontonya. Dia pulang ke rumah dan mula menghasilkan skrip pertamanya tanpa henti selama 84jam! Sesudah siap, Stallone cuba menjual skrip tersebut namun gagal! Tiada seorang pun berminat untuk membeli.

stallone

Stallone

Tanpa ada rasa kecewa, dia berusaha keras lagi untuk mencari sekurang-kurang nya satu syarikat untuk membeli skrip tulisan nya. Akhirnya dia berjaya dan syarikat filem tersebut menawarkan harga 75 ribu USD kepada Stallone. Dia seharusnya gembira. Tetapi masih belum dapat memenuhi hasratnya. Bukan kewangan yang dia inginkan. Yang di inginkan adalah menjadi pelakon!

Dia hanya bersedia menjual skrip itu dengan syarat dia yang melakonkan watak utama. Stallone memang sudah di rasuk IMPIANNYA untuk menjadi pelakon agaknya!.

Ganjaran di naikkan sehingga 1 juta USD. Namun jawapan Stallone masih lagi tidak! Akhirnya, syarikat itu mengalah dan bersedia mengambil Stallone sebagai pelakon. Dan dari hasil lakonan itulah terhasil filem Rocky yang membawa Stallone menjadi salah seorang bintang hollywood terkenal.Keuntungan daripada filem itu mencecah sehinnga 170 juta usd dan ia menjadi salah satu pemenang bagi ketegori filem terbaik.

Kenapa semua ini terjadi? Adakah Stallone seorang yang berbakat dalam lakonan? Adakah dia seorang yang kacak dan mampu bertutur dengan baik? Adakah dia boleh menulis skrip dengan hebat? Kesemuanya tidak!

Ia hanya bermula dari sebuah IMPIAN!

p/s: saya akan ke kuala lumpur pada hujung minggu ini (30-31hb januari 2010). Saya akan mengadakan satu sesi minum2 sembang-sembang bisnes GDI bersama ahli associate saya. Dan bagi sesiapa yang berminat. Boleh turut serta. Saya akan umumkan tempat kemudian. InsyaALLAH.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

19 comments

1 haikal { 01.26.10 at 8:45 am }

Tahniah bro,

Sumber info yang memotivasikan. Boleh membuka minda untuk kita berjaya.

2 Hanafi Abdullah { 01.26.10 at 9:23 am }

Assalamualaikum dan salam penuh hormat,

Anda yang ingin berjaya harus mengambil ikhbar dari cerita Rambo ini. Dulu waktu kecil saya sangat teruja dengan watak Rambo.Tidak pernah kalah dan mati dalam perang.Akhirnya bila dah besar saya juga sedar saya tidak akan kalah kepada ‘peperangan’ melawan diri sendiri.Ayuh pembaca sekalian kita bangkitkan ‘gergasi’ yang sedang tidur pada badan kita.Kita mesti berjaya kerana kejayaan itu pasti bagi orang yang berusaha.

3 Md Yakub { 01.26.10 at 10:02 am }

Saya salah seorang daripada peminat Sylvester Stallon, tetapi saya tidak mengetahui latarbelakang beliau. Namun apa yang saudara telah tulis di sini memberikan saya kepada semangat baru untuk bangun seperti dia. Terima kasih kerana memberikan satu motivasi yang berguna.

4 madlut { 01.26.10 at 10:31 am }

wahh..rambo..filem yang evergreen, tgk 4 5 kali pun x bosan..
tapi tak tau pulak si rambo nie lahirnya cacat..
sungguh x nampak pun kat mana cacatnya..
pe2, mereka2 yang berjaya nie memang sangat memberi inspirasi..

5 Pemburu Impian { 01.26.10 at 11:40 am }

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Sebuah artikel yang menarik langsung membangunkan inspirasi untuk terus gagah memburu impian.

Seolah sebuah manifestasi emosi Sang Penulis, yang sedang bangkit dengan gagah . Mata bersinar melihat impian. Dada berombak menahan semangat yang membuak.

Teringatkan sebuah bidalan Melayu,

“Alang-alang menggenggam bara biar sampai menjadi abu ”

“Bujur lalu, melintang patah!”

Ambo juga akan turut berada di KL pada tarikh tersebut. Hotel Vistana 29-31/1/3010.

Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard & Work Smart”

6 MOHD { 01.26.10 at 2:07 pm }

Ermm, cerita yang baik dan boleh dijadikan motivasi untuk berjaya….syabas

7 Joe { 01.26.10 at 8:22 pm }

Memang masyuk!

1Juta pun xmaw! 1Malaysia maw? Haha..

Apa2 pun mmg story macam ni yang kita mahukan. Mampu membuka mata. Aku pun rasa seperti dibakar2 untuk berlakon.

Insyallah lah kalau xde aral melintang, aku akan mula berlakon tahun depan. Nantikan story…

Anak ku San Nani.

P.S. Aku dalam kostum Nani taw. Watak utama beb~

8 Jaws { 01.27.10 at 8:37 am }

hurm..
aku pernah baca cerita ni..
memang hebat betul beliau ni..
dari cacat boleh jadi seorang lelaki yang di impikan oleh perempuan lain dan lelaki2 lain..
hehe…
semua orang boleh berjaya jika mereka betul2 nak berjaya..
kita yang menentukan nasib kita sendiri..
kita yang pilih jalan yang kita inginkan..
hehe

9 soadbaka { 01.27.10 at 10:52 am }

kita perlu diberi ayat ayat motivasi keusahawanan termasuk juga warga pencen saperti saya.
bakarkan semangat mereka supaya mereka tidak menganggap
pencen penyudah kerjaya.ceritakan lebih banyak tentang sifat sifat keusahawan.
terima kasih FAHDI.

10 Hafiz Nasser { 01.27.10 at 10:25 pm }

IMPIAN! impian kena besar dan ditambah dengan semangat taknak menyerah (nk jadi pelakon jugak) mmg superb. sekali dah pasang impian, pastikan impian kita tuh tercapai. jangan biarkan orang permain or persendakan impian kita.

stylo la stallone

11 Motivasi Kerja { 01.29.10 at 9:35 am }

Salam Bro Fahdi. Nampak mantap setakat ni penulisan demi penulisan. Sudah mula mengatur ayat demi ayat yang hebat. Jadi datang nanti bagitaulah. Kawe cuba ambik masa jumpa demo. Hari Sabtu malam pun takpe. Insya Allah kita jumpa.

12 Siti Fatimah Ahmad { 01.30.10 at 6:14 pm }

Assalaamu’alaikum

Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Menjadi manusia berjaya adalah impian semua insan. Bagaimana meraih kejayaan tertakluk kepada upaya mampu diri untuk melihat jalan yang mendorong ke arah itu. Jangan dipersiakan bakat dan potensi yang ada pada diri.

Jika kita mampu mengiklankan diri, maka iklankanlah. maksud saya mengiklankan kebolehan dan potensi yang hebat pada diri kita yang boleh dan mampu meningkatkan daya produktiviti sesuatu organisasi yang bakal menempatkan kita dalam ruang kerjanya.

Tidak dinafikan, terdapat sesetengah organisasi yang tidak mempercayai kemampuan seseorang invididu hanya kerana dia miskin, kurang upaya atau sebagainya. Namun ramai yang tidak melihat kehebatan dan keajaiban yang dimainkan oleh otak dalam menggerakkan kehebatan manusia itu dalam membangunkan potensi dirinya.

Selamat berjaya Fahdi dalam menghasilkan suatu impian yang bakal dicipta. Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak.

13 adibah { 02.01.10 at 1:45 pm }

salam fahdi…
artikel yang cukup memberi aspirasi dan inspirasi kepada sesiapa sahaja…. menjadi cacat tidak bermakna kita harus gagal… Allah maha adil atas setiap hamba2nya yang dijadikan di dunia ini. cuma kita perlu tambahkan ilmu, ambil peluang dan tidak lupa tanggungjawab kita sabagai hambaNya.

14 Setiap manusia ada kebarangkalian 100% untuk berjaya | Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia { 02.04.10 at 8:22 am }

[...] sudah membaca mengenai slyvester stallon dalam post saya sebelum ini? Lihat, sedangkan orang yang cacat boleh berjaya, ini kan pula kita [...]

15 Zamrii { 02.04.10 at 7:49 pm }

Memang hebat Pelakon Sylver Stallon yang bermula dari bawah, kini menjadi pelakon yang terkenal. Usaha yang istiqamah & azam yang kuat akan membuahkan hasil.

16 MARGARITA29Carr { 06.19.10 at 7:11 pm }

I took 1 st loan when I was not very old and that helped me a lot. However, I require the secured loan also.

17 Send flowers to Korea { 07.13.10 at 2:35 pm }

Really like this website, this really helps and very useful.

18 Canada flower shops { 07.21.10 at 7:09 pm }

I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion. From the tons of comments on your articles, I guess I am not the only one having all the enjoyment here! Keep up the good work.

19 loan { 07.22.10 at 11:21 am }

One acknowledges that modern life is not very cheap, nevertheless some people require cash for different issues and not every one gets big sums cash. Hence to get some home loans or just student loan should be a proper way out.

Leave a Comment