Random header image... Refresh for more!

Memberi Alasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Post kali ini adalah sebagai ulasan kepada post sahabat saya Motivasi-Kerja.com. Post ini menarik dan saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan. Sebelum kita bermula, kita ceriakan sedikit hari dengan kartun motivasi di bawah. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Memang tidak dinafikan, setiap orang akan hidup dengan beralasan. Tidak dapat tidak kita tidak boleh lari daripada memberi alasan. Ada sahaja yang menjadi buah fikiran jika kit tidak mahu melakukan sesuatu.?Bayangkanlah, jika anda terpaksa melakukan kerja yang membosankan. Dalam keadaan terpaksa, pasti ada sahaja helah yang akan terkeluar dari mulut.

“Alah.. aku buzy, ada banyak kerja yang perlu aku siapkan”

“Aku mahu berjaya, tapi aku tiada wang untuk bermula…?Dan sebagainya.

Cara berfikir sebegini lah yang sebenarnya merosakkan kita daripada mendapat rahmat dan ‘jalan keluar’ daripada kepompong kehidupan. Terasa diri boleh mengubah kehidupan, tetapi tiada kepercayaan diri untuk melakukan. Maka mula memberi alasan yang pelbagai. Kadang kala bukan kepada orang lain, tetapi kepada diri sendiri seolah “memujuk diri” utnuk tidak bermula walhal perkara itu boleh mendatangkan kejayaan kepada diri sendiri.

Sifat ini secara tidak langsung akan mengakibatkan seseorang lari dari matlamat sebenar hidup. Mereka pasti tidak dapat meneroka peluang dan chance yang telah ALLAH sediakan seluas-luas di dunia ini.

Hidup mereka akan di bayangi kejayaan orang lain. Tunggu dan lihat orang lain berjaya, walhal diri sebenarnya yang merana.

Cadangan saya, keluarlah dari kepompong itu. Mulakan azam baru dan beriltizam mahu melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri dan stop beralasan! kerana alasan tidak akan membawa anda ke mana-mana. Percayalah!

Bangkit rakan ku bangkit! Buatlah dan teroka lah dunia! :)

“Setahun memburu impian”

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

5 comments

1 Motivasi Kerja { 10.22.09 at 11:28 am }

Assalamualaikum Fahdi

Wah! Sangat teruja baca posting kali ni. Terima kasih banyak sebab respon posting saya di blog Fahdi. Makin banyak ilmu dikembangkan lagi baik. Saya pun boleh terus mengembangkan pemikiran saya. Paling saya suka ayat, “Keluarlah dari kepompong itu…” sebab itu adalah antara ayat yang saya suka dan sering gunakannya dalam penulisan saya.

p/s Fahdi saya out-station hari ni sampai 25/10. Biasalah kerja.

2 Pemburu Impian { 10.22.09 at 9:32 pm }

Assalamualaikum Tuan Rumah,

posting di atas menarik,

Benar, kita selalu berada di persimpangan antara memberi alasan atau mencari jalan.Setiap saat begitu. Setiap minit begitu. Setiap jam begitu. Setiap hari begitu. Setiap minggu begitu. Setiap bulan begitu. Setiap tahun begitu.

Bagaimanakah rahsia untuk keluar dari “kepompong” itu?

Bilamana ada kelapangan jemputlah singgah diruangan “produk” pada blog saya.Tanpa “faktor X” itu…sesiapun pasti sering kalah berbanding menang dalam perjuangan melawan nafsu dan syaitan.

Salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum

3 Nabieel { 10.24.09 at 6:42 am }

Memberi alasan adalah suatu perkara yang tidak dapat lari daripada manusia.

Saya begitu tertarik dengan perkataan “Setahun memburu impian”.

Fathuri telah memberi masa kepada saya juga adalah setahun. Akan tetapi beliau begitu yakin saya boleh mencapainya dalam masa 3 bulan ataupun sebulan.

Wow, sesuatu yang begitu teruja bagi saya.

Apakah teknik dan kajian saya itu benar-benar berkesan?

Saya hanya boleh katakan ia memang boleh, cuma masa sahaja yang menentunya :)

4 boy_bersahaje { 10.25.09 at 11:05 pm }

Bagus betul entri ni. Klau tak aku ni asyik bagi alasan je. Kihkihkih. Alasan ni sebenarnya yg buatkansesuatu bangsa rosak dan ketinggalan. Yelah, nak berjaya mana boleh ada alasan. Dari alsan datang kemalasan!X gitu?

5 nashrique { 10.28.09 at 7:28 pm }

salam fahdi,

trima kasih utk artikel kali ini.

benar, slgi kita tidak mengambil tindakan, kita akan hanya memberi alasan.
begitu juga dengan kehidupan kita, kita yang akan mencorakkan masa depan kita.

Alasan “…saya tidak ada duit untuk memulakan perniagaan…” juga kurang relevan sekarang ini. Kerana berbagai-bagai agensi kerajaan yang boleh memberikan pinjaman. Bagi yang ingin bermula secara kecil-kecilan seperti IM, apa salahnya jika anda wujudkan satu team untuk memulakannya…

P/s: Lawa la kartun tu… :D

Leave a Comment