Dec
20th

Mencuba Sesuatu yang Lain Dari Yang Lain!

Posted by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman FG.com

Semalam merupakan minggu ke tiga saya berada di kerteh untuk program praktikal. masih ada 7 bulan lagi untuk menghabiskan sisa hidup di kerteh. (amat bosan disini. haha)

walaupun begitu, saya sempat meluangkan masa untuk menonton satu filem melayu yang sedang galak di tayangkan di pawagam seluruh m’sia yang juga merupakan filem yang mencetuskan perubahan dalam dunia perfileman melayu dan yang pastinya, filem ini boleh buat duit! 

cuba bayangkan, pada sekual pertama sahaja filem ini mampu meraih sehingga RM 6 juta dan merupakan antara filem melayu yang paling berjaya dan mengatasi kutipan pecah panggung setanding dengan filem-filem antarabangsa yang lain. 

CICAKMAN, filem yang digarap oleh seorang pemuda yang pada kita, file ini impossible untuk dilakukan kerana ‘it is beyond our limit’. mana limitation nya?  kekuatannya adalah pada genre cerita yang berbeza. bukan kisah cinta yang mati sana, putus sini, bukan juga cerita sosial kebanyakan masyarakat malaysia, tetapi, superhero yang bertimbang rasa, dan sanggup berkorban untuk orang lain walaupun diri sendiri terkorban. 

ada lagi, teknik CGI. setahun lepas, semasa cicakman1, FG sempat mengikuti sesi taklimat oleh KRU production mengenai teknik CGI yang di adaptasi di dalam filem ini. apa yang FG tertarik, yusri yang tanpa sebarang ‘background’ di dalam area CGI, mampu untuk menghasilkan sesuatu yang di luar ‘rakyat MALAYSIA’ mampu. 

memang di akui, masih banyak kelemahan yang ada di dalam filem ini, tetapi, apa yang kita harapakan, biar ia bermula dari zero, lama-lama, ia mampu di garap menjadi sesuatu yang kita dapat banggakan. 

cuba bayangkan, jika dulu, kita fikirkan kita tidak mampu menghasilkan kereta nasional sendiri, pastinya, sekarang, tidak ada pesona yang anda semua banggakan. jika dulu, kita asyik mengkritik hasil usaha orang lain, tidak akan wujud petronas yang mampu menyumbang kepada hampir 40% ekonomi negara. dan jika dulu, kita asyik mempertikai felda yang di ilham oleh dato’ abdul razak, mana mungkin kita menjadi salah sebuah negara pengeluar minyak sawit dunia. 

fikirkanlah.. segala nya bermula dari setapak langkah yang lain dari yang lain dan tanpa menghiraukan komen orang yang ‘super jelous’ dengan apa yang kita lakukan. Nasihat FG, go for it dan biar mereka saksikan, siapa diri anda sebenarnya tatkala di mercu kejayaan.

fahdi ghazali,

superFG (haha)

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Files under Alam story, Cerita Kejayaan, Motivasi


3 Responses to “Mencuba Sesuatu yang Lain Dari Yang Lain!”

  1. By KampungBoy on Dec 22, 2008 | Reply

    Diorang nie mmg bagus, selalu bwat yg something different daripada orang laen….sbb ape diorang brani amik risikio. Inilah ciri2 usahwan yg berjaya..

  2. By kak u on Dec 23, 2008 | Reply

    salam bro..
    lama x singgah sini……

  3. By CAMPOSChristie19 on Jul 20, 2010 | Reply

    This is good that people are able to take the loan and this opens completely new opportunities.

Post a Comment