Hero atau dengan nama melayunya adiwira boleh didefinasikan sebagai manusia yang mempunyai kehebatan luar biasa yang tidak diperoleh oleh manusia normal. Sejak dari kecil, cerita adiwira ini sudah pun menjadi bahan “pelajaran” kita. Sebut sahaja, adiwira yang dapat terbang? Berlari dengan laju? Mempunyai kekuatan seakan gajah? memiliki mata x-ray dan badan segagah besi? Semua itu imiginasi yang dicipta dengan satu tujuan, kita dapat jadikan mereka sebagai idola.
Persoalannya, adakah mampu kita jadi sehebat dan seunik mereka? Saya selalu terfikir, kalaulah ada sang labah-labah bila digigitnya, semua boleh jadi spiderman, saya percaya, orang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk disengat.
Jadi jawapan kepada persoalan “adakah kita mampu menjadi superhero?” adalah, tidak mungkin!
Kita tidak mungkin menjadi adiwira yang memiliki superpower yang hebat. Tetapi apa yang pasti, kita mempunyai peluang untuk menjadi HERO kepada diri kita sendiri.
Setiap orang, tuhan sudah amanahkan dan berikan kebebasan untuk hidup. Biarkan qada’ dan qadar sudah pun ditetapkan, tetapi kita masih mampu untuk mengubahnya.
Bagaimana?
Ia mudah, hanya dengan mengambil peluang yang ada dan lakukan yang terbaik supaya satu hari, kita akan menjadi HERO dalam bidang masing-masing.
Masalah orang kita adalah, kita mempunyai peluang yang cukup hebat, tetapi kita sendiri tidak mahu berusaha menjadi yang terbaik. Kita lebih cenderung “mengambil peluang” hanya kerana melihat orang lain berjaya. Tetapi akhirnya sangkut kerana tiada kepercayaan untuk berusaha.
Jika anda melihat cerita superman, cleark, diawal persediaannya menjadi seorang superhero, dia sudahpun melalui perbagai cabaran. Dari tidak tahu terbang kepada terbang selaju peluru. Dari seorang budak kampung menjadi leader kepada semua superhero. Semua bermula dari persediaan yang cukup.
Begitu juga kita, untuk menjadi HERO dalam sesuatu perkara, kita harus melakukan sesuatu dengan fokus, tidak selalu bertukar-tukar. Jika kita melakukan perniagaan contohnya, fokus kepada satu. Tanamkan matlamat, “Aku wajib menjadi HERO dalam perniagaan ini”.
Bagi saya, setiap orang mempunyai capability untuk menjadi HERO. Cuma masanya belum tiba untuk anda keluarkan energi yang masih tersimpan di dalam diri. Carilah dan fokuslah agar ia menjadi sumber kekuatan luarbiasa anda!
Yosh!



