Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian
Nampaknya saya sudah beberapa hari sudah tidak menulis di blog. Almaklum lah, apabila tibanya syawal, masing-masing sibuk dengan persiapan hari raya. Masalah biasa timbul pada musim ini adalah kesesakan yang melampau terutama jalan-jalan yang melibatkan perjalanan ke pantai timur. Alhamdulillah, saya sempat mengelak dari menjadi mangsa?traffic jam.
Apa pun selamat hari raya, maaf zahir dan batin saya ucapkan
jika ada terkasar bahasa terlanjur kata samada saya sedari atau tidak. Saya sendiri merupakan manusia biasa yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan. InsyaALLAH, saya sendiri tidak menyimpan dendam atau perasaan marah kepada sesiapa. Harap-harap, jika berlaku, kita boleh saling bermaafan di lebaran ini.
“Misteri hari esok”
Sedang dalam perjalanan pulang ke universiti selepas pulang beraya, semasa di dalam kereta berseorangan, saya terlihat kesan-kesan kemalangan sepanjang lebuh raya plus (laluan KL-Ipoh). Ada yang seperti kesan terbakar, ada besi penghadang di tepi jalan bengkok dan rosak teruk dll.

“Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku”
Perjalanan di teruskan lagi, dan saya terus berfikir, adakah pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akan tahu yang mereka akan berhadapan dengan kecelakaan… ?lagi 1 minit? atau 30 saat? atau mungkin hari esok mereka akan kehilangan nyawa? Kita tidak langsung mengetahui apakah yang akan terjadi kepada kita.
Cuba anda bayangkan, bolehkan kita tentukan apa yang akan terjadi selepas 30 minit anda membaca post saya pada kali ini? Mungkin anda akan mendapat penggilan dari seseorang? atau seorang rakan muncul di bilik anda?atau anda akan terjumpa satu lubuk emas??Atau… anda akan di panggil ilahi menghadapNYA?
Ya, kita boleh merancang, tetapi ada PERANCANG yang lebih hebat daripada kita.
Tenanglah wahai hati yang sentiasa bercelaru memikirkan masa depan. Sesungguhnya masa depan itu ada, cuma kita yang bakal mencoraknya. Jika buruk perancangan, maka buruklah, dan jika baik, mintalah moga di permudah urusan kita sepanjang perjalanan untuk memburu impian. Jangan takutkan misteri hari esok, kerana ia belum tercatat, tetapi takutlah kehilangan hari ini yang sudah di tentukan kita masih boleh mengecapinya.
Destinasi
Saya sedikit terkesan dengan pemikiran ini. Mungkin ia adalah petunjuk bahawa kita jangan terlalu sombong dan angkuh dalam menjalani kehidupan sebagai sorang hamba. Ingatlah, kita ada DESTINASI yang bakal kita tuju.
Bagaimana dengan Bisness GDI saya? Sudah lama tidak mendengar khabar berita.Alhamdulillah, sekarang saya sudah sampai ke peringkat menyiapkan website untuk team intelincome. Saya sudah upload ke webhosting. Sekarang hanya memerlukan promosi dan mengajak mereka yang mempunyai impian yang sama untuk mengubah kehidupan. Tidak lama lagi harapan saya, team intelincome akan dapat mula bergerak. InsyaALLAH.
Sehingga berjumpa lagi.
p/s: Post kali ini lain sedikit dari yang lain. Saya harap ia ?boleh memberi sedikit kesan ke dalam hati. Ingatlah, masa tidak menunggu kita. Ia terus bergerak walau kita berjalan dan tidur, dan perjalanan masa membawa kepada satu misteri yang kita sendiri tidak dapat menjawabnya… apa akan berlaku kepada anda dalam masa 1 minit? ?30 saat? … fikirkan..




By fathuri on Oct 1, 2009 | Reply
Assalamualaikum tuan,
Post di atas menarik untuk di ulas.
Saya lebih suka melihatnya dari dimensi yang satu lagi, sebagaimana petikan ayat ini,
“Tenanglah wahai hati yang sentiasa bercelaru memikirkan masa depan. Sesungguhnya masa depan itu ada, cuma kita yang bakal mencoraknya”
Benar tuan, kerana adanya pilihan untuk “mencorak masa depan” itulah yang menjadikan hidup ini indah untuk dinikmati.
Sebagaimana kata Dr Hamka,
“Nikmat hidup adalah perjuangan. dan perjuangan hanya dimiliki oleh orang-orang yang berani”
Salam ceria & inspirasi
Assalamualaikum
Fathuri
“Pemburu Impian”
By nashrique on Oct 1, 2009 | Reply
yup, kita merancang, TUHAN merancang, tetpi perancanganNYA adalah sebaik2 perancangan…
kita kena usaha utk berjaya, tetapi kejayaan itu dtgNYA daripda TUHAN…
perncangan + usaha + tawakal, insyaALLAH mudah2an TUHAN akan memberkati usaha kita dan mengurniakan kejayaan utk kita.
trimas utk post kali ni fahdi.