Random header image... Refresh for more!

Peluang Sudah Datang, Tetapi Dibiarkan Sahaja. Kenapa!

Peluang (opportunity)

Peluang (opportunity)

Seminar selama sehari yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam memberi kesan yang cukup hebat. Peluang berjumpa dengan minda-minda yang positif dan percaya yang mereka boleh mengubah takdir dengan berusaha gigih cukup memberi makna yang sebuah kejayaan bukan mudah untuk dicapai.

Tertarik dengan kata-kata jutawan pada seminar tersebut;

“Kadang-kadang, kita tidak tahu bilakah peluang akan datang pada kita. Esok, lusa, tahun depan? Kita mencari-cari peluang untuk datang”

Tetapi yang buruk adalah, di dalam penantian,tatkala peluang itu sudah datang, dibiarkan berlalu sahaja kerana tidak sanggup untuk mengambil risiko untuk bertindak.

“Katakan kepada saya, siapa rugi? Anda atau saya?!”

Barangkali inilah sifat dan sikap orang kita orang melayu. Mereka lebih mengagungkan “keberjayaan” orang lain. Untuk mereka, mereka mahu lihat “hasil” dahulu baru mereka akan percaya.

Ia berlainan sekali dengan “kepercayaan” orang yang hebat. Mereka tahu yang sesuatu kejayaan hanya akan lahir dengan formula yang sama dalam apa jua bidang.

Matlamat + Semangat + Langkah PERTAMA + Usaha + Mengambil Risiko dengan Berstrategi = Kejayaan

Saya katakan pada diri;

“PETRONAS tidak akan sehebat hari ini jika Tun Razak tidak ada MATLAMAT dan SEMANGAT untuk memajukan negara, PROTON tidak akan berjaya mencipta engin dan kereta sendiri jika tidak ada LANGKAH PERTAMA dengan PROTON SAGA, Malaysia Airlines (MAS) akan kecundang di tengah jalan jika tiada USAHA untuk mengembalikan keuntungan, Air Asia tak akan bertapak dengan hebat jika Tony Fernandes takut mengambil RISIKO”

Ohh.. langkah memburu impian semakin menarik!

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

5 comments

1 Blogger75 { 03.08.10 at 7:18 am }

Manusia sukar untuk berubah.Setiap peluang yang datang ditafsirkan sebagai perubahan yang menganggu keselesaan hari ini.

2 pemburu impian { 03.08.10 at 7:26 am }

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Artikel di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya petikan ini,
“Ia berlainan sekali dengan “kepercayaan” orang yang hebat. Mereka tahu yang sesuatu kejayaan hanya akan lahir dengan formula yang sama dalam apa jua bidang.

Matlamat + Semangat + Langkah PERTAMA + Usaha + Mengambil Risiko dengan Berstrategi = Kejayaan”

(minta izin) sedikit tambahan
“Knowledge is Not Power, Applied Knowledge is Power”

Application adalah cabaran yang besar. Bertindak walau sekecil mana pasti membuahkan hasil…

“Semoga Ilmu yang diperolehi itu menjadi Booster untuk memburu impian…

sebagaimana petikan ayat tuan,

Ohh.. langkah memburu impian semakin menarik!

Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”

Assalamualaikum

3 fahdi { 03.08.10 at 5:46 pm }

Benar tu. Manusia sukar untuk berubah.

Ya, mereka berdoa siang dan malam supaya “rezeki” perubahan datang. Tetapi ia datang, mereka sia-siakan. Rajakan perasaan takut lebih daripada segalanya. Kadang-kadang saya pun tidak faham :)

4 fahdi { 03.08.10 at 5:47 pm }

Waalaikumussalam tuan!

Terima kasih atas penambahan itu. Benar sekali;

“Knowledge is Not Power, Applied Knowledge is Power”

Tiada ragu-ragu lagi!

5 zam { 07.30.10 at 1:50 am }

Memang benar apa yg diperkatakan di atas.
Baru-baru ni saya ada menghadiri kursus motivasi di tempat kerja. Motivator tersebut ada membangkitkan mengenai sikap kita…
Kita sebenarnya mahu berjaya….bercita-cita untuk hidup senang, menjadi jutawan dan sebagainya…tetapi kita tidak berani menonjolkan diri kita, takut untuk mengambil risiko..takut gagal dan sebagainya.
Dalam dunia dan kehidupan seperti hari ini…sewajarnya kita berfikir ke arah hadapan…keluar dari kotak pemikiran kita yg sempit (out of the box)..baru boleh berjaya…insyaallah

Leave a Comment