Random header image... Refresh for more!

Permulaan 2009 Yang Teruk!

Assalamualaikum semua! :)

Saya pasti semua dalam keadaan sihat sejahtera (kalau tidak, tidak sampai la ke blog ni.hehe)

Permulaan FG untuk tahun 2009 adalah sangat teruk! Saya hampir-hampir kehilangan laptop kesayangan. Kejadian yang saya cuba elakkan semenjak hampir tiga tahuh akhirnya berlaku juga dan ia hampir-hampir membuat diri kecewa.

Bunyinya macam serius kan? Laptop FG sebenarnya telah rosak di bahagian kipas nya. dengan kata lain, di bahagian yang cooler.Dah macam engine kapal terbang pun ada bila start computer. Nasib baik windows still dapat berfungsi dan sekarang sedang dirawat di sebuah kedai. Mr Laptop, jangan tinggal kan FG ya. Saya masih memerlukan anda! Banyak kerja yang masih belum siap ni. :D

Seteruk mana pun keadaan, kita perlu sentiasa cool dan tenang (walaupun banyak masalah yang perlu difikirkan)

Jadi, untuk tenangkan diri,saya ada satu cerita menarik untuk dikongsi bersama (its story time!)

Cerita ini berkaitan dengan seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan pada usia 35 tahun. Mustahil, tetapi tidak bagi dirinya dan rakan-rakan seangkatan.

selesai mendapat ijazah di dalam bidang guaman, Beliau telah berkhidmat sebagai seorang ‘lawyer’ di sebuah firma guaman. Walaupun dengan pendapatan yang sangat tinggi,beliau masih belum berpuas hati.

Dengan pendapatan yang tinggi, kebebesan kewangan mampu untuk dicapai. tetapi hampir mustahil untuk bergelar seorang jutawan. Dan satu-satunya jalan supaya target 35 tahun tercapai adalah dengan business sendiri.
Hasil daripada idea seorang kawan beliau. Seorang lelaki cina, beliau bertindak membuka perniagaan garam. Air laut yang di ambil, disejat,untuk diambil garamnya.

Tidak sempat syarikat untuk bernafas, ia terpaksa di tutup atas alasan, kerugian yang sangat besar perlu ditanggung akibat persaingan dengan syarikat-syarikat besar dari luar negara dan berikutan cuaca yang tidak menentu. Kotak-kotak garam yang di bina, akhirnya hanya tinggal takungan air.

Beliau tidak lagi putus asa. Dengan hutang yang masih banyak tidak terbayar, beliau meneruskan strategi menubuhkan dua lagi syarikat. Malangnya, syarikat itu juga terpaksa di tutup akibat masalah-masalah teknikal yang timbul.

harapan masih tinggal harapan. Akhirnya, setelah lama di belenggu masalah, dengan wang hutang yang banyak,
beliau mengorak langkah yang lebih berani dan akhirnya, kejayaan sampai ke tangan! Projek yang dibina atas tiket projekĀ  perumahan, telah melonjakkan nama beliau dan telah menjadikan beliau seorang jutawan pada usia 34 tahun. SETAHUN awal dari apa yang dirancang!

beliau yang saya maksudkan ialah bekas menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin :) syabas tun!

Jadi rakan-rakan, masih sempat lagi jika kita mahu setkan target kita
Bukan 35 tahun, mungkin pada usia seawal 30. Siapa tahu bukan?

Yang benar,
fahdi
target umur menjadi jutawan :30 tahun :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

3 comments

1 MIJI { 01.05.09 at 4:41 pm }

Salam fahdi,saya harap anda dapat bertukar link dengan saya,kerana blog saya juga memaparkan tips2 keusahawanan dan sebagainya yg berkaitan dengan keusahawanan,ini link ke blog saya-

http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

2 fahdi { 01.13.09 at 11:01 pm }

Salam, saudara miji.
boleh2, saya tidak ada masalah. saya akan letakkan url blog anda di blog saya. jangan risau :)

3 akukini { 03.04.09 at 3:12 pm }

when i’m saying, money is not everything, some say the phrase is valid only to the people who r already rich. money counts so much to the poor and needy. but when i m rethinking further ahead, actually the system where we r living in now is the one forces us to think and act in such a materialistic way. we can live in tranquility without so much dependent on money. Humanized and spiritual living that see more toward the hereafter is much much better than this materialistic living pioneered by the west. let’s change our way of thinking, hence our way of working. be in moderate~

Leave a Comment