Random header image... Refresh for more!

RM2,Kuala Lumpur dan…

Pernahkah anda terfikir anda akan ke Kuala Lumpur berbekalkan RM2 di dalam poket seluar dan RM0 di dalam bank?

RM2. Sikit atau banyak?
RM2. Sikit atau banyak?

Saya pasti ramai antara kita tidak sanggup akan cabaran itu dan tidak mampu untuk berhadapan dengan masalah apabila memikirkan ibu kota Malaysia itu pasti menelan perbelanjaan yang banyak. walaupun hanya untuk sehari di sana. Makan, minum dan juga tambang untuk pengangkutan semua memerlukan wang yang banyak. RM2 terlalu jauh dari jumlah minimum yang sepatutnya ada di tangan.

Tetapi subhanallah… itu yang terjadi kepada seorang pakcik demi anaknya yang sedang terlantar di hospital.Kejadian ini terjadi semasa saya menghantar dua orang sahabat untuk pulang ke kampung semalam. Seorang Kelantan dan seorang lagi Negeri Sembilan. Sambil berehat setelah selesai solat maghrib, saya duduk di satu kerusi yang kebetulan di sebelahnya ada seorang lelaki tua. Pakainya biasa sahaja, berkemeja, berseluar, berkopiah dan berkasut kilat ala-ala askar.

“Dari kampung barangkali pakcik ni”

Perbualan saya mulakan dengan salam dan di sambut baik dengan senyuman. Sedang berbica, beliau katakan yang beliau akan ke Kuala Lumpur dan bas adalah pada jam 10 malam. Waktu itu sekitar jam 8.

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Setelah di selidiki, barulah saya tahu yang sebab utama beliau ke Kuala Lumpur adalah kerana menerima panggilan daripada doktor yang memaklumkan anaknya terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Oleh itu, pihak hospital memerlukan tandatangan si ayah untuk memulakan beberapa pembedahan. Jika tidak, mungkin nyawa anaknya dalam bahaya dan perlindungan insuran tidak boleh di tuntut.

Tambah malang, pemergian pakcik ini ke Kuala Lumpur hanya berbekal baju sehelai, dan kain pelikat serta RM2!

Saya dapat rasakan betapa perit di hati dari raut wajahnya.

“Terpaksalah nak.. Pakcik dah cuba pinjam dengan jiran-jiran. Mereka dapat bagi RM30 sahaja. Lepaslah nak beli tiket pergi KL. Duit gaji lagi 4 hari. Terpaksa pakcik serah pada ALLAH. Rezeki itu dia tentukan…”

Walaupun usia sudah agak lanjut dan badan sudah tidak nampak sihat, namun beliau gagahi. Untuk sampai ke medan gopeng (stesen bas utama perak) sahaja sudah memakan masa yang agak lama. Bertukar-tukar bas, tambang dan sebagainya, sudah pasti cukup memenatkan. Namun, di atas nama sayang kepada anak, dia tetap dengan pendirian, “Aku boleh survive dengan RM2″.

Survival hidup susah jika kita mahu tentukan. Dan kita hidup bukan dengan duit. Tetapi dengan ihsan dan kasih ALLAH kepada kita.

Kata pakcik lagi,

“Duit walau berjuta, kalau belajar tinggi langit, pasti kan yang 5 ini jangan tinggal! (solat) Ini kunci hidup. Tak lengkap makna tidak ada guna nak..”

Sahabat sekalian, apa yang terjadi ini sebenarnya ada hikmah dan pengajaran di dalam kehidupan. Jangan kita boros dan jangan kita angkuh jika kita memiliki kelebihan dan darjat. Tidak ada makna jika orang di sekeliling kita masih susah dan kita hanya pekakkan telinga tidak mahu mendengar rintihan yang di luahkan. Ingatlah, rezeki yang ALLAH kurniakan tidak luak. Kita sahaja yang terlalu ‘over’ dan terlalu memikirkan diri sendiri walhal orang lain sedang dalam kepayahan.

Jika kita berada tinggi menggapai kejayaan, ingatlah untuk melihat ke bawah. Jika kaya, bersedekahlah, jika pandai manafaatkanlah dengan baik, jika cukup anggota badan mu, tolonglah yang memerlukan, dan jika kuat bantulah yang lemah. Tiada siapa yang lebih di sisi ALLAH melainkan hati yang bersih dan jiwa yang suci.

Fikir dan renungkan sahabat.

Assalamualaikum.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

3 comments

1 Motivasi Kerja { 11.09.09 at 10:09 am }

Assalamualaikum. Tak sangka walaupun beberapa kali saya melihat entri ini namun hari ini saya tetap yang pertama menuliskan sesuatu. Fahdi, terima kasih kerana berkongsi kisah sedih yang memberikan motivasi pada saya.

Teringat sewaktu saya di Mesir dulu. Loan Yayasan Terengganu masuk lambat. LAngsung tiada duit. Nak minta dengan ayah teringatkan diri sebagai anak sulong sedikit sebanyak rasa malu untuk meminta lagi. Sudah besar panjang. Bila kawan-kawan ajak makan dengan sendirinya diri rasa kecil memandangkan kita hanya mampu melihat dan orang lain dapat merasainya.

Tapi memang benar. Kesusahan akan mengingatkan orang juga lebih susah lagi dari kita. Nak ubat hati yang sering tidak bersyukur inilah caranya.

2 fahdi { 11.09.09 at 10:17 am }

Waalaikumussalam along

Mungkin post ini mahu along menjadi yang pertama :)

Benar, seringkali kita lupa akan siapa kita sebenarnya.
Kita selalu fikirkan kekayaan adalah segalanya tanpa
memikirkan orang lain. Yang kita tahu adalah, diri kita sendiri!

Pada malam kejadian, saya sedikit terkesan
Selalunya, jika ada duit 100 di dalam akaun,
saya akan cuba untuk tidak memberikan kepada orang lain
walaupun orang lain memerlukan duit itu
Bagi saya, kepentingan peribadi perlu di utamakan.

Namun,
sedar tidak sedar
sebenarnya rezeki dari ALLAH
dia yang tentukan.
Jika hari ini kita kaya raya
mungkin esok kita pape kedana.

Ingatlah
seboleh – boleh,
kita tolong orang selagi boleh
rezeki mungkin akan datang pada bila2 masa
insyaALLAH..

3 Siti Fatimah Ahmad { 11.11.09 at 1:23 am }

Assalaamu’alaikum Tuan Rumah

Subhanallah.. itulah yang dinamakan qanaah dengan apa yang dinikmati dan dikurniakan Allah swt. Hati ini begitu tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan. Ketabahan pak cik itu serta keyakinannya amat mengkagumkan, walau dari segi logik ia begitu mustahil dilakukan. Berbekalkan azam dan kasih sayang, apa yang mustahil dilakukan pasti menjadi nyata.

Mengenangkan kisah perit hidupnya menjadikan akak insaf untuk selalu bersedia payung sebelum hujan. Seperti Along di atas, bila mengingatkan masa belajar dulu… ya, malu untuk meminta wang dari ibu bapa semula walaupun wang hanya tinggal beberapa ringgit untuk hidup di kota Kuala Lumpur yang taraf hidupnya begitu tinggi. ah.. pandai-pandai ajelah survive dalam tempoh untuk menerima wang bulanan berikutnya.

Melihat kesusahan ibu bapa akak dulu, teringat kesenangan yang dikecapi kini.. Sebab itulah bila ibu ayah akak minta wang sebanyak mana mereka hendak… akak beri aje tanpa soal jawab kerana bagi akak pengorbanan mereka tidak dapat dinilaikan dengan wang. pengorbanan mereka membesarkan anak-anak dalam kehidupan yang sederhana amat menginsafkan akak. Harap anak-anak akak juga begitu, tahu mengenang jasa dan kasih sayang ibu bapa mereka ini.

Tulisan yang mantap dan bermakna. Salam mesra selalu Fahdi.Semoga berjaya suatu hari nanti dalam mengejar impian dan cita-cita.

Leave a Comment