Sejarah Samsung Satu Inspirasi

by fahdi on November 9, 2009

Anda pasti penah dengar janama samsung di pasaran terutama bagi pasaran barangan elekronik.

Produk ‘lineup’ seperti telefon bimbit, LCD TV, computer riba dan pelbagai lagi telah menempatkan samsung antara jenama yang terkemuka dan di percayai. Jadi tidak hairan kenapa ramai diantara rakan-rakan saya sendiri menggunakan samsung LCD sebagai pilihan untuk monitor peribadi mereka.

Samsung logo
Samsung logo

Namun, walau apa sahaja kejayaan yang di kecapi oleh samsung sebagai jenama elektronik terbesar dunia , ia pasti ada sejarahnya yang tersendiri. Tahukah anda yang samsung bermula dari sebuah syarikat mengexport dan menjual barangan seperti ikan, sayur sayuran dan buah-buahan ke China . Syarikat ini telah di tubuhkan oleh Byung-Chull Lee pada tahun 1938 sebelum ia mula berkembang. Bermula pada tahun 1958, Samsung mula membina jenama sendiri di dalam industri yang lain seperti kewangan, media, barangan kimia dan pembinaan kapal.

Kejayaan dan pembinaan jenama samsung hari ini banyak berpunca daripada aktiviti perniagaan syarikat berteraskan barangan elektronik .Ia sebenarnya bermula pada tahun 1969 iaitu semasa di awal penubuhan anak syarikat, Samsung Electronics.

Tahukah anda, di awal pembabitan samsung, Sony terlebih dahulu mendominasi segment pasaran elektronik. Pada tahun 2006, samsung hanya memiliki “market share” sebanyak 12.1% berbanding sony yang jauh ke hadapan. Namun, ia tidak pernah mamatahkan semangat malah membuat mereka lebih berfikir bagaimana untuk memajukan syarikat sehingga wujud slogan “Market Driven Change”.

Apa yang terjadi adalah, samsung telah mengerah segala keringat yang ada dan teknologi yang mereka miliki untuk

Samsungs handphones
Samsung’s handphones

mencipta fenomena yang baru di dalam dunia elektronik. Sekumpulan “product developer” dan designer berkumpul di seoul dan mula mencipta dan berfikir di bawah pemantauan oleh CEO untuk memulakan project “a new flat screen” di bawah codename “Bordeaux”

Hasilnya, Samsung berkembang dan sebagai ganjaran atas usaha mereka, market share yang dahulu terkebelakang berbanding saingan mereka sony, telah menunjuk kan perubahan. Mereka berada di kedudukan teratas dengan maket share 26.4% mengatasi sony 24.6%. Menariknya, hanya 3 tahun!

Jadi, jika samsung boleh berjaya, dari sebuah syarikat menjual sayuran kepadathe world’s largest electronics company, kenapa tidak kita? Ia bermula dengan mimpi dan sebalik mimpi ada kepercayaan hati yang kuat mengatakan “aku boleh berjaya”

“Setahun Memburu IMPIAN”

p/s: FG is now powered by windows 7.cool ?:)

Related Posts with Thumbnails

{ 4 comments… read them below or add one }

Pemburu Impian November 9, 2009 at 4:04 pm

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Teringat pantun klasik bangsa kita

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Atau versi ubahsuai

Bekerja keras dahulu,
Bekerja lagi keras kemudian,
Tiada jaminan berjaya pada yang berusaha,
Dijamin gagal pada yang tidak berusaha.

Lalu apa pilihan kita?

Terus mencuba, lagi, lagi, lagi dan lagi…Ayuh! kita nikmati proses memburu impian. Tercapai atau tidak itu kerja Tuhan!

Salam ceria dan inspirasi

Assalamualaikum.

Reply

fahdi November 10, 2009 at 10:01 am

Assalamualaikum tuan!

Benar, saya setuju dengan apa yang di perkatakan
Tambah lagi dengan ayat ini

“Terus mencuba, lagi, lagi, lagi dan lagi…Ayuh! kita nikmati proses memburu impian. Tercapai atau tidak itu kerja Tuhan!”

Kita sebagai manusia,
ALLAH dah bukak seluas-luas jalan
Tinggal lagi, adakah kita mahu berusaha?

Kita perlu mulakan sekarang
jika tidak mungkin 10,20 tahun akan
datang bila kita toleh ke belakang,
apa yang aku dah buat sepanjang hidup aku?
Kenapa aku sia-sia kannya…

Jangan menyesal di kemudian hari…

“setahun memburu impian”

Reply

Motivasi Kerja November 10, 2009 at 11:18 am

Assalamualaikum. Lain sekali bunyinya bla dua sahabat karib bercakap tentang impian. Impian yang hebat dikongsikan kepada orang lain. Fahdi terima kasih sebab kongsikan artikel ni. IDea ni bagus untuk penulisan buku saya.

Reply

fahdi November 10, 2009 at 12:37 pm

Waalaikumussalam along

memburu impian memerlukan satu medium
dan medium ini adalah rakan yang sentiasa mengingati :)

Wah, tuan mahu mengeluarkan buku sendiri?
Ini sudah bagus!
sama dengan impian dan cita-cita saya juga!
Boleh kita share perkembangan dan corak buku
yang bakal tuan along kite keluarkan. ehem!

jika along boleh buat,
masakan saya tidak boleh
saya pasti akan jadi pesaing. mana tahu kan? :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: