Assalamualaikum dan dalam sejahtera kepada semua!
Mungkin tidak ramai antara kita yang tahu bagaimana untuk menukar diri anda menjadi seorang yang komited dalam kerja dan memastikan setiap pekerjaan berhasil. Mungkin juga ramai antara kita hanya tahu melakukan kerja tanpa ada perancangan yang teliti dan hanya mengikut gerak hati. Aku mahu buat itu, aku mahu buat ini. Akhirnya, semua kerja tidak menjadi.
Saya ada satu tips yang boleh anda gunakan. Tidak kira dalam menguruskan kerja-kerja anda di pejabat atau menguruskan kehidupan peribadi anda sendiri. Tip ini di berikan oleh seorang manager di tempat saya praktikal dan dia sendiri menasihati kami (para trainess) supaya patuh dan akur pada term ini.Satu term yang bakal mengubah kehidupan jika di jadikan amalan.
Ia adalah, “Set your Priority! “
Yes, that?s the word!
Tetapkan keutamaan anda. Misalkata, anda mempunyai kerja yang sangat banyak dan anda sendiri tidak tahu, yang mana perlu di siapkan dahulu. Jadi ketika ini, set you priority! Tetapkan keutamaan, kerja manakah yang memerlukan perhatian lebih. Kerja mana yang due datenya makin hapir. Kerja mana yang memerlukan lebih kajian dan masa untuk disiapkan. Pilih kerja tersebut, mulakannya dan cuba siapkannya secepat yang boleh. Tetapkan matlamat, anda perlu menyiapkan kerja yang satu ini sebelum ?menyentuh? kerja yang lain.
Begitu juga dengan keputusan harian yang anda lakukan. Setiap perkara yang anda mahu lakukan perlukan perancangan dan perancangan itu perlulah berlandaskan sesuatu yang membawa kebaikan kepada anda.
Seperti contoh, dalam perniagaan, di awal penubuhan nya, sudah pasti ia memerlukan perhatian lebih daripada anda. Utamakannya lebih daripada perkara-perkara remeh yang lain seperti keluar menonton wayang, melepak bersama kawan-kawan di kedai mamak dan sebagainya. Ini kerana, your priority now is your business and it needs your full attention. Ketepikan yang lain. Saya mesti pilih!
Di harap tips yang ringkas ini dapat menolong anda untuk menguruskan perjalanan kehidupan agar lebih teratur dan terancang. Walaupun penulisan ini pendek, saya harap ia membantu!
p/s: Saya pun sedang menetapkan priority saya sekarang ?:)



